ok, abaikan perut tu buat seketika...
sabtu lepas ada OctTwtfest. buat kat HQ digi kat glenmarie sana nun. dengar2 nak buat rekod dunia Guinness, aku pun join la. menyumbang utk rekod dunia. hahaha. pegi dgn wawad tumpang kereta dia. sampai dalam kul 5pm, lepas sesat larat mencari ikut GPS. makin sesat lagi ada.
bila sampai, nampak la org sikit punya ramai beratur, nak masuk dalam. panjang je dah berapa puluh meter. pastu ada la org menyanyi2 kat dalam tu, jual2 makanan sume. tapi memang tabik la org malaysia ni bab beratur, memang takda masalah. bukan macam arab, asik nak potong barisan je. kui3
sampai kat depan, daftar nama, dapat riben biru. terus la masuk dalam. tengok ada banyak lagi jualan. orang jual baju, jual buku, jual muka. ok, bab jual muka tu xda. tapi banyak la aktiviti dia sediakan. ada nyanyi2 karaoke [nyanyi lagi?], main dam/catur/monopoli/seremban/PS3, guitar hero dan twister. ingat nak join twister, tapi jantan sume yg join, terus kensel. hahaha :P
yg bestnye aku gi ni, dapat jumpa Noh Hujan. ye, NOH HUJAN dan jabat tangan dgn dia kat surau. ye, sekali lagi KAT SURAU. lps mamat tu smyg asar. dan juga jumpa Obe, blogger terkenal satu malaysia, pemenang Digi blog awards, kategori LOL. pastu jumpa webmaster amanz.my. jumpa pun sembang sikit2 je la. diorg pun banyak nak melayan peminat/pengikut diorang.
wawad dapat jumpa dato' idris jala. terus tangkap gambo, tapi xleh dedah kat sini la. nanti bahaya. hahaha
walaupun twtup yg ala2 konsert ni bukan la 'my cup of tea' sangat [tak jelira sangat], tapi saje nak menengok benda baru. nak merasa. dan nak masuk rekod Guinness. ko ado?
patut mungkin aku datang dgn @facktura. dia banyak follower dan sgtla terkenal. tapi, facktura tgh nak exam jumaat ni.
p/s: silap x beli tshirt yg ada gambo p. ramlee. yg kuning tu.
link2 yang berkaitan:
amanz.my <--- blog teknologi komputer, bahasa malaysia
blogserius <--- blog obefiend yg kontroversi
twitter.com <--- nak join twitter. pastu follow aku @djambu. hahaha