sebelum meninggalkan bumi odessa ni, sempat lagi aku ke satu tempat yg unik dan bersejarah kat sini. kitorg beramai2 dgn cik natalya melawat terowong2 bawah tanah atau dikenali sebagai katakom. katakom yg kitorg pergi ni letaknya di kawasan kampung Nerubayske.

katakom ni dulu lombong batu kapur. batu kapur digunakan untuk pembinaan seluruh bandar odessa. tak ada gunung sekitar odessa, maka sumber batunya ialah batu kapur dilombong dari bawah tanah. terowong katakom ni, disukat2 panjangnya mencecah 2500km dan berkedalaman sehingga 80m tapi tak semuanya telah dipetakan.

masa Perang Patriotik Agung/Perang Dunia ke-2, katakom ni digunakan sebagai tempat persembunyian tentera dan pejuang Soviet. waktu odessa ditawan oleh Nazi Jerman, orang2 odessa melancarkan perang gerila. siang2 duduk dalam katakom, malam2 keluar bunuh Jerman, culik Jerman atau sabotaj Jerman. ada la dekat setahun lebih puak2 ni duduk dalam lubang gelap pekat, sampai ramai yg hampir buta. bukan setakat askar je, wanita dan kanak2 pun duduk dalam katakom. siap ada bilik untuk wanita dan kelas untuk kanak2.

tidur alas rumput je...

oleh sebab katakom ni dikorek dari batu kapur yang berliang, maka bunyi tak bergema. macam duduk dalam studio jamming atau bilik karaoke, luar tak dengar apa. siapa2 sesat dalam tu, alamat mati keras je la. jerit la mintak tolong, siapa pun tak akan dengar. dah la gelap. pulak tu, ada tempat yg digali telaga. silap haribulan, terjebus la dalam telaga tu.

klik gambar untuk besarkan. yg tulis tu maknanya "darah dibalas darah, maut dibalas maut"

di hujung pintu keluar terowong katakom tu, ada muzium kecik, mengenang perjuangan askar menentang Jerman. satu yg aku cukup kagum dengan Soviet komunis ni, pelukis2 diorg memang pandai buat poster propaganda yang menaikkan semangat juang. siapa2 tengok tapi tak sebak, memang le...xdapek den nak nolong'an...hehehe

  1. Tentera Merah - Selamatkan Kami!
  2. Demi maruah wanita, demi nyawa anak2, demi kesejahteraan nusa, demi ladang dan lembah kita - Bunuh Musuh yang Menakluk!
  3. Ayah - bunuhlah Jerman!
  4. Aku menanti kamu - pejuang pembebasan!

seperti biasa, sebelum balik, tangkap gambar!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati