judul novel FIXI ni KASINO.
tapi bukanlah berkisar pasal kaki judi di kasino semata-mata, atau mengajar cara untuk menang di kasino.
ia tentang seorang peniaga/niagawan yang berdepan risiko didakwa atas tuduhan rasuah di suatu negeri reka-rekaan di Malaysia selepas negeri tersebut jatuh ke tangan PR. untuk mengatasi kesempitan wangnya, dia terpaksa mencari sumber wang dari mana saja lubang yang dia ada. dan satu kepakarannya ialah bermain terup di kasino.
sambil2 tu dia ada minum2 sikit, main2 perempuan sikit (banyak, bukan sikit), tahajud2 sikit...dah macam cacamarba pulak aku tengok watak novel ni. minum wain mcm minum air, tapi smyg tak tinggal. macam ni punya orang pun ada.
tapi cerita ni pun cerita rekaan, ikut suka penulis dia la nak reka watak macam mana, ye x?
novel ni ditulis dalam latar tempat yang urban/bandar, diresapi dengan pengaruh2 jahat duit di mana, siapa ada duit, segala benda boleh buat. segala benda pun tak mustahil.
ni baru satu novel dari barisan judul dalam siri terbitan FIXI. aku ada baca dua lagi, Zombijaya dan Kougar...
2 comments
Comment by ruggedmom on 16 Januari 2012 pada 6:44 PG
askm. Yg lagi 2 novel tu best tak?
Comment by djambu puadovich on 16 Januari 2012 pada 2:45 PTG
Wslm. Yg zombijaya tu lagi best sebab gaya cerita dia macam filem hollywood
Catat Ulasan