petang lepas exam hari tu, kitorg pegi ronda2 pantai melawi. pantai melawi letaknye dalam 30km dari bandar KB. di simpang di kubang kerian, ambil jalan ke bachok. dalam perjalanan tu ada la nampak sawah padi, pokok kelapa dan segala macam suasana desa aman terasa. setengah jam lepas tu sampai la ke pantai melawi. ada jugak pantai nama pantai irama. tapi chief kata pantai irama tak sedap mandi dan pantainya pun tak landai. bahaya kalau musim2 tengkujuh ni.
pantai melawi ni pulak, kisahnya, kena la masuk kampung2 orang. masa lalu jalan kampung tu, mata orang kampung semua pandang dgn ekor mata jek. agaknya memang orang tak berkelah masa2 ni kot. kami sampai pun, chalet banyak yang tutup. lagi satu halnya, pantai melawi ni macam tak bukak untuk khalayak. sebab tak ada gerai makan, tak ada pusat berkelah yang khas dan tak ada air paip untuk bilas2. siapa yang ada chalet je boleh mandi air paip kot.
maka hajat kami yang murni nak mandi laut ni pun terbantutlah...
terpaksa la kami berkelah tapi laut, makan cikedis dan menikmati keindahan pantai. konon2 nak tangkap gambar... sekali tu...
yang mana kami semua dah biasa kena. tu yang tangkap gambo pakai kamera telefon je ni. bendalah hitam kat atas tu buat hiasan je. hahahaha
ahli rombongan termasuklah linda, chief merangkap pemandu pelancong [walaupun kami ingat mcm dah tersesat barat], chin merangkap jurugambar separa profesional yang diberi cuti lantaran bateri tak bawak dan wen sheng merangkap pemandu kereta rasmi.
boleh nampak tak pulau perhentian di kejauhan? chief kata bachok ni memang dekat sangat dah dengan sempadan terengganu. ayah hajar pun cakap, nak ke pulau, naik bot laju 40 minit dah sampai.
maaf, ni pantai timur. maknanya matahari terbenam sebelah darat. kalau rasa nak beromantik2, sila tunggu pagi esok dan lihat matahari naik. hahaha
selamat berkelah di pantai melawi. salam sayang, djambu~
9 comments
Comment by Tanpa Nama on 5 November 2010 pada 5:08 PG
yeop ko cm bapak org dh..hahahaha
Comment by djambu puadovich on 5 November 2010 pada 8:22 PG
tu la. mana la pegi anak2 aku agaknye...
Comment by effie on 5 November 2010 pada 8:46 PG
gemok!!
Comment by Asyima Binti Dollah on 5 November 2010 pada 9:15 PG
bestnyaaa pantai!!!
Comment by djambu puadovich on 5 November 2010 pada 12:50 PTG
effie,
memang pun!!!
asyima,
memang pun!!!
Comment by [f]a-[[i]z on 7 November 2010 pada 6:44 PG
bpk org ? ble kawen? hahaha..malang naseb kamera...isy3
Comment by djambu puadovich on 7 November 2010 pada 10:25 PG
hehe. kawin sudah. nikah je belum...:P
Comment by Moon C on 8 November 2010 pada 9:44 PG
eleh, bru smpai melawi dh kecoh.
haha *anak kelantan ni dh round satu kelantan dh*
Comment by djambu puadovich on 9 November 2010 pada 3:11 PG
mung 'anok kelate'. meme la tok sir geger. kawe buke acap maghi ssini.
bia wi la gapo dio kawe nok tulih pung. blog kawe. hohoho
Catat Ulasan