sebulan lepas, aku ada cycle sports and health medicine. cycle ni meliputi pengetahuan2 kesihatan sukan, senaman dan rehabilitasi [rehabilitation].

jadi, sedikit info yg aku nk kongsi kat sini ialah berkenaan fisiologi pernafasan. basically, sume org tau bernafas. yg org tak ramai tau, proses yg terlibat dlm pernafasan. yg lagi ramai org xtau, ialah teknik mengawal pernafasan.

bila manusia bernafas, otot diafragma akan mengecut dan mendatar. otot interkostal luar pun akan mengecut dan menggerakkan sangkar rusuk ke atas. ini akan menambah isipadu sangkar rusuk dan udara dari luar akan masuk ke paru2 [prinsip fizik mengenai isipadu dan tekanan. bukak buku fizik masing2 ye...]

bila manusia menghembus nafas, sebenarnye ini ialah proses pasif yg mana kita hanya merehatkan otot diafragma. justeru, sifat elastik otot dan ligamen sangkar rusuk yg akan mengembalikan bentuk dan posisi asalnya yg memaksa udara keluar dari peparu.

kembali ke cycle sports medicine td, mdm olga gennadievna ada mengajar cara pernafasan utk penghidap2 asthma. utk golongan ni, ada cara khas utk bernafas dan meringankan bebanan semput.

FYI, org semput/asthma, mengalami 'expiratory dyspnea'. susah bernafas keluar. rintangan dlm peparu menyebabkan udara berkumpul di dlm peparu. bile semput, pesakit makin sedut nafas sbb rasa xcukup nafas. makin sedut, makin berkumpul. makin berkumpul, makin sesak nafas. ni org kata 'vicious cycle'/kitaran jahat.

sebagai langkah pemulihan, pesakit diajar menghembus nafas guna otot perut. otot perut cukup kuat utk mengeluarkan udara dlm peparu kalau kena gayanye. otot2 perut termasukla 'rectus', 'transversus' dan 'obliquus abdominis'.

tetiba plak, teringat aku kat pesan sahabat pendekar aku, che lin. masa aku menuntut ilmu senaman tua dgn dia dulu, dia ada ajar teknik ni. teknik pendekar2 melayu zaman silam yg ilmunye setanding dgn umat russia/ukraine ni. cumenya, org2 RU/UA ni kaji mendalam dan apply dlm ilmu perubatan diorg. org melayu, sebut silat je, terus buang jauh2. khurafat la, ketinggalan zaman la, bidaah la.

banyak rupanya khazanah ilmu bangsa melayu ni. bangsa yg pernah berdagang ke seluruh penjuru alam. bangsa yg bersopan-santun beradat-budaya. bangsa yg sekarang ni mengkhianati asalnya dan meninggalkan nilai2 nya...

p/s: nak belajar senaman tua, sila cari jurulatih bertauliah/kelas2 berhampiran. nanti boleh dpt sijil. hehe. cube la belajar dulu, try amik ape2 yg berfaedah.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati