banyak je.
tentang senjata keris, simbolism2nya dan peranannya dalam masyarakat dulukala.
tentang karya epic jawa klasik, yang bila dilihat dari sudut pandang lain, nampak macam karya homoseks,
tentang asal-usul pembahagian kaum2 di malaysia dan apa akibatnya pada masa sekarang.
tentang peribadi dan peranan Dr. burhanuddin helmy pada zaman pra-merdeka
tentang sisi lain hang tuah, dan kisah kembaranya ke benua keling dan benua cina. hang tuah bukan setakat bunuh jebat je.
dalam banyak2 ni, aku paling suka bab Dr. burhanuddin dan petikan2 pidato beliau.
ni satu contohnya:
"Kemenangan Jepun - Adapula orang yang berfikiran singkat turut suka dengan kemenangan Jepun itu. Tetapi itu bukan kemenangan kita. Itu bukan kemenangan bangsa Melayu. Kebangsaan Melayu telah mendapat penandangan dan pelajaran."
beliau berpendapat penjajahan itu sama saja, tak kira dari timur atau barat. yang penting umat yang terjajah itu harus belajar dan bangkit untuk membela nasib sendiri.
menurut Ahmad Boestamam:
"Sebuah negara merdeka memerlukan suatu bangsa negara. ini suatu kemestian. Dan mendiang Dr. Burhanuddin, sejak mula berjuang lagi sehinggalah kepada saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, masih tetap mengingini 'bangsa negara' itu dinamakan 'Melayu'...Siapa saja yang mengaku taat setia kepada negeri ini yang tidak berbelah bagi, asal bersedia mengaku dirinya 'Melayu', boleh diterima menjadi rakyat 'Malaya Merdeka' yang beliau ingini. Tidak ada perhitungan 'darah' diberikan sedikit padanya..."
lagi ucap Dr Burhanuddin:
"Kita dari angkatan PAS akan melancarkan bahtera perjuangan kita menuju pelabuhan cita-cita Islam yang sangat jauh pelayarannya. Kita sama-sama bertolak beriringan aliran-aliran lain dan walaupun nasionalisme dan sosialisme telah sampai, tetapi Islamisme akan belayar terus, menuju pelabuhan kita: Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur..."
yang mendengar pasti akan rasa bersemangat dan berkobar2. sekarang ni nak cari pemidato hebat, punya la payah. balik2 kempen, berucap, tapi yang berucap tu pun terpalit isu2 jenayah la, rasuah la, salahlaku seks la apa la. lepas tu janji nak bagi duit la, janji bagi jalan la, bagi jambatan la. masa tak kempen pilihanraya, tak ada pulak nak bagi...
maka, siapa yang rajin nak tahu benda2 yang tak ada dalam buku teks sekolah dan aliran perdana, boleh la cari buku ni.
buku ni himpunan syarahan Farish M. Noor. terbitan Matahari books. harga aku beli RM40.
p/s: kalaula tok nenek kita dulu ikut cakap Dr. Burhanuddin ni, tak timbul masalah interlok ke, pariah ke, keling ke, apa ke. tak payah nak 1Malaysia-1Malaysia ni. entah la...
2 comments
Comment by Sang Gabriel on 1 Mac 2011 pada 4:15 PG
so conclusionnya sejarah yang kita belajar ni bukan la really true story rite?
Comment by djambu puadovich on 1 Mac 2011 pada 4:51 PG
sejarah itu luas tafsirannya dan ditulis oleh si menang [dlm kes kita ni, kerajaan Perikatan/BN].
yg dlm buku teks tu cerita benar, cikgu2 kita bercakap benar tapi ada fakta2 yang tersorok dan lebih bermakna.
ada yang kata, "menyembunyikan fakta tu dikira sebagai menipu". ada yang kata tak ;)
Catat Ulasan