aku tgh berangan2...sampai la satu minit tu...
"zaman soviet dulu, kami diajar dengan nilai-nilai moral dan etika. zaman tu, disiplin memang dititikberatkan.
zaman sekarang, soviet dah jatuh. tapi pada masa yang sama, tak ada sistem yang mengganti. seolah-olahnya kami dah bertolak tapi tak tiba ke tujuan. terkapai-kapai. sebab tu kamu lihat sekarang ni orang-orang muda dah tak ada budaya. hisap dadah, minum arak dan macam-macam lagi.
kamu patut bersyukur kamu masih ada agama. masyarakat kamu di negara kamu berpegang pada agama, maknanya kamu ada nilai untuk dipegang. ada keyakinan yakni iman untuk jaga kamu.
saya dan orang-orang sebaya saya, kami dulu komunis. kami tak ada agama-agama ni. kami dah dididik untuk mengkaji dan mempersoal hal-hal agama ni. generasi kami memang dah tak boleh terima agama. pada saya, agama memang sepatutnya diterima dan diamalkan tanpa banyak soal.
kamu ada nabi kamu. yang memang ada fakta kukuh dari sejarah tentang kewujudannya. kalau kamu tengok TV, ada siaran import dari AS yang mengkaji sampai tahap mempersoal kewujudan Jesus/Isa tu sendiri.
itu dah bukan agama namanya, itu dah jadi maklumat..."
lepas tu aku terus berangan lagi sambil pensyarah aku bersyarah pasal 'social medicine'/kesihatan masyarakat...subjek yang membincangkan tentang statistik dan sistem tatakerja organisasi di ukren [yang mmg xkan pakai kat mesia. subjek ni amik sbb nak lulus periksa akhir nanti je]

p/s: ni olahan dari apa yg aku ingat apa cikgu tu ckp 3 hari lepas