bismillahirrahmanirrahim...

aku jarang nak berbicara bab2 keagamaan dalam blog ni. sebab xnak nanti kelihatan hipokritikal. aku jugak bukanla seorang yang bijak dan handal dalam bab2 agama ni. cuma mampu menyuarakan pendapat berdasarkan ilmu yg ada je. ape2 kekurangan/cacat cela yg ada dlm tulisan aku yg berlatarbelakangkan agama ni, sila la tegur dan komen.

linda suh aku buat komen pasal isu nama Allah yg nak digunapakai oleh pihak katolik kat mesia. so, mari kita sume baca komen aku. hehehe

apabila pihak2 ni nak mintak nak pakai nama Allah, macam2 reaksi timbul. ada yang membantah, ada yang menyokong, ada yg memperlekeh, ada yg memaki2 dan seribu satu macam reaksi. umat islam mcm kene 'sampuk' dan ter'sawan' pasal benda ni.

isu ni pulak nampak gempar sebab pihak katolik ni pegi mohon kat mahkamah la ape la. macam ada kes jenayah pulak. pastu kuar kenyataan kat akhbar la ape la. kenyataan berbalas2 antara pihak sokong dgn pihak yg menentang. pastu kalo sape2 ada baca malaysia-today.net [balik2 malaysia-today, si djambu ni xda kumar & clark clinical medicine ke yg nk kene ulangkaji?] ada kes pasal bible bahasa inggeris kene rampas la, kes rampas mayat la dan komen2 warga malaysia kat situ tersangatla menyentuh umat islam yg sensitif.

pada hemat aku la, sepatutnya dlm menghadapi situasi ni, umat islam perlu berani menyuarakan pendapat. intelek2 islam yg mendalami bidang perbandingan agama perlu mengambil langkah dgn mengajak puak katolik ni berdebat/berbahas. bentangkan hujah, fakta dan buah fikiran supaya akal yang sihat buleh menentukan pilihan sendiri. rangkakan peraturan bahas tu supaya masing2 pihak buleh terima keputusan dengan berlapang dada. sbg cth, sape2 kalah, jgn ungkit kes ni lagi sampai bila2. sape menang, jgn kuarkan kenyataan bongkak. anjurkan bahas tu kat unversiti, jgn anjur kat tepi2 jalan je. kang ada rusuhan kaum, baru nak padan muka. bila perbahasan dah capai rumusan, baru a logik nak pegi mahkamah ke ape ke.

ataupun, cari jalan tengah yg ada situasi 'menang-menang'. sbg contoh, kalo puak katolik ni nak sgt guna nama Allah, pihak2 berwajib mintak la 'sumtg in return' utk nama tu. mintak supaya undang2 murtad tu terlaksana ke, mintak jgn sentuh pasal kebebasan beragama yg xterkawal ke ape ke. pandai2 korg la. dlm hal ni, umat islam kene la bijak sket. jgn smpai sume benda pun nak bagi. nti org kata umat islam xda telor pulak...

dalam masa yang sama, para cerdik pandai islam mestila menggiatkan usaha menerangkan perkara berkaitan nama Allah ni kpd umat islam. terangkan kpd orang ramai dlm cara berhikmah. jgn sampai menghina agama dia pulak. terangkan kpd umat islam kenapa kita xsetuju dgn umat kristian. terangkan dan bezakan konsep ketuhanan islam dan kristian. terangkan konsep dosa keturunan. terapkan kefahaman ttg kisah Nabi Isa a.s yang menyebabkan kenapa kita kata org kristian ni terpesong. banyak yg buleh diberitahu kpd umat islam supaya umat islam ni kuat imannya dan x respon kpd isu2 camni secara emosional.

sebenarnya, kalo kita tinjau balik kat org2 nasrani ni, aku rasa kasihan. iman diorg kpd tuhan cukup kuat. sampai tahap sanggup xkahwin, padahal, syariat Nabi Muhammad s.a.w. bagi je kawin. bila bukak quran, ada je ayat yg kata "org2 yg paling hampir dgn org mukmin ialah pendeta/agamawan nasrani yg bila mereka dgr bacaan quran, menitis air mata mereka." [sila cari sendiri, aku xigt surah mane ayat berapa]. antara silap diorg ni ialah berkaitan ke'tuhan'an Nabi Isa. utk silap2 yg lain, sila la rujuk para bijak-pandai/agamawan.

hmmm...aku rasa, kalo org kristian betul2 ikhlas mencari cahaya Ilahi, xsusah dia nk terima Islam. bagi sape2 yg masih berpegang kuat dgn agama dia, kita sbg umat islam jgn a benci dia xtentu hala, doakan la supaya hidayah Allah turun kpd dia dan kpd kita jugak.

kpd org2 biasa mcm aku ni, marila kita sama2 mencari ilmu pengetahuan dan berdoa supaya dikuatkan iman dlm menempuh cabaran terhadap agama Islam kita yg tercinta ni.

p/s> tetiba aku teringat kat adik aku yg jadi ustaz. dulu aku xsetuju dgn cita2 dia. skrg ni aku akan sokong dia dgn segala daya upaya aku

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati