ingat tak dulu kitorg gi tgk balet dgn cik Natalya? kalo x ingat, klik sini


minggu lepas dia ajak kitorg dtg umah dia plak. saje je dia nak jumpa kitorg. dah tahun 6 ni, tahun dpn dah xda peluang dah. lgpun, ahad lepas ialah hari guru ukren. ahad pertama setiap ogos. aku pun baru tau. yg 1 september yg aku ckp dulu tu hari pelajaran, sambutan lain pulak. adoiii...byk sgt hari guru la cikgu la pelajaran la. orang ukren skrg ni xda la canggih sgt pun. haha. sempat gak nk kutuk tu :P

maka kami pun naik la marsyrutka/bas ke umah dia ni. bas nombor 201, berenti kat palochka. entah hulu banat mana ntah. setengah jam gak, sampai tertido2 dalam bas pun ada.

sampai2 je kat palochka tu, dia jemput masuk umah. tak tau pulak yg umah dia ni ada bela anjing. cis! melompat2 la jugak kene sergah dgn anjing 2 ekor. Rizhy dgn Batman. [bukan Batman yg pakai ketat2 warna itam tu, tapi Butt-Muhn. cik Natalya kata Batman tu sejenis tarian tradisi ukren, tapi aku xjumpa plak artikel wikipedianye].
kat belakang rumah ada sekor lagi. nama Rex, shepherd jerman, tinggi pinggang.

yang perang tu nama Rizhy, yg putih nama Batman. yg baju hijau tu nama Ania. hehe. baru 13 tahun :P sebelah kanan tu nenek dia, baru 60 tahun lebih...

laman rumah ada kebun strawberi, kubis, tomato, lada, tembikai, tembikai susu, labu kundur, labu, rasberi, bunga2 dan bela ayam

xda la cerita banyak pun dtg umah dia ni. kenal2 dgn keluarga dia, mak ayah dia n anak dia.

yg kat tapak tgn tu namanya khmelnik. bubuh dalam beer kat 'brewery' untuk beer yg lebih berperisa. perisa apa, aku xtau...perisa khmelnik la kot :D
dengan pokok beet merah. untuk buat borscht. mcm ubi, tapi warna merah mcm darah

lps tu ada makan2. ni yg best nih. ada lauk ikan salai, kentang kukus dgn cendawan, pastu ada kantung kecik2 isi cendawan, n nasi masak dgn lada. sekali banyak daa...

jus tomato dlm jag. ikan salai, keju kambing, cendawan dan ubi kukus

lps tu ada lagi mak dia masak nalistniki. nama je gempak, tapi sebenarnya lempeng gulung, dalam ada inti keju kotej, tvorog. manis2 sira dgn air gula. layan gak a. silap dah kenyang jek. kalo belom kenyang, mmg abis a aku bantai. kui3 :P

air pulak dia jamu kompot pic dgn strawberi, pastu ada kompot rasberi dgn epal. kompot ni air buah rendam. buah tu rebus, pastu rendam dgn air gula. ada lagi jus buah tomato. yg ni mmg la aku x sentuh. sbb xkena dgn tekak aku. hahaha!

lps kenyang melantak, sembang sikit2, cik Natalya ni rancang nak bawak kitorg gi melawat silo peluru nuklear plak lps ni. tp tgk musim la. kalo sempat, bleh a nk pegi. ada berapa je dalam dunia kompleks peluru nuklear. satu kat sini, pastu ada kat amerika dgn mana ntah. teruja plak aku...

nalistniki, bawah kiri. vertuta, bawah kanan

p/s: cik Natalya ni cikgu sejarah dan kebudayaan ukren kitorg masa tahun 1 dulu.
p/s2: bila dapat jamuan yg meriah ni baru la terasa yang ukren pun ada adat-budaya berjamu yg tertib. kalo tgk kat kedai, ada kentang rebus dgn goreng jek...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati