ni mainan baru aku. baru beli sabtu lepas (30 mei 2009). nama macam x konfiden je kn? haha. xkesah la. yg penting, benda ni berfungsi dan aku boleh guna kat mane2. dan harganya murah :D beli yg mahal pun guna sama jugak...

kalo orang selalu pegi klinik gi periksa tekanan darah, guna benda ni la. tapi kat klinik tu guna raksa/merkuri. yg ni pakai udara. sama je, xda beza sangat. menurut prof shandra yg ajar aku fisiologi dulu, yg bezanya, kepekaan alat yang guna udara ni +/-5mmHg. klo alat raksa tu, kepekaan dia +/-1mmHg.

mekanisme penggunaan alat ni ialah seperti berikut.

bila gelang pelampung tu dililit kat lengan, dan udara pun dipam masuk, nanti aliran darah akan terhenti. pada masa tu, doktor akan letak stetoskop dia kat pelipat siku. kat pelipat siku tu, ada arteri nama ... . kemudian doktor akan lepaskan udara tu perlahan2 dalam kadar 5mmHg per saat. sambil tu, doktor dengar bunyi darah menderu dalam arteri yang terhimpit tadi.

disebabkan darah yg mula2 lalu tu akan berolak2, bunyinya akan kedengaran ikut stetoskop tadi. sambil mendengar bunyi, doktor pun membaca nilai kat meter tekanan darah. bunyi pertama tu menandakan nilai tekanan darah sistol. pastu doktor pun tgk bacaan sambil mendengar sampai bunyi tadi sayup2 dan hilang. bila hilang, bacaan pun diambil sekali lagi. ni pulak nilai tekanan darah diastol.

maka dapatla nilai yg selalu kita tgk dalam klinik tu mcm ni = 120/80.

tu bukan la 120/80 nilai pecahan sama dgn 3/2.

tekanan sistol tu tekanan darah semasa jantung mengecut. tekanan diastol pulak masa jantung mengendur.

satu lagi yg silap orang melayu ni, bila ada penyakit tekanan darah tinggi, selalu kata sakit 'darah tinggi'. tak betul tu. tinggi mana sgt darah tu boleh naik. habis tinggi pun kat kepala jek. sebutla betul2. 'tekanan darah tinggi'.

sekian terima kasih :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati