12 julai menandakan habis kelas aku kat Universiti Perubatan Negeri Odessa (OGMU). kelas terakhir ni ditamatkan dengan ujian matapelajaran Tuberkulosis dengan aku yang pertama menamatkan ujian. dalam kumpulan tu, aku yang memula sekali tamat.
kat atas tu gamba kawan sekelas dgn doktor. tp aku jwb ujian bukan dgn yg ni. aku jwb dgn satu lg. 18 orang semuanya kelas aku.
lega rasanya dah habis kelas. tunggu nak ambik ujian KROK pulak lps ni. minta2 lulus. lps tu boleh balik dgn riang gembira. balik je riang gembira. kat malaysia, berapa besar punya ujian tgh menanti.
apa pun, aku bersyukur yang dugaan odessa ni hampir tamat. bersyukur dan berdoa kepada Allah moga dipermudah segala urusan. berterima kasih kepada ayahanda dan bonda [Imam Tambun suami-isteri. mak tak ada nama pena, abah je] yang memberi sokongan, dorongan, bantuan dan kewangan sepanjang 25 tahun ni. juga kepada kakcik yg kdg2 bagi duit [wlpn pinjam, tp wan pun xtau bila boleh bayor] dan faiz.
ahhh, tangkap syahdu la pulak...:P
balik ni sementara nak tunggu amik exam, xtau nak buat ape. yang penting kali ni boleh raya kat rumah!
8 comments
Comment by I.T. on 13 Mei 2010 pada 5:49 PTG
Assalamu'alaikum
Tahniah dan syukur kpd ALLAH S.W.T, satu bab dah lege rasanya, sekarang menunggu satu bab lagi -> Faiz nak ke Jordan pulak katenye. tak ape rezeki ALLAH yg beri. kite doa aje. Emak sekarang tengah bergusti dgn Kolis, Kcik & Abg Lias pegi Umrah.
Malaysia amat kurang doktor, insyaAllah tak ada masaalah, berdoa pada ALLAH Jgn lupe.
Comment by Tanpa Nama on 14 Mei 2010 pada 10:50 PG
insyaAllah sementara nak tunggu ambik exam ada saje keje yg menanti nanti! silap2 xcukup masa plak :)
Comment by djambu puadovich on 14 Mei 2010 pada 1:47 PTG
@ I.T.,
wsalam. insya ALlah. wan pun tgh berikhtiar ape2 yg patut ni. doa2 le wan nak exam esok lusa ni...:D
moga kakcik dan suami selamat pegi selamat balik.
@ Tanpa Nama,
baiklah. kalo ada lubang nak keje, jgn lupa btau. [tapi ko ni sape eh?]
Comment by super comel on 14 Mei 2010 pada 6:59 PTG
siapa lagi klo bukan kawan ko yg paling comel!
ngeh3~
Comment by linda on 17 Mei 2010 pada 1:13 PTG
sama2la kte berdoa ye yop..
xlme lg perjalanan bru lak akan bermule..huu..hrp2 dpermudahkn..
chaiyok2 yop..!!!
Comment by djambu puadovich on 17 Mei 2010 pada 1:39 PTG
ye, btol...insya Allah...
dah, gi study. jgn bergolek2 mcm irma :P
Comment by redSeptember on 20 Mei 2010 pada 8:50 PG
kalau jawap semua betul dapat kasut CROCS ke?
Comment by djambu puadovich on 20 Mei 2010 pada 9:39 PG
dapat. tapi kne beli sendiri la. hehe
CROCS dgn KROK tu dekat2 dah. CROCS tu jenama selipar, KROK tu LANGKAH, bahasa ukren...;)
Catat Ulasan