bulu kaki...
adapun kampung tersusun batu enam itu, betapa makmurnya, korban raya haji tahun ini sekian banyak, sampai darah lembu korban hingga tenggelam buku lali. begitulah adanya...
ok, itu bohong. tahun ni korban kampung batu enam ada 8 ekor. aqiqah seekor. maka ada 9 ekor lembu. sebenarnya kaki aku yang terpijak lubang takung darah lembu.
berposak-posaklah masyarakat seisi kampung tolong-menolong menyelesaikan 9 ekor binatang itu. ada yang mengajar sembelih, menyembelih, mengulit, membelah, melapah, menyiang, menimbang, mengagih, membancuh, mencuci, mengangkat, menyorong, mengikat, menarik, menolak dan memasak. tak lupa juga yang tolong tengok. hahaha
agak ironik di situ...
betapa tajamnya mata pisau, ditambah pula keasyikan bersuka-suka melapah-lapah, sampai tak sedar tangan tertikam terhiris.
ok, itu bohong. memang sakit. berdarah sampai ke petang. T_T
begitulah adanya sambutan raya kali ini di kampung batu enam...
2 comments
Comment by godan on 8 November 2011 pada 3:28 PTG
maka terkorbanlah segala jari jemari, hanya kerana tajam menikam belati diasah.
lololol
Comment by djambu puadovich on 9 November 2011 pada 12:29 PG
korban lembu boleh buat lauk. korban jari xleh makan...isk3
Catat Ulasan