Archives

marhaban ya marhabaaaann~~


hola! dapat anak buah baru. perempuan. lahir 1 mei. labour day gets a new definition for my sister. hahaha

kelmarin buat la majlis aqiqah kat rumah. sempena majlis aqiqah tu, aku pun bertungkus lumus mengecat pagar. hampir2 nak lajak dateline.

nasib baik abg ipar menolong. haha. sebenarnya dah makin malas.


dalam majlis tu, abah pun menunjukkan bakat bermarhaban dan rebana segala bagai. abah memang artis melayu asli dari kampung. haha. aku je yang tak berbakat muzik.

so inilah dia persembahan abah. enjoice!


kalau ada undangan untuk persembahan, bolehla hubungi tuan punya blog. tapi dalam ipoh je la. jauh2 tak larat pulak...sume pun veteran...
terima kasih DUN Hulu Kinta! terima kasih kerajaan. hahaha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

di balik chador...hahaha



wahlao! hari tu ada orang iran pulak jadi tetamu CS aku. 3 orang. 2 aweks cun dan 1 tak berapa nak aweks. rupanya ialah mak kepada aweks cun tadi. gile. tak pernah aku dengar orang bawa mak berjalan ikut CS. ape ke hal? yg biasa dengar, CS ni orang muda2, hippies, nak jimat duit berjalan merata dunia. diorang ni pulak datang, dengan bagasi2 besar, bawak mak. aku risau je spjg hari tu, kot2 la mak dia ni kang tergolek ke, terpeleot ke, terdemam ke ape ke. mampus la pulak aku nak menjawabnya. hohoho.

seperti biasa, aku bawak la diorang ni jalan2 sekitar ipoh. tapi sebab diorg ni tinggal 1 malam je, takde le aku bawak ke mana sangat. tempat2 biasa je. gambar pun tak banyak petik.

iran 3 orang ni, agak takjub dan pelik tengok kuil2 buddha yang bersepah kat pekan ipoh ni. diorang macam tak pernah jumpa dan tak pernah tahu pasal buddha, pasal orang cina dan kebudayaannya. aku nak cerita pun aku tak tahu sangat. terpaksa la aku kelentong sikit lebih kurang. tapi bila sampai bab kalendar/zodiak cina, diorang kata kalendar kuno iran pun pakai binatang2 yang sama. bab ni aku pulak pelik. ape ke halnya orang parsi pakai kalendar cina?

malam tu pulak, aku bawak pergi pasar malam. yang ni lagi la diorang tercengang2. di iran, konsep orang berjaja makanan di tepi jalan ni tak wujud. kalau nak jual makanan, mesti ada kedai yang mematut, mesti ada sudu-garfu logam/seramik, mesti lengkap segala. dah diorang tak yakin pulak nak makan benda2 yang aku beli. payah gile nak yakinkan diorang ni. aku pun cakap la peniaga ni kena ada lesen la, ada pemeriksaan jabatan kesihatan la, kena jaga kebersihan la.

hadoiyai!

sori, mak tak pakai tudung. hohoho

kata diorang lagi, makanan kat malaysia ni bercampur baur. kejap ada rasa manis, rasa pedas, rasa masam, rasa masin. rempahnya pelbagai. di iran, makanannya tak begitu.
aku dapat bayangkan, makanan iran mesti bosan. hahaha. rasa lebam je...dah la mak aku masak ikan dengan cili malam tu. menitik2 air mata dengan peluh tahan pedas. aku jugak yang ajar makan ikan dengan cili tu kena tuang kuah lemak labu. baru pedas dia kurang. lenkali, datang tempat orang, jangan malu nak cuba hidangan dia. barula betul melancong dan mengenal budaya. hahaha *jahatnya aku*

lagi diorang kata, diorang nak tengok kebudayaan2 dan senibina melayu. "kat ipoh ni tak ada ke?" aku cakaple, ipoh ni pekan cina. kuil buddha banyak le. nak istana melayu, pegi la kuala kangsar. tu pun berapa kerat je ada. sebabnya, sejarah orang melayu ni baru 600-700 tahun lebih di semenanjung ni. dan istana2 pun bina pakai kayu. tak macam di iran, bina istana kota pakai batu. sah2 la tak akan reput. raja2 melayu ni pulak, buat istana tepi sungai. bila ada raja mati, waris dia pindah buat istana baru kat tempat lain. jadinya, istana tak dibina besar2, dan kerap berpindah. yang tinggal makam ada la. tu pun kena cari kat tebing2 sungai perak. begitulah adanya...


sedang memasak kuih iran

esoknya, lepas bergambar2, bertukar2 resipi dengan mak aku dan bertukar2 cenderamata, diorang pun aku hantar balik ke stesen bas. wuhuuu!

p/s: rupanya2, tak semua orang iran suka ahmadinejad. yang 3 orang ni pun tak gemar kat ahmadinejad. ahmadinejad tu cakap banyak, kerja tak buat.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

dok kat Kelana Jaya

hai everibadi!


lama gile tak update. sbb tak berapa ada cerita nak best. lagi pun skrg ni ada kat KL, sdg bersiap nak masuk belaja balik.

semalam aku gi beli perabot kat kedai perabot terpakai. kedai ni murah gile barang dia jual. ada iklan kat mudah.my lagi.

tapi kedai dia sangatlah susah nak jumpa, kalo pakai peta google map ni pun tak tentu jumpa. aku smlm cari dgn kawan aku sampai malam baru jumpa. lagi sikit dia nak tutup kedai. hahaha


ni semua nak cari Lingkaran prima vodo pny pasal tah sampai ke dengkil terus. hadoiyai!

ape pun, bilik aku mlm ni akan lengkap dengan meja belajar, katil bujang, almari, tilam dan rak buku. semua rm350 saje.

p/s: tokey kedai tu kata dia dapat bekalan perabot dari asrama kementerian pertahanan. tiap2 tahun tukar perabot. fuiiiii! ada komisen ke agaknya tu?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...