bagaimanakah rasanye menjadi buta?
adakah sama rasanya, buta dalam gelap dan buta dalam terang?
adakah sama rasanya kegelapan dan kecerahan?
adakah manusia mampu bertindak rasional dan dalam batas-batas kewarasan apabila deria mata itu hilang?
itulah yang cuba disampaikan dalam filem 'Blindness'. dlm filem cereka ini, ditunjukkan fenomena penyakit buta yang berjangkit dan merebak ke seluruh negara, tanpa diketahui apakah punca, agen ataupun faktornya. yang lagi pelik bin aneh bin ajaib, pesakit buta ini melihat putih seolah-olah 'menyelam dalam lautan susu'.
aku rasa, apa yang cuba nak disampaikan dlm cerita ini ialah, penulis cereka menggambarkan keadaan manusia zaman semasa/contemporary dalam dunia sekarang yang bertindak sesuka hati membuat onar di muka bumi, jenayah, peperangan, pembunuhan, perkosaan, peras ugut, perompakan dan mcm2 per- lagi walaupun manusia dah berkembang dari zaman kegelapan dan kejahilan. ibarat buta di dalam terang.
manusia yang jahil akan melakukan apa saja untuk memastikan kemandirian sendiri sehingga mengetepikan hak-hak manusia lain, memijak2 nilai moral dan kemanusiaan.
p/s: sarah, ni ada satu lagi cereka yg 'masyuk' untuk ditonton. tp ada part2 yg kne censored a sket. huhu~
13 comments
Comment by Tanpa Nama on 26 Mac 2009 pada 2:10 PTG
Mak aih. Siap highlight kan untuk saya tu. Tak seram kan? Hehe. Kalau seram, takleh tengok sekarang la jawabnya. Tengah takde suara nak jerit =p Padahal penakut!
Comment by djambu puadovich on 26 Mac 2009 pada 5:03 PTG
tak seram la. ni mmg cite drama berat dan penuh dgn nilai2 keinsafan...ada la babak yg kene tapis, tapi itu pun xbernilai erotik. lebih kepada menunjukkan kerakusan lelaki.
sarah penakut ke? kui3...klo penakut, mintak a encik Yop temankan. juz kidding!
Comment by Unknown on 26 Mac 2009 pada 7:42 PTG
Aku pon mengesyorkan sume menengok movie ni.
Comment by djambu puadovich on 27 Mac 2009 pada 8:28 PG
aku bajet nk tulis sumtg pasal cite hunger tu...tp mcm keji sgt, sbb taik palit kat dinding...uwekksss!!
Comment by Tanpa Nama on 27 Mac 2009 pada 2:16 PTG
Tak boleh. Dia jauh.
Huahuahua.
Weekend ni nak tengok. Hoyeah.
Comment by djambu puadovich on 27 Mac 2009 pada 2:36 PTG
kesian...PJJ rupenye...
PJJ = perhubungan jarak jauh...
:P
Comment by Sarah on 28 Mac 2009 pada 12:45 PTG
Yop itu bukan buah hati tau. Jawatan itu masih kosong. Haha.
Comment by djambu puadovich on 28 Mac 2009 pada 1:02 PTG
Ooo...bukan buah hati ke? sungguh misterius dan konfusius la encik Yop sarah ni...hmmm (o_O)'
jawatan masih kosong? bila tarikh akhir? hehehe
Comment by Sarah on 28 Mac 2009 pada 1:40 PTG
Tarikh akhir? Di saat umur saya mencecah 29. Huhu.
Comment by redSeptember on 29 Mac 2009 pada 12:26 PG
torrent status BLINDNESS: 1.3%
kalau tak best citer ni, macam citer 7 lbs yang teramat bosan tu, jaga arr korang....
heheheh
Comment by djambu puadovich on 29 Mac 2009 pada 11:27 PG
@ sarah,
29? hehe...xlama dh tu...nti dh nk tutup tarikh, jgn lupa jemput :)
btw, dh tgk blindness ke? wat say u?
@ REd,
haha...alamak...klo xkne dgn taste REd, jgn mrh djambu. taste djambu lain sket...tp cite 7lbs tu pn ok pe. cume jln cite dia lmbt...
Comment by redSeptember on 29 Mac 2009 pada 1:34 PTG
seriously, REd tak understand at all citer tu. tak tgk sampai habis pun...
Comment by djambu puadovich on 30 Mac 2009 pada 1:57 PTG
hoho...i told u so...tp cite tu, dah hujung2 baru dpt mesejnye...
Catat Ulasan