Archives

dah lama tak kena tag...

benda yang wajib dilakukan ialah:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.

ni gambar masa majlis diwali bebudak india tahun lepas. dalam gambar ni ada riezqa dan bridgette.
riezqa ni awek arab tapi dia dok kat afrika selatan. bridgette pulak asal angola [korang tau angola kat mane? ahahaha]

yg belakang dua ekor tu budak india. tak kenal.

ni tag yang diberi oleh encik taibwahid dan lala/khairanimd.

nak tag sape eh?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ranjau merentang jalan...

dalam 2-3 hari lepas, ada keluar dalam akhbar berita budak 15 tahun ditembak polis akibat merempuh sekatan jalanraya. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan budak tu redah sekatan jalan.

satu: mungkin sebab dia cuak, memandangkan dia bawah umur dan memandu kereta tanpa lesen. gelabah punya pasal, terus dia pecut, langgar sekatan polis.

dua: mungkin dia ada kes jenayah ringan. kebetulan polis buat sekatan nak cari perompak dan budak tu sangka polis nak tangkap dia. sekali lagi, gelabah punya pasal, terus dia pecut, langgar sekatan polis.

tiga: silap faham. polis menyangka dia memang penjenayah. tambahan pula ada jumpa parang dalam kereta.

apa pun, benda dah pun berlaku dan budak tu dah pun tertembak. tulisan ni pun bukan nak memburukkan sesiapa. PDRM mahupun budak tu.

tulisan ni nak memberi cadangan macam mana nak membantu menangkap penjenayah tanpa tembak-menembak yang mengakibatkan kematian tak sengaja. ada yang kata polis tembak tayar untuk memancitkan tayar kereta supaya penjenayah tak boleh lari.

menembak tayar memerlukan ketepatan dan perlu sekurang-kurangnya 4 kali tembakan untuk memancitkan keempat-empat tayar. dalam keadaan kelam-kabut, untuk menembak 4 kali dengan tepat bukanlah kerja senang.

apabila kejadian sebegini dah berlaku, PDRM seharusnya guna alternatif lain. cadangannya begini:

guna ranjau yang direntang atas jalan.


ranjau lebih mudah dioperasikan. cuma perlu 2 anggota polis untuk bentang ranjau merentasi jalanraya.

ranjau boleh memancitkan keempat-empat tayar tanpa membazirkan sebutir peluru pun. boleh jimat peluru untuk tembak perompak jika perompak bertindak ganas.

ranjau boleh disimpan dan diguna semula.

ranjau berkesan menentang semua kenderaan bertayar angin. kereta, motor, lori, treler, 4x4, kapal terbang dsb. cuma keretapi je yang kebal dengan benda ni.

caranya, apabila ada sekatan jalanraya polis, sediakan 2 unit ranjau beserta kakitangan dalam jarak 200 atau 300 meter dari titik sekatan, pada kedua-dua arah jalan [menghala dan menjauh]. agak2 ada kejadian rempuh sekatan, anggota polis yang jaga ranjau boleh bentang dan tunggu mangsa.

selamat bertugas kepada PDRM!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mi rebus kantoi


hujung minggu tiba lagi. tiap2 kali hujung minggu, perasaan 'lebam' akan tiba seiringan dengan hujung minggu. bosan sebab tak ada benda nak buat. nak belajar, malas pulak...

maka minggu ni aku buat kerja luarbiasa. buat mi rebus. kat atas tu gambar kuah mi rebus.

sebenarnya mi rebus tu tak jadi, maka aku tak nak la berkongsi cara pembikinannya. hahaha! tak macam mi bandung dan resepi2 aku yg terdahulu yang menjadi :)

disebabkan mi rebus ni pakai perencah kari, aku pun tuang la perencah kari.


perencah kari buatan ukren ni tak banyak kari pun. banyak pewarna kuning dan garam je. pewarna kuning, bukan kunyit. kalau buat lumur ikan goreng, nanti ikan tu jadi pahit. dan kalau buat kari pakai benda ni, tak payah taruh garam. dah cukup masin dah.

tapi ada resepi belakang peket tu. apa agaknya eh?



patutla kuah kari dan mi rebus aku tak jadi...kari untuk babi rupanya...hahaha! untuk masak benda lain tak ngam kot...


akhirnya, aku ngap jugak. rebus spageti dalam ketuhar gelombang mikro 10 minit, tuang kuah hancus tu. boleh la tahan...

[siapa2 tak percaya, boleh terjemahkan teks ni kat google translator: свинини під соусом каррі]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

anda fofuler?

ni kakcik punya idea. dia yg tetiba rajin buat benda ni. pastu aku pun ikut. hasilnya sangat mengejutkan!

pertama:

cuba korang cari nama korang kat google.


kedua:

korang tengok 'tab' imej. gamba korang yg mana yg keluar?


hohoho. kalo gamba korang ada, kira ala2 fofuler la jugak kot. kalo tak, sila usaha lagi bagi fofuler. hahahaha!

fakta seram: gile betul, banyak ya amat maklumat pasal aku dalam internet ni. ni kalau nak jejak aku kat mana, tak payah guna UTK ke, CIA ke, KGB ke, MOSSAD ke MI5 ke. pakai google pun boleh...bahaya nih!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mari bersilap mata!

