Archives

silat cekak masjid kota damansara


28 oktober lepas ada program raudah TV9 di masjid kota damansara. sempena program tu, ada la dijemput pasukan silat cekak buat demo di sana. yang ramainya pasukan dari UIA. aku pun joinla membantu apa yang mampu. memandangkan aku pun x cekap sangat nak berdemo2 ni, aku jadi budak flyer je. tukang edar helaian2, kempen sertai silat.

sebab aku kena buat kerja, maka gambar yg diambil tak seberapa sangat. demo pun x sempat nak rakam. ecewah! mcm banyak sangat je kerja. haha

sape2 yang tertonton iklan di TV9 yg ada 'terima kasih-terima kasih' pasca raudah masjid kota damansara, yg brader dukung anak tu pun salah seorang ahli jugak. hampir2 nak kene seret buat demo. ahahaha

ni t-shirt aku sendiri. lama dah mengidam nak pakai. huhuhuhu

majulah silat untuk bangsa, agama dan negara!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

raya haji kampung batu enam


bulu kaki...

adapun kampung tersusun batu enam itu, betapa makmurnya, korban raya haji tahun ini sekian banyak, sampai darah lembu korban hingga tenggelam buku lali. begitulah adanya...

ok, itu bohong. tahun ni korban kampung batu enam ada 8 ekor. aqiqah seekor. maka ada 9 ekor lembu. sebenarnya kaki aku yang terpijak lubang takung darah lembu.

berposak-posaklah masyarakat seisi kampung tolong-menolong menyelesaikan 9 ekor binatang itu. ada yang mengajar sembelih, menyembelih, mengulit, membelah, melapah, menyiang, menimbang, mengagih, membancuh, mencuci, mengangkat, menyorong, mengikat, menarik, menolak dan memasak. tak lupa juga yang tolong tengok. hahaha

agak ironik di situ...

betapa tajamnya mata pisau, ditambah pula keasyikan bersuka-suka melapah-lapah, sampai tak sedar tangan tertikam terhiris.

ok, itu bohong. memang sakit. berdarah sampai ke petang. T_T

begitulah adanya sambutan raya kali ini di kampung batu enam...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...