oh yeah! balik semula ke dunia maya. selepas dekat dua bulan aku duduk di dunia nyata. dunia yang penuh dengan tekanan jiwa, gelora perasaan dan susah payah. dunia maya ialah di mana kita menguasai segalanya, tanpa gusar dan kecewa dan penuh tawa ria. hahaha [kan dah tawa ria, betul tak aku cakap?]
maka setelah aku bosan melayan dunia maya, aku pun cari kerja di dunia nyata. demi menggali pengalaman dan kemahiran. seolah-olah aku mencari samsara sebelum mencapai pencerahan agung di bawah pohon bo.
sekonyong2, aku pun menukar identiti aku dan menyamar menjadi seorang belia berumur 25 yang hanya ada lulusan SPM. yang hanya duduk di rumah, makan tanggung selama 8 tahun selepas SPM tahun 2002. memang menimbulkan syak, tapi aku jawab bodo je yang aku ada buat kerja sambil2an. tak pernah kerja tetap.
macam2 samsara yang aku lalui. terutama kena maki sebab buat kerja tak betul. padahal benda senang je. ye le, dah benda tu benda baru. bukannya aku ada kedai roti kat rumah, jadi, jangan la anggap yang sekali buat boleh terus pandai. dua tiga kali buat ok la. cekap la sikit.
dan macam2 ilmu selok belok meniaga roti aku dapat. ni kira seciput je, banding dengan ilmu tokey tu. tapi berguna la sebagai pakaian diri. nanti aku kongsi dengan korang. kalo korang nak la.
setakat ni dulu. nanti2 kita sambung lagi eh?
p/s: 'samsara' tu perkataan sanskrit, maknanya sengsara...
3 comments
Comment by djambu puadovich on 10 Februari 2011 pada 5:30 PG
rasa mcm ada org komen, tapi dah hilang plop. hmmm...
Comment by AM on 1 Mac 2011 pada 6:59 PTG
8 thn duk umah....pdhal 8thn di ukraine....berkawan dgn mayat:)
Comment by djambu puadovich on 2 Mac 2011 pada 12:53 PG
haha. nak idup, kene a reka2 cite. klo x, xdapat plop...:)
Catat Ulasan