huiii...dok umah ni mmg xda benda nk cerita kat dlm blog. nampak gaya cerita2 kembara aku pun nak abes dah. sebabnya, tujuan aku tulis bendalah blog ni nak kongsi cerita2 aku kat luar negara. oklah. ni kira episod2 terakhir luar negara aku. insya allah ada rezeki aku melancong ke mana2, aku cite la dlm ni. setakat ni, xda lagi nampaknya cite aku ke luar negara...
baik, jom kita sorot balik hari-hari sebelum keluar dari ukren tempohari.
6 hb julai, kami ramai2 bergerak meninggalkan tanah ukren. kumpulan ushop, kodok dan awek2, naik kapal terbang pagi. pukul 5am diorg ambil van ke lapangan terbang. aku, wawad n chin ambil keretapi petang ke Moskow. keretapi 5pm dijadual sampai 9pm keesokannya. 29 jam atas keretapi beb! kejang jugak masa memula dengar tu. tapi, nak ke Moskow dengan cita2 murni punya pasal, redah jugak la.
disebabkan bagasi banyak, kami tempah van. dan cadangnya, nak ambil van yang sama utk perjalanan petang tu ke stesen keretapi.
malangnya...
aku rasa pakcik tu mengantuk, pagi2, tak sedar yg aku dah tempah van utk petang. tunggu punya tunggu, tak datang2. bila telefon balik, selamba je pakcik tu cakap, "eh, kenapa tak bitau awal2?" kepala otak ko tak btau. aku btau awal pagi tadi, tak cukup awal ke? hujungnya, kami ambil teksi lain. pada masa yang sama, pakcik tu punya tempahan aku tak batalkan. lantak la ko tunggu kat hostel. bukan aku nak jumpa ko lagi dah. hahaha~
dalam keadaan separa kelam-kabut, kami pun sampai di stesen keretapi. memang kelam-kabut. sampaikan aku rasa ada barang tertinggal atas meja la, duit x cukup la, paspot cicir la, x sempat makan la, apa la. kat stesen, tukar duit ukren ke dolar, beli air minum, buang air sume. terus ke gerabak dan disambut oleh Veronika [ada sambungan cerita Veronika ni].
perjalanan 29 jam dalam keretapi penuh dengan cerita, gosip, umpat-mengumpat, kutuk-mengutuk, kupasan rahsia dan macam2 kelakar lagi. sampai la kami tiba di Moskow keesokannya.
sehingga itu, jom tengok gambar!
gerabak ke 6-13. kitorang duduk dlm gerabak 5
stesen Bryansk. kat ulu banat mana ntah...ni sikit lagi nak sampai sempadan Ukraine-Rusia
petik gambo sket kat Bryansk
ni Chin tengah uji lensa DSLR
ni aku tengah uji zum digital. hehehe. kena tapis la sikit eh? :P [sangat 'pervert'! curi tangkap gambar dari jauh]

p/s: terima kasih kepada Chin yang petik gamba
5 comments
Comment by ruggedmom on 7 Ogos 2010 pada 8:53 PTG
askm.
I sgt suka baca cite2 travel. mai la ke blog i pulak
Comment by djambu puadovich on 8 Ogos 2010 pada 5:54 PG
wsalam. sy pun sama. sonok tgk negeri org :)
Comment by ruggedmom on 8 Ogos 2010 pada 6:52 PTG
Thanx lorr dtg my blog. Nak p spai ke Moscow mahai le pulok. P tmpt3 yg blh jd jutwn dulu lah.
Comment by baik on 9 Ogos 2010 pada 1:48 PTG
aku rasa pakcik tu mengantuk, pagi2, tak sedar yg aku dah tempah van utk petang. tunggu punya tunggu, tak datang2. bila telefon balik, selamba je pakcik tu cakap, "eh, kenapa tak bitau awal2?" kepala otak ko tak btau. aku btau awal pagi tadi, tak cukup awal ke? hujungnya, kami ambil teksi lain. pada masa yang sama, pakcik tu punya tempahan aku tak batalkan. lantak la ko tunggu kat hostel. bukan aku nak jumpa ko lagi dah. hahaha~
>>>i suke yg ni! padan muke & jahat gile! :P
Comment by djambu puadovich on 10 Ogos 2010 pada 3:13 PG
ruggedmom,
oh, xda hal. kunjung mengunjung amalan mulia. sambil2 tu bertukar maklumat makan2 angin ni :)
nak jadi jutawan, sertai peraduan jutawan power root. hehehe
baik,
pakcik tu sampai i dah dok dlm tren, dia boleh main miskol2 lagi. ahaha. i diamkan je tipon tu. i memang jahat~
Catat Ulasan