Archives

melawat KT - sekali lagi

masa kat KB hari tu, sempat gak curi2 masa ke KT. kuala terengganu. saje je. aku kalo gi KT, xda benda nak buat, melainkan jumpa 2 org ni. cikgu zurina atau wana. bukan tak ada membe jantan org ganu, tapi yg jantan sume dah keje kat tempat lain. tak pun sibuk. padahal pergi memang ada niat di sebalik batu. hahaha!

selalu orang pergi KT, pergi tengok pantai la, masjid terapung la, masjid kristal la ape la. macam yg aku buat tahun lepas. kali ni aku pergi, aku tengok keunikan benda ajaib dunia, versi malaysia.


yang ni versi Roma. usia dekat ribu tahun lebih. dah runtuh dan sedang dipulihara.


TADAAAA!!! yang ni versi Kuala Terengganu. usia tak sampai sepuluh tahun. dah runtuh dan orang buat tak peduli je. hahaha!

p/s: terima kasih buat cikgu zurina dan keluarga. sedap makan tepi laut hari tu. nak datang lagi lain kali boleh? hehehe

p/s2: terima kasih wana belanja tiket bas. kalo datang ipoh, boleh la aku plak belanja tiket bas~

p/s3: sesama kawan rapat yang berbeza fahaman politik, jangan sembang hal politik. terutama kawan yang belanja makan dan bawak naik kereta dia. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

stadium sultan muhammad IV

fuiii~ ni la pertama kali aku merasa suasana bola perlawanan akhir piala malaysia, walaupun dah 25 tahun hidup kat malaysia ni.

penuh dengan sorakan gegak gempita penyokong2 mati-keras red warriors. disebabkan malam tu tak ada orang kat rumah, dan wen sheng pun gi makan2 kat umah kwn dia, aku pun gi la tgk bola kat stadium sultan muhammad IV dgn chief. kat sana diorg pasang layar besar, tayang guna projektor. fuiii skali lagi~

tapi yang kelakar tu, ada kedai pasang TV1, ada kedai pasang astro. bila gol, jadi 2 kali sorak. astro terlambat beberapa saat.

punya la ramai orang, sampai order makan pun tak sampai2 [tukang masak lupa atau tak menang tangan kot].


gini la suasananya. aku pun, pakat sokong kelantan la. pakai baju putih pun. konon2 sokong. hahaha. masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang red warriors, 'gomo kelate gomo' la!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

wat pothivihan

seperti yang dijanjikan, cerita melawat-lawat buddha yang tidur.

selepas ujian, kitorg pun mengisi masa pusing2 kelantan. tapi kali ni linda dgn chin tak ikut. chief masih merangkap pemandu pelancong dan wen sheng masih pemandu kenderaan rasmi. jurugambar kali ni ialah koler.


buddha yang tidur ni letaknya di wat pothivihan, kampung jambu. kalo tak silap la. dulu masa kat bangkok dulu, ada jugak aku melawat buddha tengah tidur kat wat pho. tapi buddha kat bangkok tu bersalut emas. buddha ni bajet rendah sket kot. pakai cat biasa je.

tak pasti la apa signifikannya buddha yang mengiring macam ni, tapi rasanya ia menggambarkan detik2 akhir sebelum buddha mati kot. entah...

sepatutnya 'legend' je. bukan 'the legend'...

jalan nak ke wat pothivihan ni, dari KB seberang sungai kelantan ke menghala ke tumpat. bila sampai kat lampu isyarat [ye, ada satu je lampu isyarat, takkan sesat punya], belok kiri. dalam 2-3 km lepas tu, nampak le wat ni di sebelah kiri. masuk percuma. hehehe


wen sheng menderma sambil tabur makanan ikan, lalu berkata, "ko orang pun bagi la makan ikan. mungkin boleh pass exam..."

insaf kejap aku. sejak bila pulak brader ni pandai ambik berkat bagi makan ikan sambil menderma. kat rumah tak pernah tengok sembahyang pun. hahaha


agak2 dah lapar menengok buddha, chief pun ajak menyusur sungai golok sampai ke rantau panjang. ada restoran terbaik katanya. sepanjang perjalanan tu, terasa dekat sangat dengan negara jiran. melaung pun boleh dengar. tapi sempadan dan undang2 yang memisahkan.

punya la semangat waja nak makan tengahari kat restoran tomyam sedap, sanggup ke rantau panjang. takde la jauh dari KB. 40 km je [dekat la sangat]...sekali bantai dia punya tomyam, memang pukul habis la. kalah semua tomyam2 kat kafe hayaki KB tu. hahaha. harga makan pun pukul habis jugak. hidangan untuk 3 orang, rm60. nasib baik makan berempat. dapat diskaun sket. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pantai melawi



petang lepas exam hari tu, kitorg pegi ronda2 pantai melawi. pantai melawi letaknye dalam 30km dari bandar KB. di simpang di kubang kerian, ambil jalan ke bachok. dalam perjalanan tu ada la nampak sawah padi, pokok kelapa dan segala macam suasana desa aman terasa. setengah jam lepas tu sampai la ke pantai melawi. ada jugak pantai nama pantai irama. tapi chief kata pantai irama tak sedap mandi dan pantainya pun tak landai. bahaya kalau musim2 tengkujuh ni.

pantai melawi ni pulak, kisahnya, kena la masuk kampung2 orang. masa lalu jalan kampung tu, mata orang kampung semua pandang dgn ekor mata jek. agaknya memang orang tak berkelah masa2 ni kot. kami sampai pun, chalet banyak yang tutup. lagi satu halnya, pantai melawi ni macam tak bukak untuk khalayak. sebab tak ada gerai makan, tak ada pusat berkelah yang khas dan tak ada air paip untuk bilas2. siapa yang ada chalet je boleh mandi air paip kot.

maka hajat kami yang murni nak mandi laut ni pun terbantutlah...

terpaksa la kami berkelah tapi laut, makan cikedis dan menikmati keindahan pantai. konon2 nak tangkap gambar... sekali tu...

yang mana kami semua dah biasa kena. tu yang tangkap gambo pakai kamera telefon je ni. bendalah hitam kat atas tu buat hiasan je. hahahaha

ahli rombongan termasuklah linda, chief merangkap pemandu pelancong [walaupun kami ingat mcm dah tersesat barat], chin merangkap jurugambar separa profesional yang diberi cuti lantaran bateri tak bawak dan wen sheng merangkap pemandu kereta rasmi.

boleh nampak tak pulau perhentian di kejauhan? chief kata bachok ni memang dekat sangat dah dengan sempadan terengganu. ayah hajar pun cakap, nak ke pulau, naik bot laju 40 minit dah sampai.

maaf, ni pantai timur. maknanya matahari terbenam sebelah darat. kalau rasa nak beromantik2, sila tunggu pagi esok dan lihat matahari naik. hahaha

selamat berkelah di pantai melawi. salam sayang, djambu~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...