Parang tidak sebarang parang,
Parang Melayu bersepuh tangkainya;
Garang tidak sebarang garang,
Jika tidak dengan hemahnya.
Selasih bukan sebarang selasih,
Di tengah laman lebat daunnya;
Kasih bukan sebarang kasih,
Jika bukan sepenuh hatinya.
Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya;
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya.
Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.
By Noraini Abd. Shukor
Sourced from http://dbp.gov.my/dbp98/majalah/pelita20/julai/pb07war.htm
0 comments
Catat Ulasan