antara perkara-perkara yang boleh menyatukan orang dlm dunia ni ialah sukan bola sepak. bola sepak boleh menyebabkan orang lupa makan, tido, awek dan pelbagai kesusahan hidup.

bola sepak juga boleh menjadi mangkin pengubah hidup seseorang.

dari situ, timbul idea dari ... [aku dah lupa nama pengasas projek ni. dalam dokumentari ni ada sebut] untuk menganjurkan liga bola sepak untuk perempat-perempat seluruh dunia demi mengubah hidup dan masa depan mereka dan juga untuk melegakan hidup mereka dari kesengsaraan hidup merempat.

dokumentari ni memaparkan kehidupan beberapa manusia yang berhidup malang akibat dadah, perang, kepapaan, krisis rumah tangga yang meletakkan mereka dalam situasi mereka sekarang.

apabila kita dapat tengok orang hidup susah, barulah kita tahu syukur dan mendalami erti kehidupan. barulah kita dapat harga dan nilai hidup bahagia.

banyak bahagian yang menyentuh hati tapi ada satu bahagian yang menyentuh sensitiviti. bahagian si najib, peserta dari afghanistan, yang baru keluar dari negara dan teruja dengan suasana pergaulan bebas. seolah2 nak menunjukkan yang taliban dulu tu salah. ye, tak semua yang taliban buat tu betul tapi pergaulan bebas tetap salah.

well, nobody's perfect. including me.

sape2 yg nak terasa syahdu2 menengok org2 kurang bernasib baik mewakili negara diorg main bola Piala Dunia Golongan Perempat, boleh la muatturun dan tonton. cari kat seventorrents.com...

website asal: Kicking It
website Piala Dunia Golongan Perempat: Homeless World Cup

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati