Archives

Perawan Salju

ada satu dongeng Rusia/Ukren. pasal perawan salju. bukan snow white dgn 7 org kerdil tu. nama dia Snegurochka.

Snegurochka ialah anak kepada Musim Bunga dan Musim Sejuk. dia membesar keseorangan dan ingin berkawan dengan bangsa Manusia. satu hari dia berkenalan dengan budak gembala bernama Lel. Snegurochka suka kepada Lel tetapi hatinya dingin dan tidak dapat mengenal cinta. ibu Snegurochka berasa kasihan lalu menghadiahkan cinta kepada hati Snegurochka. sebaik saja hati Snegurochka merasa kehangatan cinta, Snegurochka pun cair lalu mati...

isk3...syahdu x cerita ni? maklumat lanjut pasal Snegurochka, klik SINI




yang dalam video tu pun konon2 Snegurochka. sedang mewakilkan Ded Moroz/Pakcik Santa membagi2 hadiah sempena Krismas. ada bunian/elf lagi.

pedulikan sama Snegurochka, layan Patrick lagi best! hahaha


p/s: ni kat pejabat pos. aku kirim kad ucap tahniah kpd psgn ashraf & mastura...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bila dah namanya ribut...



...mestilah ada tinggalannya.

mula2, salji mmg putih bersih. tapi bila dah lama, dia jadi lumpur la. sama macam banjir di malaysia. bercampur ais dengan tanah. tambah pulak dengan sistem longkang yang hancus. bergenang2 kolam di mana2...

aku tak tau mcm mana orang2 negara eropah yang maju bersihkan ais tepi jalan. tapi orang sini, pekerja bandaran akan cedok ais kat kaki lima, lps tu humban ke tengah jalan. nanti biar kena gilis dengan kereta jadi butir2 kecik. senang cair...bila dah cair, x mengalir ke mana2 pulak dah. balik jadi kolam...



ni baru sikit. kat privoz, bukit ais tinggi bas, tapi disebabkan benda tu tak ganggu trafik, xada sape pun yang alih. tunggu cair sendiri kot...

p/s: dah nak hujung2 ni la lubang kat tapak but ais aku tu makin besar...nak beli baru kang, xberapa bulan je pakai...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

dulu aku sendiri...

sebab asyima ckp pasal lagu ni semalam, terus aku cari kat youtube. terimalah...



lagu ni gile klasik zaman '80an. aku kecik2 dah hapal. yang lagi best tu, masa tu ada sambutan apa tah kat RTM ipoh, ada Bank Rakyat buat promosi [tahun 1990 kot, sebab masa tu tak masuk sekolah lagi], ada juruacara tu tanya "sape nak hadiah, mari naik atas nyanyi!!!"

terus aku dgn tanpa segan silunya angkat tangan dan ckp nak nyanyi lagu ni.

tak sampai dua rangkap kot, dah dia bagi hadiah. dia kesian tgk aku cuba menarik suara macam makcik zaiton ni kot. dapat la hadiah, dam nuri [burung nuri tu maskot bank rakyat]. macam dam ular la tapi mendidik jgn ponteng sekolah, simpan duit dalam bank, jangan rosakkan pokok2 kat taman dsb. gile seronok! seronok dapat dam, seronok dapat menyanyi, seronok tahap apebendantah! haha~~

sape2 tak percaya cerita ni, boleh tanya kat mak. walaupun mak akan tersipu2 segan, tapi mak akan mengaku jugak yg anak dia pernah menjadi penyanyi di zaman sebelum ada AF, Malaysian Idol, Audition, Jangan Lupa Lirik dan mcm2 lagi program yang merapu2 tu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

salji lebat


Tuuut~ TUUUUTTT! pukul 4 petang. inilah berita disampaikan oleh Zool Ismi dari Stesen Radio Odessa.

sepanjang hari ini, salji telah turun dengan lebatnya hingga menyebabkan kesesakan lalulintas, kemalangan dan beberapa khidmat pengangkutan awam digantung.

salji turun dengan diiringi angin kencang berhalaju 40km/j bermula lewat pagi tadi. jarak penglihatan terhad kepada 200m dan menyebabkan para pemandu memandu dengan perlahan dan berhati-hati. akibatnya, jalanraya menjadi sesak dengan kenderaan.

keadaan cuaca buruk seperti ini kali terakhir dilaporkan berlaku pada tahun 2005 di mana salji turun pada bulan disember. untuk rekod, 2-3 tahun sebelum ini salji hanya turun dengan lebat pada lewat januari.

akibat daripada cuaca buruk, kedai-kedai terpaksa tutup lebih awal. para penumpang kenderaan awam juga kelihatan turun meninggalkan bas dan lebih rela berjalan kaki untuk sampai ke tempat tujuan masing-masing. ada juga peniaga yang beroleh rezeki iaitu peniaga penyodok salji.

berkemungkinan besar, cuaca buruk akan berpanjangan hingga ke hari sabtu.

p/s: aku pun kena turun bas dan menapak sampai asrama. ingatkan lyudmila bagi balik awal, boleh sampai awal. lagi lambat ada la...siap kena tolak bas lagi [bas sangkut dalam salji]. oh ye, esok dapat cuti. cuaca buruk...

--> pelajar2 akademi pelaut pun kena tolak lori tersangkut depan asrama diorang
--> tram yang tersadai


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

musim putih



seperti yang dikatakan, salji turun awal tahun ni. tahun lepas, salji mula penuh dalam bulan januari. tahun ni, pertengahan disember dah putih dah...

saja nak bagi kitorg main salji lama sikit kot tahun ni...

*teknik penggambaran gaya Izairi*

dalam kelas, kadang2 Lyudmila Anreevna tanya kami pasal suasana bidang kedoktoran dan sistem kesihatan kat Malaysia. semalam dia kompelin pasal sistem ukren yang makin merapu. caj perubatan dan khidmat yang mahal, gaji yang tak cukup. ubat pun mahal jugak.

kitorg pun galak la cakap. "oh, kami kat Malaysia semua percuma. yang bayar2 tu semua kat hospital swasta je. untuk MRI ke imbasan CT baru la kena beratur lama sket..."

Lyudmila Andreevna balas:

"korang kat Malaysia komunis ke? semua pun percuma..."

aku tak tau la org lain tapi aku rasa bercampur-baur. nak bangga ke, nak benci ke, nak ketawa ke.
.
.
.
.
kemudian ada org cakap:

"kami pakai sistem kesihatan cara sosialis/socialized medicine"

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

selamat


Walaupun keputusan silat ialah gaduh maka kita tidak semestinya mesti bergaduh. Ramai yang mempelajari SC hinga akhir hayatnya tidak pernah menikmati gaduh. Kebenaran tentang gerak silat kita akan kita ketahui sendiri. Jika kita sendiri boleh mengukur sejauh mana penguasaan kita dalam gerak yang ada maka kita sendiri boleh mengukur keputusan gerak yang ada pada diri kita.

Pergaduhan akan menerbitkan sifat dendam. Orang yang berdendam akan meneruskan usaha untuk melepaskan dendamnya. Ustaz pernah bercerita dengan saya tentang tabiat seorang yang dipukul kerana sesuatu sebab. Beliau tidak berpuas hati dan terus menerus berdendam. Setiap hari ditunggunya di persimpangan jalan. Apabila lalu musuhnya yang memukulnya, akan terus dilawannya balik. Kalah atau menang tidak dijadikan ukuran. Perbuatan tersebut dilakukan setiap hari untuk melepaskan perasaan dendamnya. Akhirnya manusia yang memulakan pergaduhan tersebut walaupun sentiasa menang tapi berada dalam keadaan yang tidak selamat dan tidak tenang. Beliau mengalah sebagai tanda menyerah kalah. Menyerah kalah bukan kerana kalah berlawan tapi menyerah kalah kerana jiwa tidak tenteram.

Oleh itu peranan ‘selamat’ amat besar maknanya dalam persilatan SC. Jika kita sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa selamat maka itulah kemenangan hakiki yang kita perolehi.


baca yang lengkap di blog Sepak Minang.

p/s: bukan semua yang belajar silat itu suka bergaduh. tapi semua orang suka 'menang' kan? menang dalam ertikata 'selamat' :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sexy chick


kat malaysia, hujung2 minggu org layan china doll, bohsia, pondan siam, minah indo dan mcm2 lagi. aku kat sini lyn 'ayam' ukren...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jgn risau, yg ni halal punya. tak caya, bleh a tipon al-raid...kwang3~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

grechka

korg penah makan bendalah ni x? nama benda ni 'grechka'. ckp inggerisnye 'buckwheat'. tapi benda ni bukan gandum. malah, x masuk dlm kelompok bijirin pun. benda ni pseudocereal/bijirin menyamar. hehe

aku dok sini baru jumpa bendalah ni. memula makan masa kat kafe lyuda. kalo makan pukul 10am, kenyang boleh tahan smpi petang. tapi tak pernah beli masak sendiri. baru minggu lepas aku beli.

