poster dari wikipedia

ni kisah pencipta pengelap cermin kereta, robert kearns. dan perjuangan dia menuntut hak pengiktirafan kpd ciptaannya.

akibat kecederaan matanya, dia menghadapi masalah penglihatan. pada satu hari, hujan turun dan dari dalam keretanya dia terfikir mengapa pengelap cermin tak berfungsi seperti mata yang berkelip dalam sela masa yang tetap.

maka diapun mencipta alat tersebut dan bercadang untuk menjual ideanya kepada syarikat automotif ford.

syarikat ford kemudian bertindak memasarkan pengelap cermin tanpa memberi iktiraf kepada penciptanya, robert kearns. maka bermulalah perjuangan kearns menuntut supaya namanya dikenali dan ford tidak sewenang2 mencuri ciptaannya.

cerita ni mmg la memaparkan kesukaran dan kegigihan robert menuntut hak. sampai masuk taman bahagia dan bercerai dgn isterinya. mula2 guna peguam. akhirnya terpaksa mewakili diri sendiri. sebab peguam yang ada tak sanggup nak turut cakap dia.

walaupun orang kata dia ni biol - dan mmg jadi biol pun - tapi dia tetap pendirian. tak ramai orang boleh mcm tu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati