Archives

baginda rasul seluruh alam

Menurut Microsoft Encarta Dictionary, perkataan 'Pedophile' bererti 'an adult who has sexual desire for children or who has committed the crime of sex with a child..' yang bermaksud 'seorang dewasa yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak ataupun mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.'

Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi merupakan seorang 'pedophile', berdasarkan fakta bahawa Nabi mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun (tetapi hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun..)

Ye ke?

Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Anda boleh membaca tentang perbahasan umur Aisyah r.a. di sini

Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?

1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar kepada mereka untuk menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini

Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun.. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.

Sempena Maulidurrasul kali ini, marilah kita sama-sama memuliakan serta membersihkan nama Nabi kita di kalangan masyarakat dunia. Ini merupakan tanggung jawab serta kewajipan setiap individu muslim. Jangan hanya berkobar-kobar menyambut maulid, tetapi melupakan Nabi sebaik sahaja tamat sambutan..

Sebarkanlah artikel ini jika anda benar2 mencintai rasulullah s.a.w..

bersumber dari blog effysaiful@comparative religion studies

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tabik, hormat!!!

pelajaran kat sanatorium салют/salute td sungguh menginsafkan.


wlpn terlambat dtg, [hehe. utusan mesia pny pasal, melayan zue lagi] kitorg sempat sampai dan xda kene mark dgn vladimir leonidovich.

sanatorium salute ialah satu prasarana kerajaan ukren utk veteran2 perang mereka. nak pegi sanatori ni, amik маршрутка/marsyrutka no 198 kat simpang детская больница/detskaya bolnitsa, pastu turun kat площадь 10-я апрелья/ploshad 10 apreliya. belakang megapura сады победы/sady pobedy.

ni kali kedua kelas kitorg kat sini. mgu lepas ada jugak, tp mgu lepas pelajaran pasal sistem makanannya. hr ni, pasal sistem fisioterapi dan kesihatannya.
setelah dpt taklimat awal dan vladimir pun balik [tanpa amik attendance. huh!!!], kitorg naik ke tingkat 7 utk sesi penerangan di gym.

utk gym warga emas, kelengkapan2 kat sini pun ber'usia emas' jugak. same je mcm gym kat спортзал/sportzal institut. antik!!! tapi x seantik sanatorium lermontova hr tu.

memula ada sesi penerangan oleh atuk yg jaga registration. dia pun mula ceramah serba banyak ttg prosedur dan aktiviti warga2 emas kat gym tu. pastu dia tunjuk/demo fungsi alat2 dan cara guna alat kelengkapan gym. kuat kederat atuk ni. alat2 yg dia demokan, dia kerjakan dgn sepenuh kemampuan dan dgn jangkauan sendi yg sstgh org muda pun xlarat! mmg fit, tabik sama atuk!
atuk td abis taklimat dekat pukul 1030am, ada sesi senaman utk penghuni yg ada sakit kardiovaskular. ni gamba2 yg sempat usop ketik.

7, 8, 8 lagi...

tgk crest nenek tu...nenek aku pun xda crest camtu

nenek yg konduk aerobik

tok lihin mencelah ;)

mmg bagus program2 mcm ni. demi kesihatan warga emas, dan sbg tanda mengenang jasa dan pengorbanan veteran2 soviet ni. malangnya, xsemua berpeluang merasa keistimewaan ni. ramai warga tua lain kat luar yg melarat sakit xda rawatan...isk3

ziarah kitorg selanjutnya pergi melawat ke bhgn lain pusat sanatorium tu. sama je mcm sanatorium chkalova, ada terapi lumpur, air panas, ultra sound, elektromagnet dsb. pastu ada bilik psikoterapi [bilik gelap ada audio bunyi burung berkicau2 dan air mengalir] utk rawatan insomnia. juruterapi tu ckp atuk-nenek ni kena isnomnia mungkin sbb pengalaman lama diorg. fuih! perang dah lama abes dah tok! [penangan perang, trauma kekal bertahun2...]. ada jugak helioterapi. terapi berjemur. pastu ada ionised air therapy. alat dia mcm pasang tudung saji terbalik dgn elektrod berjarum2. bila pasang elektrik, udara akan terion sbg rawatan mcm2 penyakit. [sori, xda gamba. xigt nak suh usop petik. sila peras daya imaginasi anda]

koktel! koktel! sape nak koktel!!

yg paling unik aku xpenah jumpa sblm ni dlm idup aku ialah, кислородьный коктейл/kislorodniy koktel, koktel oksigen.
aku xtau dia buat pakai apa [obviously ada oksigen] campur tah pape ntah, rasa mcm makan buih manis2. pekena sesudu, tersedak aku. haha

buih semata2

byk teknologi puak2 soviet ni. tapi satu la masalah diorg ni. diorg dah sampai satu tahap kemajuan dan kekal di situ. padahal dunia seluruhnya makin maju dan maju dan maju. diorg masih igt diorg ialah soviet yg gemilang pada zaman 50-60an dulu. silap a korg...
bila aku renung balik muka atuk2 dan nenek2 ni, insaf aku [sekejap]. macam mane la keadaan aku nanti dah tua, dah kendur, kederat xda, penyakit bertimbun...isk3...insaf...

glossari:
спортзал - sports hall, dewan sukan

маршрутка - bas mini

детская больница - hospital kanak2
площадь 10-я апрелья - medan 10 april [sila cari sendiri apa signifikan 10 april ni]

сады победы - taman kemenangan

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bersilat hingga ku nafi

Apapun silat aku pelajari
Manfaat amalan hingga sebati
Aku bersilat hingga ku nafi
Buah, bunga, tapak dan tari

Baru silatku menjadi murni
Berjuang aku ke titis muktamad
Bergantungku hanya pada Illahi
Syahidku moga diredhai Al-Ahad

Walau dicerca, walau dibenci,
Tetapkan iman, kuatkan hati,
Aku melalui lorong berduri,
Untuk kembara menuju firdausi.

Walau tiada lagi pengikut,
Aku teruskan berjalan jua,
Tidak ku sunyi, tidak ku takut
Kerana Allah ada bersama.

Kaulah Kekasih, Kaulah Teman,
Aku sangat cinta padaMu,
Kan kuhancur segala kebatilan,
Demi menegak kebenaran yang satu.

Para pesilat saudari-saudara,
Marilah kita bersama-sama,
merasai agungnya hikayat cinta
Yang pasti kekal selama-lama

Cetusan Hati :Pok Nik yang hina disisiNya

bersumber dari silat-melayu.blogspot.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Allah selamatkan Tuanku SUltan...

Allah selamatkan Tuanku Sultan
Terengganu darul Iman
Allah selamatkan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah selamatkan Tuanku Sultan
Bahagia rakyat aman

lagu negeri terengganu, ingat2 lupa dah. daniel hassan [classmate aku] yg ajar aku masa aku form 4 kat kolej islam dulu.

saje je nk ckp pasal negeri terengganu. kan tgh kecoh pasal MB yg xterlantik2 lg ni...

aku xda la pandai sgt nk cite pasal politik negeri terengganu. tp sume org buleh nampak dan buleh nilai ape2 peristiwa yg berlaku skrg.

nk amik misalan, masa YB lim kit siang cakap nk boikot majlis perlantikan MB perak, punya kuat puak2 'ni' menyalak2 kata uncle lim xhormat institusi raja la ape la. ni yg puak2 korg ni nak boikot majlis yg sama kat trgnu, x derhaka ke jugak? apsal xda pulak puak2 'ni' nk buat tunjuk perasaan ke demo ke ape ke?

uncle lim lepas kene bantai dgn sume rakyat malaysia, dia mintak maaf. yg diorg ni, dah kecoh sultan xstuju dgn wakil diorg, pegi buat sidang akhbar plak, nk kata diorg xsetuju dgn pilihan sultan. terang2an dah jd 'derhaka'nya...huhu...memalukan aku sbg org melayu btul. nasib baik la aku xsokong diorg...so xda la malu sgt. hehe

mana dianya org yg nk membela institusi raja? mana pembela sultan? mana taat setia melayu pada sultan?

ni ada la...

"Sebab itu kami [sayap pemuda, wanita dan puteri] sebulat suara menyatakan pendirian menolak campur tangan istana dalam pelantikan Menteri Besar. [petikan berita minggu, 23mac 2008, artikel 'campur tangan istana dibantah']

punya kritikal situasi diorg ni sampai tahap sanggup bukak fail2 rasuah org diorg sendiri, nk tunjuk sbb si MB baru ni xlayak, lucut jwtn dan keahlian dsb. kalo aku la org buat camtu, dah tentu la aku pun suruh BPR siasat puak2 MB lama ni. ntah2, dua2 pihak pun ada kes rasuah yg rakyat xtau.

aku baca dlm malaysia-today, ada komen pembaca yg ulas pasal tatacara melantik MB tganu. lebih kurg gini a:

1. sultan memilih wakil yg baginda berkenan
2. wakil mestilah dipersetujui oleh ADUN2
3. sultan berhak membubarkan dewan negeri dan adakan pilihanraya utk memilih wakil rakyat lain, kalo ADUN2 xsetuju dgn calon yg dipilih sultan

hoh! kalo keadaan berlarutan sampai poin no 3, sah2 xda sapa pilih puak2 ni. mungkinkah ini mmg perancangan DYMM sultan tganu dari awal, supaya pembangkang buleh dapat balik negeri tganu? hmm....

petikan yg sama menarik dari mingguan malaysia 23mac, 2008, artikel ruangan rencana 'tak bagus boleh tukar':

Difahamkan pada mulanya ustaz menolak jawatan ini?
AZIZAN: Saya bukan macam orang lain, nak berebut. (Saya fikirkan) kalau ada orang lain lebih layak, bagi kepada orang lain. Cumanya saya Pesuruhjaya Pas negeri dan tua sikit, maka saya dipilih menjadi Menteri Besar. Tetapi kalau saya tak mampu, tukarlah orang lain. Alhamdulillah sehingga kini sokongan orang-orang lain adalah baik.

pada aku, dr ayat ni saja kita buleh nampak perbezaan keperibadian tokoh2 MB dr negeri pembangkang. xda susah nak berebut2 jawatan sampai tahap nak derhaka2, nak demo2, nak boikot2.

aiii...lantak korang la...nasib baik negeri aku dah selamat...tgu nk umum EXCO negeri je...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

aku respek orang ini...

aku meluahkan setinggi2 rasa hormat dan kagum aku kpd orang ini.

MB perak, YB Ir, mohammad nizar jamaluddin dan mangsa letupan kilang tepung segari

kenapa? klik SINI. bab ni tuan guru nik aziz pun xleh lawan. keh3...apa kata org kelantan?

aku rasa org cina pun xbuleh bertutur kata mcm org ni.

bijak DYMM sultan dan pemangku baginda.



DYMM Sultan negeri Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, dan anakanda baginda, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sELamAt Hari LahiR AkU

18 mac, selamat hari lahir aku.


seperti biasa, mlm sblmnye akan ada kek yg 'surprise' dtg ke bilik. sebenarnye, kalo dah dkt 3taun ritual ni berulang, dah x surprise dah. but, for d sake of having fun, sumorg pun meny'urprise'kan diri.

SURPRISE!!!
[sblm surprise, aku dah dgr dah bunyi 'sok-sek'2 irma n linda bukak bungkus kek kat luar pintu. tambah plak, bunyi lighter 'keceh2'. hehe. thanx for d 'surprise'. hehe]

org paling awal ucp selamat kat aku ialah aneem, yg saban tahun xpenah lupa 18mac.
org yg aku x expect ucap selamat ialah sepupu aku, hartini. tetibe je ada hepi bday kat frenster aku. [aku yakin ni ialah sbb ada bday reminder, wlpn aku pn guna benda tu, aku jrg amik perhatian]. maknenye, aku kene bersedia/peka utk bday hartini jugak. muahaha. dan pd hari yg sama, abg tini, aie, pun komen kat frenster aku.
insan2 lain yg wish termasukla jojo [membe skola aku dr kecik, wlpn aku igt bday dia dlm buln mac, aku dah terlepas nk wish dia. ALAMAK!!], aan, deena, li jie, paa, marek dan hilmi. thanx a lot ppl! mak, abah dan kakcik suami isteri pun bg mesej jugak. sok aku kene call umah le maknenye ;)

ANNAH, slmt hari lahir utk awak jugak [dan kembar awak]. nk kek x? muekekeke

23 taun, sungguh tua... [kak cik kawin umur 26. AAA!!! 3taun lagi!!!]
kek warna warni, yg dikirim dr simferopol, buatan cik sol dan yanti. tq very much

dan aku masih main DIABLO2 n COUNTER STRIKE kat laptop aku lagi sambil berangan2 ttg life aku lepas kawin [yg xtentu dgn sape]. face it, aku ialah budak yg terjerat dalam tubuh dewasa...

ok la, aku nk tgu 0000hrs ni. nk wish li jie plak...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pEMbAngkaNG yg SALah

mmg betul la pilihanraya kali ni menyusahkan rakyat...pilih pembangkang punya pasal, kelam kabut negeri perak...antara mangsa pilihan rakyat kali ni ialah aku sendiri...

kain baju aku penuh sebaldi...kandungannye termasukla t-shirt, lab-coat, boxer, seluar 3segi, dan seluar pjg...

tgk, DAP punya pasal, aku terpaksa tgk berita tiap2 hari...sampai xda masa aku nak basuh kain...dah berlonggok baju aku dlm baldi, dr minggu lepas terendam...br mlm smlm aku siap basuh...isk3...dgn air yg sejuk, mcm nak beku tgn aku...huhu ;)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

JUal OrANg

mgu lepas aku tgk cite TRADE. cite org jual org. scene cite ni kat mexico. movie ni stail mcm 3 cerita dlm satu la jugak [makin byk plak director wat filem stail camni. buleh jual kot...]. satu cite sorg abg bernama jorge mencari adik pompuannya yg diculik utk dijual, satu cite pompuan poland, weronika, yg nk dtg ke US thru mexico tp in d end kene jual dan satu cite polis cari anak dia yg terpisah 10 tahun dulu sbb kene jual.

menarik x?
dan yang paling xbest skali tu, puak2 org jual org ni ialah org russia. los russos ckp spanish. adoi...punya jauh diorg ni dtg nk buat bisnes jual org. gile punya celaka la russian ni.

memula skali adik pompuan ni kene culik. masa dlm tahanan, dia jumpa pompuan poland ni. dia kene tipu oleh agensi pekerjaan kat poland, kononnya buleh bwk dia masuk US utk keje. bila jorge ni tau adik dia kena culik, dia track down penculik2 ni sampai la dia terserempak dgn polis ni pastu dia folo polis ni ke US dan dpt balik adik dia kat US.

filem ni membuka mata org ttg industri org jual org ni. mcm2 helah diorg guna, laman web dgn password rahsia, dokumen yg mcm2 [nak cari waris utk jd bahan ugut], suntikan heroin utk melemahkan mangsa2 dan lain2.

apa yg seram lagi ialah org putih yg sakit mental-tapi-kaya ni, sanggup bayar berjuta2 utk dptkn 'virgin pu**y'. gile haram x haram punya perangai.

ada antara mangsa tu pulak, sorg budak laki, dibawa/diculik khas dari thailand utk dijual kat US. percaya x? isk3...doa2 la yg anak2 malaysia yg kene culik tu xda terlibat dgn kes2 camni. nauzubillahi min zalik!

sila lah jaga anak2 anda sume baik2 untuk mengelakkan kes mcm ni jadi pada ahli keluarga anda

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

BAca Di ANtarA BARis...

hr ni aku bukak utusan.com.my. tiap2 hari pun aku bukak utusan sbb nak baca berita dr negara aku. lepas tu, aku bukak berita harian pulak. last sekali, aku mesti bukak harakahdaily.net [supaya ada pandangan seimbang]. kalau ada masa lepas tu aku bukak silat-melayu blog plak...

tajuk2 berita utusan ruangan dlm negeri hr ni la yg paling busuk dan loya aku penah baca, setakat ni. sambil2 tu, aku banding plak dgn bharian dan harakah.

jom kita tgk apa yg ada dlm utusan, berita harian dan harakah hr ni (10mac 2008) ye...

Tajol Rosli kunci pintu dan menangis

Berita kekalahan demi kekalahan calon BN juga membuatkan beliau terkedu hingga enggan menemui orang ramai dan pihak media yang berkumpul di kediaman rasminya sejak pukul 8 malam.

Hasrat pihak media untuk mendapatkan reaksi dan ulasan mengenai kejayaan pembangkang juga terbantut apabila beliau tetap mengurung diri di dalam rumah tersebut.

komen aku: aii, pakcik YB, dah jd ketua pembangkang, buat la cara ketua pembangkang. ketua pembangkang bukan rumahnye di kediaman rasmi MB. sila la pindah keluar. cari rumah sewa lain kat ipoh tu

Polis sedia bekerjasama dengan kerajaan baru 4 negeri

Mengulas kemungkinan polis dipersalahkan atas kebangkitan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini, beliau menjelaskan:

"Saya rasa polis telah bertindak adil menguatkuasakan undang-undang, ini selari dengan nasihat saya kepada semua pegawai bahawa dalam apa keadaan sekalipun kita perlu bertindak tegas, adil dan berhemah."

Musa minta rakyat bertenang

"Jangan bergaduh, terima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Kita semua rakyat Malaysia dan perlu bekerjasama untuk negara ini. Saya tak nampak ada sebab untuk menimbulkan ketegangan.

Beliau juga menegaskan, tiada sebarang perubahan jawatan ketua polis negeri dilakukan setakat ini walaupun negeri terbabit bertukar kerajaan kerana ia tiada kaitan dengan institusi keselamatan itu.

"Tiada keperluan ke arah itu kerana polis bukan parti politik, kami hanya institusi keselamatan dan tanggungjawab kami jelas iaitu menjaga ketenteraman awam," katanya.

komen aku: wartawan bengap [baca:xprofesional] mane yang tanya soalan bodo macam ni? ada ke patut tanya kemungkinan polis yg bersalah pasal kebangkitan parti pembangkang? parti pembangkang naik sbb rakyat yg pilih...artikel bharian lagi sedap dibaca sbb tak menampakkan soalan wartawan2 yg sengal. baca tajuk artikel utusan je dah cukup menunjukkan yg kalo pembangkang jadi pemerintah, seolah2 polis boleh/berhak utk xbekerjasama utk xmenjalankan tugas. masa PAS buat kempen 'kondem' polis [sesetengahnye, bukan semua...ada je ramai polis baik], buleh plak puak2 ni ckp macam2. ni yg tanya soalan2 menghina kredibiliti polis, xda rasa ape2 ke?

Pas arah Tabika dikosongkan

SUNGAI PETANI: Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkan serta-merta sejak pagi semalam.

Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.

Di Parlimen Merbok, 57 Tabika dikatakan terbabit dengan arahan itu.

Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.

Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah

ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.

Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.

komen aku: sila baca dgn teliti artikel bharian, korg akan dapati yg org2 yg dtg jumpa cikgu2 tabika tu MENDAKWA je mewakili kerajaan PAS. apsal cikgu2 xmintak dokumen ke ape ke? pastu kecoh2 masuk akhbar. ustaz azizan xsuruh pun tutup...

PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan

Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Koh sedia letak jawatan Pemangku Presiden Gerakan

"Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya. Ini juga bermakna pilihan saya sendiri ialah menawarkan diri untuk meletak jawatan," katanya pada sedia media terakhir di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

komen aku: ada beza x ucapan 2 orang ni? mungkin masing2 ada alasan masing2...tapi yg sorg tu, org suruh turun tapi xnk. katanya xda tekanan suruh turun. yg sorg lagi sedia je nak turun, tp tunggu keputusan mesyuarat dulu.

tu je ulasan akhbar hari ni. pesanan aku, sila la banyakkan bahan bacaan demi mendapat sudut pandangan yg lebih luas dan maklumat yg lebih tepat. ada je lg benda nk ckp, tp cukup a yg ni je utk hari ni...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

DeBARan yG meNgASyikkAN

spjg hari smlm aku dok mengontek abah aku dan mengadap malaysiakini utk mendapatkan khabar2 terbaru ttg PRU-12.

mula je sesi pengiraan undi, aku log on internet, pastu aku klik ke link yg cik nad bg thru YM [tq nad :)].

gile ah, excitement nye mcm org tgk bola. huhuhu...nak2 masa baca calon2 pembangkang tgh leading. mcm ada 'surge of energy'.

update demi update, refresh demi refresh, maka setiap kejayaan atau kekalahan pembangkang/BN disambut sorakan gembira dan kecewa kitorg kat sini. huhu

tambah mengejutkan bila menteri2 yg dah established, kalah kat kwsn mereka. takziah a kpd dato' samy, zam, datuk shahrizat dan lain2. dah xda la muka diorg dlm parlimen kali ni.

bila dapat berita yg satu demi satu negeri BN kalah, sekali lagi suntikan tenaga berlaku. memula kelantan, pulau pinang, kedah, selangor dan perak.

sape sangka perak dapat kat pembangkang? lepas ni BN plak jd pembangkang kat perak. baru merase kome!

mari kita lihat bgmana pihak yg baru menang ni mentadbir negeri masing2. calon MB perak baru ialah Ir nizar, wakil PAS pasir panjang [menurut harakahdaily].

adakah bila perak jd negeri pembangkang mcm kelantan, akan dihadkan peruntukan mcm kelantan? adakah perak akan jd miskin [perak bukan kaya sgt pun...]? apekah masa depan kawasan ipoh yg dimenangi oleh DAP?

kita tunggu dan lihat :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

seLAMaT MEngUNdI

xda ape nk diposkan kat sini, melainkan ucapan selamat mengundi utk rakyat Malaysia. undilah dgn bijak. demi masa depan yg lebih cerah. demi masa depan yg selamat utk generasi kita yg akan datang. aku xdpt nk mengundi sbb aku dok jauh [dan sbb aku xdaftar dgn SPR lg], hehe. kang kalo aku daftar awal2 kang, ada pulak org gunakan nama aku jd pengundi hantu kat mesia. naya jek!

aku berharap yg pengundi malaysia kali ni akan buat satu perubahan yg positif memandangkan kali ni, pengundi2 nampaknya lebih bijak dan media alternatif lebih berperanan menyampaikan maklumat2 yg xda dlm TV kerajaan [cthny blog2].

sepanjang musim PRU kali ni, aku byk gak baca utusan, berita harian, harakah, laman marhaen, tranungkite, youtube dan sumber2 lain termasuklah blog2 DSAI, yb husam, sampaila aku tersesat ke blog datin marina mahathir. huhu. masing2 riuh dgn manifesto, dakyah, kritikan, kempen, fitnah, penjelasan dan propaganda.

tapi yg paling best skali kalo baca berita pasal malaysia kat yahoo news. yg ni sah2 xda bias, edit dan filter pny. bila baca liputan agensi berita luar, buleh timbul rasa kelakar dan malu pada masa yg sama. sbb pe? sbb wlpn kita dok disajikan dgn ketelusan, kecekapan dan keneutralan SPR oleh media tempatan, media antarabangsa tgh mengetawakan kita sbb kecelaruan, kekeliruan dan ketidakcekapan SPR. kalo le tetiba da ukren tny aku pasal SPR kat mesia, aku xtau nk jwb pe. nk kutuk negara sendiri, xsanggup; nk menafi, benda tu nampak sangat...

mula2 dulu heboh pasal perhimpunan 100,000 rakyat, pastu pasal tuntutan semak semula senarai pengundi utk buang nama2 pengundi yg dah meninggal dunia, pasal dakwat celup [yg skrg dah batal], pasal undi pos, pasal org yg daftar tempat lain tapi undi tempat lain, lanjutan umur bersara pengerusi SPR, pasal setem duti dsb.

huh...dan xlupa. selamat hari wanita sedunia esok :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

semak dan imbang

"Apa yang nak diperiksa dan diseimbangkan, kerajaan bentangkan pelan struktur kepada orang ramai untuk bagi pandangan sebelum membuat dasar. Pelaksanaan dasar itu kerja kerajaan dan wakil rakyat BN akan periksa pelaksanaannya... jadi, apa yang nak `check and balance' lagi."

kata menteri besar NS, dlm berita minggu 2 mac 2008.

dalam artikel yg sama, dia cakap lagi:

"Bagi saya, rakyat dah tahu prestasi BN... di Seremban, tak ada lagi isu. Pada 2004, DAP menang Lobak kerana ada isu kerajaan nak pindahkan pasar besar dan perkuburan Cina, tetapi kita putuskan kedua-duanya tidak dipindahkan, sebaliknya membelanjakan pula RM7 juta untuk naikkan taraf pasar besar," katanya.

abis tu, yg kenapa xjadi pindah kubur cina dan naiktaraf pasar besar bukan sebab ada 'check and balance' dari DAP ke? kalau xda suara DAP kat situ, sah2 kubur cina dan pasar besar kena pindah...

tgk org cina. pandai. sebab kepandaian dia, dia dapat manfaat.

kepada org melayu, kenapa xnak bereksperimen? bukan ke org2 cerdik pandai, saintis2 semua dalam dunia ni bereksperimen utk mengesahkan sesuatu teori? menjalankan ekseprimen ni ciri2 org bijak.

adoi...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Believ it OR NOT!!!


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...