yeah! petang tadi bungkusan aku dari malaysia dah sampai. 2 minggu tepat dari tarikh hantar.

kandungannya ialah:

  • 2 tin serikaya/sekaya/kaya 'ASLI' [lain org, lain gelarnye...tgk! siapa kata aku xnk kaya?] haha
  • bunjut sup
  • ovaltine [gile ah. wujud lagi ovaltine ni. aku igt dah mati ditelan zaman td...]
  • kopi pra-campur
  • sambal ikan dan serunding daging pujaan-abadi/all-time favourite buatan mak! muahaha. org lain xleh pau yg ni. semua aku punya!
  • sup krim
  • dan yg paling utama:- getah untuk menjerat tikus. kat sini xda jual.
kepada encik tikus, sila la bersedia bertemu ajal...

ada isu di sebalik kiriman kali ni. smlm dah dpt not drpd почта/pochta/pejabat pos, suruh aku amik bungkusan kat sana. tp bila aku pegi, dia tunjuk bungkusan utk satu budak india ni. sohail iqbal mane ntah. bungkusan isi buku teks. aku tanya la, "xda ke bungkusan lain, kot2 salah ke?" makcik tu bengong ckp, "xda, hari ni ada 4 ketul je sampai. kalo bukan nama ko, bukan ko punya la."

aku pun balas balik, "tapi ni nama aku ni, nampak?" aku pun tunjuk nama AZIZUL ISMIE. "oh, ni kami salah tulis. tgk alamat, ni bilik org lain ni. no. 511/3," balas makcik tadi dgn tanpa rasa bersalah.

huk aloh! buleh pulak salah nombor bilik. punya la jauh beza nama aku dgn SOHAIL IQBAL. tu pun buleh silap.

lagi bagus, makcik tu ckp, "aa, nanti balik hostel, bagi la kertas tu kat si sohail tu. suh dia amik buku2 ni."

aku pun balik dgn hanginnye dan terus aku gi bilik 511/3, aku selit je not pos tu kat pintu [xda org kat bilik, aku dah ketuk pintu dah]

pagi tadi, masa turun gi kelas, aku tgk ada not pos nama SOHAIL IQBAL, tp kali ni, no bilik dia dah tukar. 707/3. yg ni sure aku punya. haha. aku rasa si sohail tu pun mesti kena sama kes dgn aku. hahaha. nasib kita la sohail. kene main dgn ukren... penatttt!!!

p/s: 2 mel aku x sampai. mel dari zue n sefia...huhuhu
p/s2: kat sini, kalo ada org hantar bungkusan, pjbt pos anto nota ke asrama, suruh kutip bungkusan kat pjbt pos. kne 'alert' selalu dgn kertas bodoh ni, sbb org ukren tulis nama kdg2 xjelas n xtau siapa penerima...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati