tajuk2 berita utusan ruangan dlm negeri hr ni la yg paling busuk dan loya aku penah baca, setakat ni. sambil2 tu, aku banding plak dgn bharian dan harakah.
jom kita tgk apa yg ada dlm utusan, berita harian dan harakah hr ni (10mac 2008) ye...
Tajol Rosli kunci pintu dan menangis
Hasrat pihak media untuk mendapatkan reaksi dan ulasan mengenai kejayaan pembangkang juga terbantut apabila beliau tetap mengurung diri di dalam rumah tersebut.
Polis sedia bekerjasama dengan kerajaan baru 4 negeri
Mengulas kemungkinan polis dipersalahkan atas kebangkitan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini, beliau menjelaskan:
"Saya rasa polis telah bertindak adil menguatkuasakan undang-undang, ini selari dengan nasihat saya kepada semua pegawai bahawa dalam apa keadaan sekalipun kita perlu bertindak tegas, adil dan berhemah."
Musa minta rakyat bertenang
Beliau juga menegaskan, tiada sebarang perubahan jawatan ketua polis negeri dilakukan setakat ini walaupun negeri terbabit bertukar kerajaan kerana ia tiada kaitan dengan institusi keselamatan itu.
"Tiada keperluan ke arah itu kerana polis bukan parti politik, kami hanya institusi keselamatan dan tanggungjawab kami jelas iaitu menjaga ketenteraman awam," katanya.
komen aku: wartawan bengap [baca:xprofesional] mane yang tanya soalan bodo macam ni? ada ke patut tanya kemungkinan polis yg bersalah pasal kebangkitan parti pembangkang? parti pembangkang naik sbb rakyat yg pilih...artikel bharian lagi sedap dibaca sbb tak menampakkan soalan wartawan2 yg sengal. baca tajuk artikel utusan je dah cukup menunjukkan yg kalo pembangkang jadi pemerintah, seolah2 polis boleh/berhak utk xbekerjasama utk xmenjalankan tugas. masa PAS buat kempen 'kondem' polis [sesetengahnye, bukan semua...ada je ramai polis baik], buleh plak puak2 ni ckp macam2. ni yg tanya soalan2 menghina kredibiliti polis, xda rasa ape2 ke?
Pas arah Tabika dikosongkan
Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.
Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.
ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.
Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.
komen aku: sila baca dgn teliti artikel bharian, korg akan dapati yg org2 yg dtg jumpa cikgu2 tabika tu MENDAKWA je mewakili kerajaan PAS. apsal cikgu2 xmintak dokumen ke ape ke? pastu kecoh2 masuk akhbar. ustaz azizan xsuruh pun tutup...
PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan
Koh sedia letak jawatan Pemangku Presiden Gerakan
tu je ulasan akhbar hari ni. pesanan aku, sila la banyakkan bahan bacaan demi mendapat sudut pandangan yg lebih luas dan maklumat yg lebih tepat. ada je lg benda nk ckp, tp cukup a yg ni je utk hari ni...
4 comments
Comment by annah on 10 Mac 2008 pada 12:00 PTG
huh!pak lah patut ikut ckp tun dr mahathir.malaysia xleh duk bwh pimpinan die.tgkla 4/5 tahun nnti.yg kaye,pak menteri,terus kaye.yg miskin papa kedana.election kali ni nmpk sgt rakyat xpilih kerajaan.sume majoriti sipi-sipi jekk...khairy tu blei plak menang ekh.heran btol sape yg pgkah die.huhh!
Comment by djambu puadovich on 10 Mac 2008 pada 11:13 PTG
kalo kita dok kat tempat pak lah pun, kita dlm dilema. kalo letak jwtn, org akn kata dia mengalah, bacul, putus asa dsb. kalo xletak jwtn plak, org akn kata dia mcm yg org tgh kata skeg ni. mungkin kalo dia nk terus pegang jwtn PM, dia patut kembalikan imej mr. clean dia dulu. kalo dia nk letak jwtn, dia patut buat dgn cara terhormat. up to him...
abt KJ kat rembau, sy xleh nk komen ape2 sbb rembau pun bukan kwsn sy n sy xda info byk ttg kwsn tu
Comment by SpEkmATaKu on 12 Mac 2008 pada 8:49 PTG
erm bgs la quotation2 tu..compact dan padat..erm hope 4negeri baru nie mampu menggunakan masa 5thn (yg bagi ku agak singkat nie)menunjukkan kewibawaan mereka dn dpt menawan ramai lg hati rakyat...untuk menunjukkan perubahn drastik(based on trg mase pas menang dulu)amatla sukar...hope if the 4 state manage to succeed within this 5years,ader possibality negeri lain pn akan ikut jejak langkah...termsk la ganu...gambate2 jihad fisabilillah...
Comment by djambu puadovich on 13 Mac 2008 pada 12:33 PG
hmm...skrg ni tgh kerisauan ttg situasi kat ipoh. pelik a pulak DAP, memula dah setuju mohon perkenan Sultan. ni dah Sultan pilih, LKS boikot pulak...perbuatan yg xbijak...xtau a ape agenda diorg ni...jgn ada riot kat kuala kangsar pasni sudah...
Catat Ulasan