kalo masak, grechka ni hapak2 sket. kurang menyelerakan. warna pun lebam jek. tapi grechka kurang berkanji, berserat tinggi dan lambat basi. tak macam nasi. aku tgk kat internet, katanya sesuai utk org kencing manis.

nanad, xnk try ke? hehehe. kot2 mau kurus ke...:P

menu yg biasa org buat termasukla:

  1. grechka dgn telur goreng
  2. grechka dgn sosej
  3. grechka dgn kentang rebus
  4. grechka dgn salad
yg aku makan ni, grechka lauk ikan goreng cili [yg terlebih pedas sbb aku terlebih tuang serbuk cili smpi aku tercirit-birit ]

maklumat lanjut mengenai grechka, boleh baca sini

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

lilin


ilmu ibarat lilin menerangi kehidupan.

tapi sebenarnya aku yg kene menerangi kehidupan aku dgn lilin untuk mendapatkan ilmu, baru la ilmu tu boleh menerangi kehidupan aku bak lilin...

*kadang2 bangunan asrama buruk ni selalu terputus elektrik. musim sejuk ni, semua orang pun pakat pasang alat pemanas, masak air, pengering rambut dsb. alhasil, wayar2 dan kabel2 pun terlebihmuatan/overload dan terbakar. maklumla...pendawaian lama...

tapi kadang2, kalo takde letrik tu, baik tido je...

p/s: rasa mcm zaman sblm merdeka plak, belajar guna lilin, padahal dah abad 21 dah ni. ntah2 mak abah aku pun belajar guna lampu letrik. abah dulu umah kampung ada lampu letrik x?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bilik ELS


sekali lagi aku ternostalgia. kali ni sebab kwn skola aku memuatnaik gambar sekolah aku kat klang dulu. gambar bangunan baru. masa aku daftar masuk sekolah ni dulu, bangunan ni baru siap. sisa papan pun x habis buang lagi. cat pun belum lagi. sekarang dah lawa dah. warna-warni pun.

dulu segala gerakerja persatuan ELS buat kat sini. ada bilik khas utk ELS. masa bangunan ni belum siap, bilik ELS kecik ciput je. besar sikit dari jamban. tapi bilik ELS baru, mcm bilik darjah. siap ada meja2 pendek untuk budak2 belajar atas lantai sambil duduk bersila.

pelajar2 boleh guna secara bergilir2. selang2 malam pelajar putera dgn pelajar puteri. datang boleh belajar, pinjam kamus, main 'scrabble', 'boggle', baca majalah TIME dan mcm2 lagi.

tapi yang terbaiknya bilik ni ada hawadingin.

puak2 aku, yakni puak2 ELS [yang diamanahkan memegang kunci bilik ni], lagi la seronok sebab boleh 'prep' kat sini bila2 masa kami nak. [sebenarnya nak tido dalam hawadingin. haha! kadang2 kalo petang2 boleh curi2 tgk VCD. bilik ni ada pemain VCD dan TV]

puak2 aku dulu antara lain Mezang [dak ganung, dah jadi doktor gigi], Syafiq [asal JB, ada kat RCSI], Afif [asal PD, grad kejuruteraan UIA], Heikal [tapi dia ni lari masuk kelab UNESCO, sbb klo dok ELS, jd bendahari, dok UNESCO jd presiden], Intan [asal kangar, skrg kat CUCMS], Nat [kwn skola dgn intan, jadi cikgu kimia skrg ni], Sarikha [asal tganu. mcm cute2 tp suara serak2 dulu ada hati gak dgn dia ni tp xpenah try pun], Anem [yg kawin dgn napie hr tu], pastu Ammar [tuan punya gambar ni yg aku copet kat facebook dia].

Ammar, aku amik gambar dari album FB ko eh? terima kasih!!! :D

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

merah dan biru


kat UK, 'Cold' maknanya air sejuk dan 'Hot' maknanya air panas.

kat US, warna biru maknanya air sejuk dan merah maknanya air panas.

kat Ukren, warna biru maknanya ada air. merah maknanya ada bunyi je.

*dah mula la zaman menggunakan deo dan minyak wangi secara giat! haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

OMG

satu butik baju kat jln rishelevskaya...mengingatkan aku pada seseorg...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sometimes...

life is filled with rubbish...

in that case, put on a smiley face and remember, the dump truck always come on time...or maybe the bin is always half empty :P

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...