semua org dlm dunia ni, kalo berpeluang dan peka [ada org byk peluang dan petunjuk tp xsedar itu ialah titik perubahan nya. ada yg menanti2 masa yg sesuai utk berubah, tapi x kunjung tiba], akan mempunyai satu titik perubahan dalam hidup dia. satu titik penentuan di mana dia akan memilih satu jalan untuk dia meneruskan hidupnya. filem 'diarios de motocicleta'/'the motorcycle diaries' memaparkan titik perubahan dalam hidup ikon pemberontak sedunia, ernesto 'fuser' guevara de la serna bersama kawannya, alberto 'che' [sebut 'chey' bukan 'cik' dlm BM] granado.
bermula sebagai seorang pelajar perubatan tahun ke 5, fuser dan che, seorang ahli biokimia, merancang untuk menghabiskan cuti musim panas tahun 1952, merempit ke seluruh benua amerika selatan. berbekalkan motosikal norton 500 model '39, mereka merentasi argentina, chile, venezuela, peru, dan beberapa negara lain dgn harapan untuk selamat tiba ke argentina dgn motosikal tu jugak.
dalam perjalanan, diorg ni dilanda pelbagai mehnah dan tribulasi. motor rosak, duit habis, fuser kene demam dan diserang asma, cuaca buruk dan macam2 kes lagi lah. tapi itu semua x merencatkan keazaman mereka berdua.
tambahan pula, mereka bertemu dgn bermacam2 golongan dan lapisan masyarakat. kaya, miskin, sihat, sakit, cantik dan hodoh. ini yg menjadi titik perubahan dalam hidup fuser yg menyedarkan dia dan mencetuskan ilham untuk memperelok keadaan sosial masyarakat amerika selatan ketika itu.
keseluruhannya, cerita ni menginsafkan terutama bahagian fuser beramah mesra dgn pesakit2 kusta di koloni pesakit kusta di pedalaman amazon. pandai dia amik hati pesakit2 tu. bila fuser bertemu dgn org2 sakit dlm perjalanan, dia membantu sepenuh daya dan dia menghormati dan belajar budaya org tempatan [kecuali bab dia mabuk pastu kene goda dgn makcik kat chile ni. sapa suh mabuk...].
sebelum terlupa, skrg ni fuser lebih dikenali sbg ernesto 'che' guevara de la serna...sape2 pemuda2 yg dok puja gambar/poster dia ni tapi xtahu menahu ttg cerita dia, baik la cari maklumat serba sedikit, baca novel, ensiklopedia atau apa2 sejarah pasal dia.

2 comments
Comment by paddi on 11 Oktober 2008 pada 1:49 PTG
mampir jalan2....
Comment by djambu puadovich on 12 Oktober 2008 pada 3:21 PTG
sila2, kapan2 mampir lagi...:) cewah, bajet tol aku ckp indonesia
Catat Ulasan