dulu masa jahil memula sampai dulu, kitorg ingat tempat ni gila besar smpi mencecah 7km persegi atau panjang/lebar tempat ni 7km. sbb punya la besar. padahal xda org penah sukat pun. akhirnya, masa gi belgorod hari tu [rujuk sini dan sini], baru la tau yg sebenarnya, nama tempat ni 7km sbb kedudukan dia kat kilometer 7 hala keluar bandar odessa ke belgorod. haha. kalo nak pikir balik, mmg xda siapa pun yg larat berjalan smpi 7 km. klo jalan ulang alik atau jalan setiap lorong kat tempat ni, mungkin la jugak cecah 7km. setakat ni, aku pun xpenah lalu semua lorong kat situ.

selamat datang ke Talcok. nama lainnya ialah pasar besar 7km. dlm bhs sini, sidmoy kilometr. ni ialah pusat dagangan terbesar kat sini yg aku boleh kata. orang kata, sini dulu tapak simpanan roket2/misil2 soviet. lps tu pulak, ada yang kata,sini pintu masuk barang2 'made in china' masuk ke Republik Soviet. ape2 je la...kat sini, kedai2 dia sume dalam bentuk kontena. kontena2 tu dah diubahsuai jadi kedai. ada rak, penyangkut baju, pendawaian letrik sume. peniaga2 kat sini pun berbilang bangsanye. ada org putih, org hitam, org arab, org turki, org afghan, org gipsi, org vietnam, org india, org pakistan. org melayu je xda. org melayu datang beli je. haha



kat sini sume pun ada jual. mainan budak, kasut, barang letrik, cat rumah, paip PVC, baju lawa, baju buruk, baju besar, baju 'kecik', minyak wangi, minyak busuk, beg kanvas, beg kulit, beg plastik, pasu bunga, jam dinding, jam tangan, cermin mata hitam, air tin, gula2. pendek kata sume pun ada jual sini. pompuan je x jual kot. ntah2 ada. aku yg xpenah jumpa. haha!

semalam aku, aswad, linda, ushop n salihin ronda kat sini. cari barang2 untuk bwk balik. kira mcm shopping last la nih. masing2 pun pakat gelap mata sbb klo jumpa brg yg murah, mmg murah betul. klo mahal tu, mcm beli kat butik. [padahal kualiti xseberapa pun...]

satu lagi kat sini, byk jual minyak wangi tiruan. harga murah a jugak. tp botol sebijik mcm ori. budak2 ni punya la borong. aku xpandai sgt bab beli membeli minyak wangi ni. bila dah balik hostel baru la menyesal sbb x borong jugak. hahaha! minyak wangi ni arab2 yg jual. bajet kalo bagi 'assalamualaikum' bleh a dpt diskaun. tp tinggal harapan je la...:-P

aku beli cap yg xda lidah. aku x pasti la benda ni topi tradisional ke ape ke, tapi aku tgk benda ni mcm org uzbek suka pakai. ntah la. nak kata kopiah pn xleh gak sbb bebudak muda pakai kat sini, dgn seluar pendek pun. haha. tp lawa a jugak. kira mcm versatile a jugak. nti kita tgk, menepati citarasa Imam Tambun ke x. :-P


ni bukan salah eja, betul la 'litel' eja mcm tu kn? kn? kn? hehehe

dan aku beli cap bulat ni. aku xtau sbb pe, tapi ada sesuatu dgn org Cuba ni yg menampakkan diorg ni mcm 'cara' sket. ntah, perasaan aku je kot.

p/s: siapakah org dlm gambo sebelah aku? jwpn betul xdpt hadiah la tapi...yg jwb salah pn xda hadiah gak. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati