bila kita cerita pasal eropah, mesti orang terbayang masyarakat moden, canggih, bangunan tinggi-tinggi, bandar bersih, jalanraya bagus, kereta kuasa tinggi, orang pandai2, awek mata biru dsb.
tapi pernah ke kita terpikir, adat kebudayaan diorg mcm mana? diorg ada makanan tradisional ke mcm kita? lauk rendang dgn nasi lemak ke? baju kurung ke? ada tengkolok ke? mcm dalam wayang tu ke?
jumaat hari tu ada sambutan Hari Eropah kat sini. maka, aku pun berlegar2 sambil memetik gambar. mari2 kita tengok gambar!
ni gerai Georgia/Gruzia. ralit sangat jaga gerai, xsempat nak senyum...
yg tengah tu pasangan Greece. diapit oleh Jerman...
yg ni awek Republik Czech...ayu2 sambil telefon gitu~
ok, ni bukan baju tradisi Azerbaijan. yang jaga gerai diorg pun x seberapa. gerai diorg ada manisan je setalam...bosan!!!
Itali dan pizza, tak boleh dipisahkan. kemudian nanti aku letak gamba pizza...
model2 Jerman. tapi anak patung je la. model betul mcm Claudia Schiffer tu x sempat nk datang. ahaha!
buat merosak je makcik pakai topi tu melintas. dah nampak hiasan kepala jek! ni pakaian Rusia.
awek Turki yang anggun, gaya2 muslimah sejati...
hiasan pintu Turki. benda ni asalnya tangkal tolak bala, tapi dah jadi hiasan kaca yang unik kat Turki.
akhir sekali, anak2 dara Ukraine, mendengar nasihat nenek...hehehe
Kesimpulannya, Eropah dulu pun 'darat' jugak macam semua orang dalam dunia ni...hehe. sayangilah budaya kita!
7 comments
Comment by [H]afiz Al-[F]aizy on 24 Mei 2010 pada 2:20 PTG
jgn letak gmba piza yg da tggl kotak piza j plak...hehehe =P
Comment by djambu puadovich on 24 Mei 2010 pada 2:24 PTG
pizza vavi...xleh makan. ahahaha!
Comment by ZR on 24 Mei 2010 pada 6:17 PTG
semua pakaian diorg bertutup..tak ada pun terdedah2...konon dah bertamadun...semua nak kasi nmpk...
Comment by djambu puadovich on 24 Mei 2010 pada 10:48 PTG
zaman dulu sume tutup2. zaman sekarang tamadun terbukak2...kekekeke
Comment by FAHMI on 25 Mei 2010 pada 8:11 PG
global warming beb..heh
Comment by Kay on 25 Mei 2010 pada 9:57 PG
bencinya nengok cross tuh..
Comment by djambu puadovich on 25 Mei 2010 pada 3:35 PTG
@ awolscholar,
ye tak ye. dunia nak kiamat ni...hehe
@ kyra,
bendera negara dia...apa ada hal...
Catat Ulasan