seperti yang dijanjikan, cerita melawat-lawat buddha yang tidur.

selepas ujian, kitorg pun mengisi masa pusing2 kelantan. tapi kali ni linda dgn chin tak ikut. chief masih merangkap pemandu pelancong dan wen sheng masih pemandu kenderaan rasmi. jurugambar kali ni ialah koler.


buddha yang tidur ni letaknya di wat pothivihan, kampung jambu. kalo tak silap la. dulu masa kat bangkok dulu, ada jugak aku melawat buddha tengah tidur kat wat pho. tapi buddha kat bangkok tu bersalut emas. buddha ni bajet rendah sket kot. pakai cat biasa je.

tak pasti la apa signifikannya buddha yang mengiring macam ni, tapi rasanya ia menggambarkan detik2 akhir sebelum buddha mati kot. entah...

sepatutnya 'legend' je. bukan 'the legend'...

jalan nak ke wat pothivihan ni, dari KB seberang sungai kelantan ke menghala ke tumpat. bila sampai kat lampu isyarat [ye, ada satu je lampu isyarat, takkan sesat punya], belok kiri. dalam 2-3 km lepas tu, nampak le wat ni di sebelah kiri. masuk percuma. hehehe


wen sheng menderma sambil tabur makanan ikan, lalu berkata, "ko orang pun bagi la makan ikan. mungkin boleh pass exam..."

insaf kejap aku. sejak bila pulak brader ni pandai ambik berkat bagi makan ikan sambil menderma. kat rumah tak pernah tengok sembahyang pun. hahaha


agak2 dah lapar menengok buddha, chief pun ajak menyusur sungai golok sampai ke rantau panjang. ada restoran terbaik katanya. sepanjang perjalanan tu, terasa dekat sangat dengan negara jiran. melaung pun boleh dengar. tapi sempadan dan undang2 yang memisahkan.

punya la semangat waja nak makan tengahari kat restoran tomyam sedap, sanggup ke rantau panjang. takde la jauh dari KB. 40 km je [dekat la sangat]...sekali bantai dia punya tomyam, memang pukul habis la. kalah semua tomyam2 kat kafe hayaki KB tu. hahaha. harga makan pun pukul habis jugak. hidangan untuk 3 orang, rm60. nasib baik makan berempat. dapat diskaun sket. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati