satu ketika Wawad dan Chin tido, aku ke hujung gerabak, seorang diri...
aku nampak Veronika di hujung sana. pun seorang diri...
lalu aku beranikan diri.
"hai."
"hai"
"sape nama?" [padahal dah tau, sebab dia pakai tag nama]
"Veronika"
"saya Zool" [aku rasa mesti dia cakap "tak tanya pun..."]
"dah lama ke kerja keretapi ni?"
"ni musim panas yang kedua"
"oh, dah dua kali dah ke. memang tiap2 hari ke ulang-alik odessa-moskow?"
"ya."
"belajar lagi ke? kat mana?"
"aah. tahun 2. belajar kat institut senibina."
"belajar apa?"
"senibina la. saya belajar bahagian jalan dan pengangkutan ni. jadi kena la buat praktikal dengan keretapi ni."
"asal odessa ke?"
"tak, saya orang donetsk."
"mak aii, jauhnya. asal donetsk, praktikal kat odessa. keje ulang-alik ke moskow pulak tu."
"nak buat macam mana..."
lepas tu ada la lagi sembang2 kecil. dan dia pun balik ke bilik dia dlm gerabak tu.
aku pun balik ke tempat aku. aku lintas bilik Veronika, aku nampak ada mamat baring2 lepak dgn Veronika.
"cisss...celaka...cuba lagi lain kali..."
sah2 tak akan ada lain kali sebab aku pun tak akan jumpa Veronika lagi dah sampai bila2...Wawad dan Chin masih lagi tido dan aku meneruskan perjalananan sambil duduk sorang2...
p/s: perbualan tadi semuanya dalam bahasa rusia. aku ejas sket2 bagi korang paham.
5 comments
Comment by a|nuL on 10 Ogos 2010 pada 7:04 PG
cane ckp "mak aii.." dlm bhs rusia? ahahahah
xde pikap line yg berkesan..tu yg x berjaya kwang3..
Comment by djambu puadovich on 10 Ogos 2010 pada 7:32 PG
itu ialah bhgn yg diejas, supaya ada 'feel'...
impromptu sgt. xsempat nk susun pick-up line...ecewah!
Comment by Emansipasi on 13 Ogos 2010 pada 9:31 PG
jalan-jalan habis exam :D
Comment by djambu puadovich on 14 Ogos 2010 pada 2:02 PG
jalan2 blogwalking ke ape?
amacam exam? ada bagus? :)
Comment by Tanpa Nama on 24 Ogos 2010 pada 11:54 PTG
hahah, nice try nice try.. :P
Catat Ulasan