kat Lin Seng Tong dan Kek Lok Tong. konon2 la refleksologi


26 dan 27 feb, sekali lagi aku terima tetamu putih. kali ni Dominik dan Pola, pasangan dari Poland.

petang diorang ni sampai, kalut dah aku. dah la sampai waktu petang. lepas tu aku tunggu kat stesen medan gopeng, tak nampak muka pulak. sekali aku cek emel, diorang kata diorang kat tengah pekan. dekat 'central market'!

WADDAHEL??!!

sejak bila ipoh ada 'central market'? diorang sesat ke KL ke?

rupa2nya, aku yang salah bagi no fon. sabit drpd tu diorang cari cyber-cafe kat pekan. dan orang pejabat pelancongan tu suruh diorang tunggu aku kat pasar besar. hohoho. aku ingat diorang dah sesat ke KL.

sekali lagi aku bawak diorang berjalan2, sambil aku mengisi masa lapang menganggur di ipoh. kitorang gi ke Perak Tong, Sam Poh Tong dan Kek Lok Tong. ni je le benda ada kat ipoh ni. xda pulak aku nak bawak diorang gi berkelah mcm dulu2 tu. lagi pula, diorg ni jurugambar dan kerja dengan majalah. yang paling diorang suka tengok ialah bangunan2 antik yang macam nak runtuh kat pekan lama yang ada di ipoh. apa yang lawanya pun entah, aku tengok huduh je. hahaha.

masa naik Perak Tong. Pola dah semput kat bawah. air pulak tinggal dalam kereta

malam2 pulak aku ronda dengan diorang n kawan aku, Epoi, gi gerbang malam, stesen keretapi dan kawasan Ocean. apa ada kat Ocean? gi la tengok sendiri, kalau rajin. hahahaha

sedikit fakta:
  1. Kuil Buddha Perak Tong ni, ada tangga tinggi. 450 lebih anak tangga. naik sampai atas boleh tengok hampir seluruh kawasan Ipoh. naik guna tangga ok? diulangi, TANGGA. 450 lebih ANAK TANGGA!
  2. ikutkan pengalaman Pola melancong di India, ada sekumpulan 'scam' yang menipu pelancong. pihak ni akan bekerjasama dengan pemandu teksi. pemandu teksi ni akan paksa pelancong naik teksi dia, lepas tu mintak cas mahal dan bawak pegi hotel mahal. kalau pelancong nak tukar hotel atau buat aduan kat pejabat pelancongan, nanti dia bawa ke tempat jauh terpencil dan tiba2 ada pejabat kecik, konon2 boleh buat aduan situ. kemudian dia aturkan dengan hotel 'konon2', yang akhirnya sama mahal jugak. sila berhati2 melancong di India.
  3. buku Lonely Planet kata tempat2 pelancongan di Ipoh ni boleh pegi naik bas. tak ada bilanye!
  4. untuk lebih maklumat Perak Tong dan tempat untuk dilancong di Ipoh, boleh klik SINI

bab ni kelakar. mamat ni tengok ramai orang amik tempoyak. aku pun amik jugak, tapi sejemput je. dia ni ingat tempoyak tu mcm mayonis, cicah2. terus amik 2 senduk. sekali letak dlm mulut...terus membazir dua senduk tempoyak. hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati