Archives

Jom Join YouthSays!!!

yeah! berjaya! berjaya!

ape yg berjayanye?

ni gambo selepas. tgk a pendapatan aku ada rm3.10 je. nak beli nasi ayam pun x lepas...huuuu~

tapi ni gambo sebelum. dah berjaya mempertunaikan duit himpunan aku berjumlah rm55.00. setakat ni tu je la yg ada. sebab aku x berapa rajin. tapi kalo sape2 rajin dan giat mempromo iklan dan kempen melalui Youthsays ni, dapat la hasil berlipat ganda!

teringin?

klik la kat banner yg atas ni. untuk mengisi poket anda~ hehehe. jom la! ada bran ke....:P

*YouthSays ni satu laman web komuniti untuk remaja2 dan belia2 [aku bukan kategori remaja, tapi belia. ecewah] menyuarakan pendapat masing2 dan juga laman web di mana syarikat2 barangan meminta pendapat remaja/belia untuk melariskan jualan. bila kita jawab tinjauan2/soalselidik, dapat la duit, dia bagi. amacam? x nk join lagi ke???

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

jampi serapah


pergh!

semalam aku gi one utama, tengok 2 cerita. cerita despicable me dgn cerita mantra. tenkiu baiya sebab belanja aku tgk wyg, wlpn aku masuk lewat. lalulintas kat damansara ni mmg cip-bai betol. punya la macet. lepas tu, nak carik parkir kat bawah tu pun satu hal lagi.

nak cerita pasal filem MANTRA sebenarnya. filem melayu ni filem seram melayu yang paling menjadi setakat ni.

yang menyebabkan filem ni nampak tulen:
  1. mantera dia pakai bahasa yg tak difahami. ada mantera jawa, siam dan bahasa2 apa ntah tak tau.

  2. peralatan dan ritual yang masuk akal. pakai kain hitam, tulang2, bangkai kucing, tali kain kapan dan benda2 merapu lagi. tak tipikal kepada kain kuning dan keris antik je. tu belum masuk kes makan mayat la, bukak tali kapan pakai gigi dan lain2.

  3. penggunaan simbol2 mistik. yg ni ada nampak macam kyuubi naruto jugak. tapi lagi seram!

  4. hantu2 dia jenis tak ada nama. cuma warna hitam dan berbulu2. tak ada hantu2 tipikal pontianak, toyol, penanggal ke apa ke.

  5. kesan2 khas dia cantik. tak nampak plastik sgt.

lepas tu yang bagusnya cerita ni, dia tunjuk yg tok2 bomoh ni walaupun pandai bersilat, tapi tak menyalahguna silat dia untuk sihir ilmu hitam. dan pelakon2 filem ni pun pandai menggerak bunga2 tari. nampak cantik la. mungkin sebab dapat tunjuk ajar dari En. Ruzaidi, yg bawak watak Embah, tu kot.

p/s: tasik pauh janggi tu tempat dongeng dalam hikayat2 melayu, menunjukkan tempat yang jauh dan tak tercapai. dalam hikayat sang gedembai aku baca masa kecik2 dulu, akhir sekali sang gedembai lari ke tasik pauh janggi, yang jauh dari manusia. cari la kat mana pun, tak akan sampai tempat nama kg. tasik pauh janggi.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sebelum dan selepas

uiiii...lama tak ada cerita baru kat blog ni. mesti peminat2 kecewa. ecewah, mcm la ada peminat! bukan apa. seminggu ada dlm perjalanan. seminggu pulak nak rehat. mana la ada masa nak kemaskini blog ni. dgn kerja surat-menyurat la apa la. hohoho

apapun, kita sambung dari saat2 akhir sebelum meninggalkan ukren.

sebelum balik tu, besi2 pendakap tu dah pun dicabut. dan inilah hasilnya selepas 2 tahun. tadaaa~~

amacam, ada beza tak? sape kata tak ada beza, memang nak kena cek mata kat doktor. hohoho!

ni la rupanya doktor Tamara yang buat rawatan kat aku. memang la aku tak sabar nak jumpa dia bulan2. tp lps ni dah tak de lagi dah doktor Tamara. doktor wanita yang aku kunjungi setiap bulan untuk khidmatnya. doktor Tamara tinggal fantasi kenangan aku je...hehehe

siap la korang! lps ni, sorang2 aku ngorat!!! muahahaha~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Terowong sesat!



sebelum meninggalkan bumi odessa ni, sempat lagi aku ke satu tempat yg unik dan bersejarah kat sini. kitorg beramai2 dgn cik natalya melawat terowong2 bawah tanah atau dikenali sebagai katakom. katakom yg kitorg pergi ni letaknya di kawasan kampung Nerubayske.

katakom ni dulu lombong batu kapur. batu kapur digunakan untuk pembinaan seluruh bandar odessa. tak ada gunung sekitar odessa, maka sumber batunya ialah batu kapur dilombong dari bawah tanah. terowong katakom ni, disukat2 panjangnya mencecah 2500km dan berkedalaman sehingga 80m tapi tak semuanya telah dipetakan.

masa Perang Patriotik Agung/Perang Dunia ke-2, katakom ni digunakan sebagai tempat persembunyian tentera dan pejuang Soviet. waktu odessa ditawan oleh Nazi Jerman, orang2 odessa melancarkan perang gerila. siang2 duduk dalam katakom, malam2 keluar bunuh Jerman, culik Jerman atau sabotaj Jerman. ada la dekat setahun lebih puak2 ni duduk dalam lubang gelap pekat, sampai ramai yg hampir buta. bukan setakat askar je, wanita dan kanak2 pun duduk dalam katakom. siap ada bilik untuk wanita dan kelas untuk kanak2.

tidur alas rumput je...

oleh sebab katakom ni dikorek dari batu kapur yang berliang, maka bunyi tak bergema. macam duduk dalam studio jamming atau bilik karaoke, luar tak dengar apa. siapa2 sesat dalam tu, alamat mati keras je la. jerit la mintak tolong, siapa pun tak akan dengar. dah la gelap. pulak tu, ada tempat yg digali telaga. silap haribulan, terjebus la dalam telaga tu.

klik gambar untuk besarkan. yg tulis tu maknanya "darah dibalas darah, maut dibalas maut"

di hujung pintu keluar terowong katakom tu, ada muzium kecik, mengenang perjuangan askar menentang Jerman. satu yg aku cukup kagum dengan Soviet komunis ni, pelukis2 diorg memang pandai buat poster propaganda yang menaikkan semangat juang. siapa2 tengok tapi tak sebak, memang le...xdapek den nak nolong'an...hehehe

  1. Tentera Merah - Selamatkan Kami!
  2. Demi maruah wanita, demi nyawa anak2, demi kesejahteraan nusa, demi ladang dan lembah kita - Bunuh Musuh yang Menakluk!
  3. Ayah - bunuhlah Jerman!
  4. Aku menanti kamu - pejuang pembebasan!

seperti biasa, sebelum balik, tangkap gambar!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...