bagaimanakah rasanye menjadi buta?
adakah sama rasanya, buta dalam gelap dan buta dalam terang?
adakah sama rasanya kegelapan dan kecerahan?
adakah manusia mampu bertindak rasional dan dalam batas-batas kewarasan apabila deria mata itu hilang?
itulah yang cuba disampaikan dalam filem 'Blindness'. dlm filem cereka ini, ditunjukkan fenomena penyakit buta yang berjangkit dan merebak ke seluruh negara, tanpa diketahui apakah punca, agen ataupun faktornya. yang lagi pelik bin aneh bin ajaib, pesakit buta ini melihat putih seolah-olah 'menyelam dalam lautan susu'.
aku rasa, apa yang cuba nak disampaikan dlm cerita ini ialah, penulis cereka menggambarkan keadaan manusia zaman semasa/contemporary dalam dunia sekarang yang bertindak sesuka hati membuat onar di muka bumi, jenayah, peperangan, pembunuhan, perkosaan, peras ugut, perompakan dan mcm2 per- lagi walaupun manusia dah berkembang dari zaman kegelapan dan kejahilan. ibarat buta di dalam terang.
manusia yang jahil akan melakukan apa saja untuk memastikan kemandirian sendiri sehingga mengetepikan hak-hak manusia lain, memijak2 nilai moral dan kemanusiaan.
p/s: sarah, ni ada satu lagi cereka yg 'masyuk' untuk ditonton. tp ada part2 yg kne censored a sket. huhu~
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.