smlm exam ObGyn aku. alhamdulillah, pass. pass je cukup. xlarat nk baca byk2. haha. dah la satu hal, aku prep jwpn lain, doc tu pulak gi putar soalan lain yg xda kne mengena dgn soalan atas kertas.
ok ah, tutup kisah tu. yang penting pass.
kali ni aku nak sambung komen aku pasal drama bersiri 'puaka niyang rapik'. hr tu aku dah janji aku nk komen, so kali ni aku komen. exam dah abes, boleh a entry panjang2.
drama tu menampilkan watak sorg anak tok imam yg pandai bersilat. di samping bersilat, dia pun pandai berlawan dgn makhluk2 halus [bukan semut, tungau dsb] sampai buleh terbit api dari tanah. jampi2 pun reti gak sket2.
pada pengamatan aku yang xreti bersilat ni, unsur2 mcm ni x membantu kepada perkembangan dan penyebaran ilmu silat. bagi menjahanam lagi ada. ok, mmg la perkara2 mistik ni adakalanya berlaku. tapi itu bukan la silat yang arus perdana/mainstream. benda2 mistik tu hanya untuk org2 yang 'mencari' saje.
aku pernah la saje 'cucuk'2 kwn2 aku 2-3 org pasal silat ni. bukan nak tunjuk tere, [sbb mmg xtere pun] tp nk tny pendapat diorg dan ape yg diorg tau pasal silat. antara jwpn yg paling popular aku dpt ialah "malas ah. belajar silat nanti boleh sesat/rosak akidah", "silat ada ilmu hitam", "silat ada 'baca'2", "bapak aku xbagi. nanti aku kene rasuk". tu belum masuk "bunga banyak sgt la", "boleh pakai ke bunga silat ni kalo org nak pau?" dsb.
dari situ kita nampak bahawa, faktor penghalang org2 muda dan moden zaman skrg ni dari belajar silat ialah imej silat yang berlapis dgn elemen mistik. penyumbangnya? tu ha, drama mcm niyang rapik tu.
zaman skrg ni, masyarakat dah lain. zaman dulu boleh a nak promosi silat mcm ni, 'silat siapa ada bela jin/hantu raya, silat dia yg handal'. ada silat yg seru semangat hang tuah la, roh wali songo la, jin afrit la ape la. zaman skrg org tgk lain. zaman skrg, org tgk silat yang praktikal, yang boleh guna di jalanan, yang buleh buat teknik senaman, yang boleh latih disiplin ke ape ke. silat yg macam tu yg boleh maju.
pasal boleh terbitkan api dari tanah tu, aku xtau dari mana pengarah tu dpt idea nk buat gitu. satu perkara, dlm drama tu, anak tok imam tu umur ada la dlm lingkungan 25-30 tahun. boleh kata muda lagi la. pada hemat aku yg x seberapa ni, org kalo nk sampai tahap tangan boleh berapi2 ni, menuntut bertahun2, berguru beratus2 baru boleh sajak nk buat tgn berapi. [setakat ni, aku xpenah a pulak dgr tok guru mana2 kat mesia tu boleh percikkan api dr tgn dia. senang a nk isap rokok kalo gitu. xda lighter, hentak je tanah skali, keluar api] bukan nak kutuk siapa2, tp imej yg sebegitu xberapa nak laris zaman skrg ni. yang aku penah dgr, tangan 'bisa'/'panas' mcm api ada. tu pun xleh bakar rokok. pasal tangan bisa ni, lenkali aku cite. kalo ada permintaan la.
sepatutnya, drama2 atau filem2 malaysia yg nk letak unsur2 mistik ni, letak la dlm filem epik mcm Puteri Gunung Ledang ke ape ke. kalo cerita berlatar zaman moden ni, sisip la elemen2 lain, selain mistik2, khurafat ni. elemen tempur tanpa senjata yg efektif ke, remaja berdisiplin ke, masyarakat sihat ke ape ke. baru a seni beladiri melayu/malaysia ni boleh berkembang secara sihat dan setanding dgn seni2 dunia yang lain.
sekian, terima kasih :)
p/s: aku kalo boleh, nak je menuntut sampai ada tgn bisa ke, ilmu gerak sejenak ke ape ke. tp bukan skrg a. hehehe
9 comments
Comment by Tanpa Nama on 18 Februari 2009 pada 4:42 PG
alhamdulillah....saya tahu awak boleh punya.
sebab awak ingat kat saya kan? :P
Comment by Tanpa Nama on 18 Februari 2009 pada 5:45 PTG
g tgk anak betong la. lg best.
silat dia baik2 :)
sapa plak kekasih gelapmu ni?
dh pandai bcurang2 kamu ye!
nak kene ni.
btw pehal mlm tu tiba2 senyap.
kene colek apa?! suke buat i ttunggu2 tauuuuuu
Comment by djambu puadovich on 18 Februari 2009 pada 8:06 PTG
@ kekasih gelapku,
well, kamu boleh jadi sumber inspirasiku :)
mulai skrg, kamu akan dikenali sebagai sefia, ok?
@ wonder woman,
anak betong xleh tgk online kat tv9.com.my le...xtau nk cari katne lagi.
lupe nk perkenal. wonder woman, itu sefia. sefia ialah kekasih gelap i. :P
bukan kne culik aa...i kn dh ckp i nk g tgk muvi. best woo! cite blindness. nti i tulih reviu :)
Comment by Tanpa Nama on 18 Februari 2009 pada 8:22 PTG
mane ada u ckp. u tetiba senyap. oo tgk movie dgn sefia ye. huh!
anak betong ada kat tv3 jugak arr. sehari tayang dua kali kat tv.
4.30pm tv3 & 8.30pm kat tv9.
kerana i drama queen:
"ku pendam sebuah duka"
sob2 :(
Comment by Tanpa Nama on 19 Februari 2009 pada 3:52 PTG
"this feeling shall last"
;)
Comment by Tanpa Nama on 22 Februari 2009 pada 6:23 PG
kalau ente masih ingat lagi ...
dan kalau lah ente pernah melihat cerita...
"pendekar Kundur"
lakonan eman manan ...
memang cita persilatan yg amat menarik ....
Comment by djambu puadovich on 22 Februari 2009 pada 1:38 PTG
@ wonder woman,
aaa...i dah jumpa kat youtube. cite anak betong. ok la jugak tgk silat hairie othman tu. silat gayong kot. thanx for d info :)
btw, i ada btau u la sblm i g tgk muvi. nk cari dlm msj archive ke? :P
@ sefia,
oh yeah bebeh! me too! ;)
@ razifembi,
ingat gak cite tu sket2. tp dulu xdpt tgk tv mlm2 a. abah x bagi...huhu. pastu ada cite keris hitam bersepuh emas n drama yg rusdi ramli berlakon tu. tah ape nama ntah, yg faizal hussein jd org jahat :D
Comment by Tanpa Nama on 4 Januari 2010 pada 11:21 PTG
belajar banyak
Comment by djambu puadovich on 4 Januari 2010 pada 11:24 PTG
baiklah, insya Allah
Catat Ulasan