Archives

topi koboi!







itulah kisah topi koboi. salihin yg suruh awek tu posing dgn topi aku sebenarnya. terima kasih kat salihin. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tiba di moskow!

lama tak menulis pasal cerita kembara aku.


dekat setahun...

sambung balik lps cubaan aku yg gagal untuk mengayat veronika.

al-kisahnya, ada beberapa kali lagi keretapi berhenti melepas lelah, menurun dan mengambil penumpang. ada sekali tu, chin beli anak patung [anjing ke beruang, aku pun tak ingat dah], konon2 nak bagi kat veronika. fullamak, jiwang karat brader sorang ni!

ada berapa belas jam lagi nak sampai, dan kami pun melintas sempadan keretapi ukren-rusia di konotop-suzemka-zernove. di sini, pemeriksaan yg dilakukan agak ketat dan mengambil masa yang lama. pasport diambil dan ada beberapa soal siasat. dalam masa yang sama, pegawai imigresen tu telefon pejabat konsul rusia di odessa, untuk mengesahkan daftar perjalanan kami. ada dekat sejam kot. sebab bukan selalu orang malaysia lintas sempadan dengan keretapi. ada 3 orang bujang tak ada kerja ni je. hahaha

kami sampai di moskow dah petang. masa nampak tulisan moskow di luar keretapi, rasa dah teruja dah. tapi sayangnya, nak tangkap gambar di stesen adalah dilarang. biasa la tu. stesen yang dimaksudkan ialah stesen kievsky di moskow.

sebelum melangkah keluar keretapi, dengan sayunya chin pun menyerahkan anak patung tadi kepada veronika. veronika pun menyambutnya sambil tersipu2 dan dijeling cemburu oleh mamat dalam biliknya tadi. hahaha. cayalah chin! ko je yg berani!

kitorg dengan segala bagasi pun bergegas menuju ke rumah marina dan aidan di pinggiran bandaraya kosmopolitan moskow ni. turun je ke stesen metro, kami ikut arahan yg diberi oleh marina. tak la sesat sebab kami paham russki. cumanya, russki org rusia ni pekat semacam telornya, banding dgn russki org ukren.

di stesen hampir dengan rumah marina, kami disambut dengan melihat dua orang polis baru lepas belasah satu pencopet ni sampai lebam berdarah2. adoi...apa la nasib kitorang kat moskow dua hari ni...


kesimpulannya:
jarak perjalanan odessa-moskow: +- 1300km lebih sikit.
tempoh: 28 jam lebih kurang
harga tiket: dah lupa
pengalaman: tak ternilai...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

HORASSS!!!



Yeah! seperti biasa, blog aku akan bicara tentang adat-istiadat dan kebudayaan yang tak selalu orang tengok. kali ni cerita adat upa-upa.

adat upa-upa yang aku sempat tengok ni sempena menyambut menantu, merupakan adat suku mandahiling. kalau ikut wikipedia, mandahiling ni sub-suku batak. tapi entah le. diorang taknak mengaku batak ke ape ke. menurut wiki lagi, orang mandailing ni kahwin campur dengan melayu dan minang. kalau ikutkan video ni, warna2 asal batak ada pada diorang. warna asal tu ialah merah, putih dan hitam. warna2 ni ada la makna2 tersendiri dalam budaya mereka. dan diorang masih menyebut HORAS. masa kecik2 dulu, aku gi pulau toba, batak2 sana pun sebut horas jugak.

tak kesah la tu.

jom kita layan video brader mandailing ni jamming dan pakcik2 mandailing ni berdansa2. ewah!!!


amacam, ada rupa system of a down x?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kasino


judul novel FIXI ni KASINO.

tapi bukanlah berkisar pasal kaki judi di kasino semata-mata, atau mengajar cara untuk menang di kasino.

ia tentang seorang peniaga/niagawan yang berdepan risiko didakwa atas tuduhan rasuah di suatu negeri reka-rekaan di Malaysia selepas negeri tersebut jatuh ke tangan PR. untuk mengatasi kesempitan wangnya, dia terpaksa mencari sumber wang dari mana saja lubang yang dia ada. dan satu kepakarannya ialah bermain terup di kasino.

sambil2 tu dia ada minum2 sikit, main2 perempuan sikit (banyak, bukan sikit), tahajud2 sikit...dah macam cacamarba pulak aku tengok watak novel ni. minum wain mcm minum air, tapi smyg tak tinggal. macam ni punya orang pun ada.

tapi cerita ni pun cerita rekaan, ikut suka penulis dia la nak reka watak macam mana, ye x?

novel ni ditulis dalam latar tempat yang urban/bandar, diresapi dengan pengaruh2 jahat duit di mana, siapa ada duit, segala benda boleh buat. segala benda pun tak mustahil.

ni baru satu novel dari barisan judul dalam siri terbitan FIXI. aku ada baca dua lagi, Zombijaya dan Kougar...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...