Jalan Pasteur

kemas kini singkat.

bila2 masa rajin, boleh la pembaca baca kat Wikipedia, cari artikel pasal Louis Pasteur. beliau ni ahli kajikuman dan ahli kimia.

sambil2 baca tu, perhati bila sampai kat gambo ni.


ketahuilah oleh semua, gambo tu dimuat naik oleh aku, untuk dinikmati oleh semua pencinta ilmu seluruh dunia.

kalo tak caya, bleh klik kat gambo tu dan tgk 'author'nya siapa. tak lain tak bukan ialah DJAMBU. gambar dipetik masa aku tgh jln2 lepas amik cop kat kompleks sukan tadi. saje aku nak cuba2 edit artikel wikipedia. sambil2 tu aku letak nama universiti aku skali.

hehehe. barula ada sumbangan aku kepada dunia. walaupun seceno-et je...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Perbarisan Hari Kemenangan



Video ni amik masa 9 Mei hari tu. kat Odessa ni buat kecil-kecilan je. nak yg lagi seronok, tengok yang kat Moscow. siap semua peluru berpandu, kereta kebal, jet pejuang semua keluar. pastu ada kawat tentera bekas Soviet, US, Perancis dan UK.


di tembok tu terpahat kata-kata:

"свое бессмертие вам родина вручила
и не забыты ваши имена"

"Tanahair menganugerahkan keabadian
dan namamu takkan dilupakan"

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hari Eropah 2010 - Pt 1

bila kita cerita pasal eropah, mesti orang terbayang masyarakat moden, canggih, bangunan tinggi-tinggi, bandar bersih, jalanraya bagus, kereta kuasa tinggi, orang pandai2, awek mata biru dsb.

tapi pernah ke kita terpikir, adat kebudayaan diorg mcm mana? diorg ada makanan tradisional ke mcm kita? lauk rendang dgn nasi lemak ke? baju kurung ke? ada tengkolok ke? mcm dalam wayang tu ke?

jumaat hari tu ada sambutan Hari Eropah kat sini. maka, aku pun berlegar2 sambil memetik gambar. mari2 kita tengok gambar!

ni gerai Georgia/Gruzia. ralit sangat jaga gerai, xsempat nak senyum...

yg tengah tu pasangan Greece. diapit oleh Jerman...

yg ni awek Republik Czech...ayu2 sambil telefon gitu~

ok, ni bukan baju tradisi Azerbaijan. yang jaga gerai diorg pun x seberapa. gerai diorg ada manisan je setalam...bosan!!!

Itali dan pizza, tak boleh dipisahkan. kemudian nanti aku letak gamba pizza...

model2 Jerman. tapi anak patung je la. model betul mcm Claudia Schiffer tu x sempat nk datang. ahaha!

buat merosak je makcik pakai topi tu melintas. dah nampak hiasan kepala jek! ni pakaian Rusia.

awek Turki yang anggun, gaya2 muslimah sejati...

hiasan pintu Turki. benda ni asalnya tangkal tolak bala, tapi dah jadi hiasan kaca yang unik kat Turki.

akhir sekali, anak2 dara Ukraine, mendengar nasihat nenek...hehehe

Kesimpulannya, Eropah dulu pun 'darat' jugak macam semua orang dalam dunia ni...hehe. sayangilah budaya kita!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

feshinable? ape tu?

wow! terus aku xnak beli baju kat kedai ni...ahahah

ni cat. sebelum balik, semua budak tahun akhir kene beli cat. kalo tak beli cat, kene beli mentol. bila beli cat, maknanya sikit lagi nak balik! insya allah...=)

keputusan periksa hari tu, selasa ni keluar. lps tu ada ujian lisan dan amali. lps tu boleh la berkemas2...bertahan!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ip Man 2

Leung: Guru, mampukah guru menentang 10 orang serentak?
Ip Man: Yang paling bagus ialah tak perlu bergaduh...
Leung: Kalau diorang bawak senjata?
Ip Man: Lari.

bila tengok poster ni, aku agak semua orang tahu pasal cerita apa.

smlm aku tgk cerita ni [padahal dekat2 nak periksa, tapi enak je nonton filem. hohoho].

seronok jugak. aksinya mendebarkan, lancar dan realistik.

sambil2 tu, banyak nilai yang positif diselitkan. contohnya nilai sayangkan budaya bangsa, hormat budaya orang lain, hubungan guru-murid; kasih-sayang suami isteri, anak beranak, adik beradik; setiakawan dan bencikan rasuah.

tapi satu dalam filem ni, orang2 china/hong kong selamba je buat babak wing chun lawan kungfu2 lain. tak ada pulak dengar riuh kungfu2 lain kata wing chun berlagak la, sombong la, menghina sesama kungfu ke ape ke. mungkin sebab penghujung filem ni, watak jahat utamanya ialah orang putih kot. mcm Ip Man yg dulu tu, watak jahat dia orang jepun.

cuba kalau filem melayu buat mcm ni. teringin jugak nak menonton filem tajuk "Hanafi" ke, "Meor Rahman" ke, "Yahya Said" ke, "Kiyai Salleh Selendang Merah" ke ape ke. tapi dengan syarat kena ada watak orang jahat yang selain melayu la. dan jangan la lepas tayangan filem, ada yang cabar-mencabar sampai terbunuh2 pulak. ahaha

dan kalau nak buat filem tu, boleh la buat dlm rangkaian 2-3 filem mcm Ip Man ni. takda la sesak semua nak tangkap muat dalam satu filem. nanti cerita ke mana, aksi ke mana, plot ke mana, ape ke mana.

kalau ada yang buat filem ni, aku rasa mesti untung. persatuan2 silat ni punya ahli berapa ratus ribu orang. silap2 boleh buat dalam VCD, dan jual kpd ahli jugak. hohoho

tapi tu semua anganan aku je...[sila kembali ke dunia sebenar dan sambung belajar]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...