ni la dia rupanya buku Budaya X Budaya Y yang aku pernah sebut dulu. buku tulisan Dr Shaari Isa mengenai sikap orang melayu yang pernah cuba diubah sekitar pasca merdeka, tapi masih tak berubah2 sampai sekarang.

menurutnya, budaya yg melayu amalkan ni dah terbenam jauh ke dalam hati dan akal orang melayu akibat faktor geografi dan faktor sosioekonomi. apabila sesuatu amalan tu dah diamal beratus-ratus tahun, maka amatlah susah untuk mengubahnya melainkan setiap orang ada kesedaran.

amalan yang tidak berapa positif yg ada pada melayu dan dipupuk zaman berzaman itu termasuklah suka berhibur, tidak pentingkan masa depan, mengutamakan keuntungan jangka pendek, mentaliti kawanan/herd mentality dan terlalu mengutamakan penampilan berbanding isi.

beliau mengupas secara logik dan ilmiah juga secara profesional. tidak terlalu terikat kepada nas2 juga. nas itu benar tapi nukilan Dr Shaari lebih rapat kepada isu tempatan.

satu bacaan yang baik untuk siapa2 yang rasa nak kaum melayu ni berubah. bila kita tahu kelemahan, baru kita boleh usaha untuk ke arah yang lebih baik. boleh dibaca oleh orang UMNO dan juga orang PAS. demi kelangsungan masyarakat malaysia secara amnya.

1511 kombat? lain hari la ye?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati