2-3 hari lepas aku terbaca pasal sepasang warga emas maut dlm kereta lps kereta diorg terbabas masuk terusan/parit. sebelum tu pulak ada berita 3 org askar maut dlm kes yg hampir serupa. kereta terbabas masuk sungai.
jadi, kat sini aku nk mengambil kesempatan nk bg khidmat masyarakat, nasihat berkenaan tukul kecemasan/keselamatan [gamba benda yg kat atas ni].
sbg maklumat, apabila kereta terjerumus ke dalam air, kenderaan tersebut akan ambil masa untuk tenggelam. orang ramai akan berpendapat mereka sempat buka pintu sementara air belum penuh dan mampu keluar.
keadaan sebenarnye, tekanan air sangat kuat . tekanan air menolak pintu kereta dan pintu kereta akan jd sangat berat utk ditolak. xda kederatnye nk bukak pintu tu. benda ni aku dah tgk kat tv, discovery channel dlm rancangan mythbusters tu. pintu kereta dah xboleh dibuka seawal air mencecah paras 1/3 drpd pintu. tu org muda sihat dan kuat yg nk bukak tu. kita yg xseberapa sihat ni, jgn la amik risiko.
"alah, bukak je la tingkap, keluar ikut tingkap."
xsemudah tu. tekanan air yg kuat, menekan tingkap ke pintu sampai nk pulas pembuka tingkap pun xakan buleh.
pilihan yg ada dlm situasi tu, ialah menunggu air penuh dlm kereta dan seimbangkan tekanan air dalam kereta dan luar kereta. fikir balik, berapa lama kita sanggup tahan nafas? dah sesak nafas tu, larat lg ke nak tolak pintu kereta dan berenang naik ke permukaan?
utk mengelakkan keadaan ni, sila la beli tukul kecemasan/keselamatan ni dan letak dlm kotak dlm ruang penumpang. jgn letak dlm bonet plak. xda la faedahnya kalo gitu. dgn tukul ni, boleh pecahkan tingkap kereta dan keluar dgn cepat.
sayangi nyawa anda.
satu khidmat masyarakat dr djambu :)
0 comments
Catat Ulasan