Mari bersilap mata!

meh aku kongsikan video best aku jumpa kat youtube. boleh belajar buat silap2 mata mudah dengan guna kad terup sedek. lepas ni bila dah pandai, boleh a buat modal persembahan jalanan ke, silap mata kat majlis hari lahir ke, modal mengorat ke ape ke. hehe


nak banyak lagi, sila la ke laman web yg tertera dalam video tu.

sebenarnya, nak letak entri je. dah dekat seminggu xda cite baru. huuu~~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kempen PRK

Sekarang ni dah nak dekat musim pilihanraya. PRK hulu selangor ye x? lepas tu, mesti ada tempoh kempen, ye x?

dan selalunya, mesti ada pihak yg akan didakwa berkempen luar dari tempoh kempen. contohnya, berkempen awal [mcm lawatan PM, TPM ke hulu selangor]. lepas tu, PR akan buat aduan mengatakan BN kempen awal tak apa, tapi PR x dibenarkan. PR buat aduan kat SPR, SPR buat bo je. haha

biasa la tu. dah berkali2 pun. ntah2, org pun dah tak heran.

lagi pulak, BN dah la kempen awal, buat pengumuman projek la, buat jambatan la, perbaik sekolah la, bina universiti la, turap jalan la, bagi gula, kain pelikat, tepung, kain batik, keropok lekor dan tah apa2 lagi. lepas tu PR pun akan buat aduan dan kecoh dlm akhbar. PR nanti kata BN bagi rasuah politik dan janji2 manis. lepas tu PR buat aduan kat SPRM [suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia], SPRM pun hampir pasti buat bo je. haha.

mcm tak biasa.

tapi pernah tak org2 BN ni terpikir nak buat pembaharuan dalam strategi kempen diorg? bagi habuan pilihanraya, tapi tak nampak mcm rasuah politik. kempen, tapi tak macam kempen.

bagaimana caranya?

begini:

apa kata kerajaan bangunkan projek2 mi segera ni di tempat bukan kawasan pilihanraya? buat jambatan kat jasin ke, turap jalan kat ipoh ke, bina rumah orang tua kat sg petani ke, bagi sumbangan anak yatim kat temerloh ke, buat program permata negara kat kuching ke mane ke. baru la org tak boleh kata tu rasuah politik utk org hulu selangor.

pada masa yang sama, bagi la ceramah, dan tujukan ceramah tu untuk org hulu selangor. ckp la "kalau org hulu selangor nak benda2 begini, sila la pangkah BN". siar la kat tv. org hulu selangor mesti tengok tv. siar lagi kat akhbar. org hulu selangor mesti baca akhbar.

bila org hulu selangor tengok dan baca apa BN buat kat tempat lain, baru la org yakin nak pangkah BN. janji air liur kalu, sape pun boleh buat. kalo org tak yakin, mmg org tak pangkah. dalam masa yg sama, org tempat lain pun boleh dapat manfaat. boleh tangkap undi org lain pulak untuk PRU akan datang.

amacam, bijak x idea aku?mcm ni punya senang pun BN xleh nak pikir ke? bagi aku je la jadi kerajaan mcm ni hahaha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

My Last Yumorina!

Nobody in the world I think celebrates April Fools Day more than Odessites. Here, the day marks the coming of spring and everyone welcomes spring season with joy and laughter. And by joy and laughter, I mean SERIOUS joy and laughter.

Yumorina is a special occasion here in Odessa and the citizens celebrate it like Mardi Gras. We have parades with floats and people with costumes. Music is played by the marching bands from different clubs and associations. People come with face masks, spray-painted hair and funny headgears, all with the funny spirit at heart.

Since this was my last Yumorina, I decided not to let go of the chance and get 'wild' for the last time!
'Unlimited

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

So many police around...to ensure safety and order

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

Things that were on sale include...
Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

Pirate of the Black Sea!

'Unlimited

For you, I'd walk the plank any time! haha!

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

All with the Yumorina spirit!


A free concert too!

Last but not least...my complete metamorphosis...

Unlimited Free Image and File Hosting at MediaFire

[my dad will disown me for sure! :P]

more pics in my Facebook album. feel free to visit!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

babi emas


nasib baik ada babi, kalo tak, apa nak makan...

hari ni nak cerita sejarah sikit. kat kelas kesihatan masyarakat/social hygiene, ada satu pensyarah ni. dia suka cerita sejarah2 dan kisah2 kelakar. semalam, dia cerita satu hal pasal sejarah ukren.

pada zaman dahulu [baca ala kak yong di RTM ipoh awal 90-an], ada dua pihak yang suka berperang. satu pihak bernama Kozak, satu lagi bernama Tatar. Tatar ni muslim dan bersedara dengan Turki. Kozak ni pulak bukan muslim, tak tau agama apa. tapi rasanya Kristian Ortodoks kot.

seperti kebiasaan zaman dulu, diorg ni berperang antara satu dengan lain. bila berperang, maka ramai la yang mati. [bunyi org mengerang di latar belakang] isk3. sungguh sedih sekali. ibu2 kematian anak, wanita kehilangan suami, harta benda musnah, kebuluran. tapi nak buat macam mana. itulah gaya hidup zaman dahulu. zaman dulu tak ada politik2 ni. siapa kuat, dia dapat.

satu ketika, tentera Tatar datang menyerang. semua yang melawan telah dibunuh dan harta, haiwan ternakan telah dirampas. termasuklah lembu, kambing, ayam, bebiri...kecuali babi. [dah Tatar tu muslim, sah2 la tak makan babi]. dan mana2 rumah yang bela babi, tak disentuh, tak diapa2kan oleh tentera Tatar.

Kozak2 ukren ni pun bersyukur dan berasa selamat dengan kehadiran babi. paling tidak, itulah rezeki diorang untuk dimakan pada zaman perang.

atas sebab itu, untuk melahirkan rasa terhutang budi kepada babi...

tugu babi emas di romny, ukren. gambar oleh V. Myshko. babi, jasamu dikenang...

diorang pun bina lah tugu babi ni. hehehe

ni cerita betul ni. tak caya, boleh baca kat pautan ni ::Olymp-Travel::. kat bawah sekali, ada perenggan pasal Romny.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...