Archives

hampa dan harapan

bab 1:


pasukan jerman kalah...hadoi...lehmann plak x abes2 nk wat kelakar x jadi...berapa kali je nyaris nak bolos...mujur kalah 0-1...xda rasa ralit sgt...

bab 2:

balik2 kes liwat, balik2 kes liwat...dah tak ada idea sgt ke...cari a kes seleweng duit ke, kes mintak rasuah juta2 ke, kes ugut bunuh ke...ni siapa yg suka sgt meliwat ni? aku pun dah konfius...

perhatikan nama Malaysia pada kedudukan ke 4 untuk hasil carian kata 'sodomy'. takut org seluruh dunia igt Malaysia ni penuh dgn peliwat2 je.

bab 3:

peneman2 aku utk cuti musim panas:
  1. buku2 novel yg irma bagi pinjam
  2. PS2 yg mazhar bagi pinjam
  3. line internet 24 jam
  4. ushop, hajar dan suh yu
selamat pulang ke Malaysia kpd korang dan selamat amik exam KROK-1 kpd dak tahun 3 perubatan Ukraine :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Messianic Jew anyone?


aku dapat flyer ni masa nk pegi tgk balet kat opera theatre smlm...[hehe, nantikan entry itu]

tulisnya, evreyskaya evangelskaya tserkov'. messia prisheol! evo imia-ISUS!

maknenye:

JEWISH EVANGELIST CHURCH. THE MESSIAH HAS ARRIVED. HIS NAME IS JESUS!

ada gamba ikan pulak kat bintang nabi daud dia. hehe. ni kes org yahudi yg terima kedatangan al-masih Isa tapi tak nak jadi kristian.

nak kisah lebih lanjut, rajin2 google/wiki - MESSIANIC JEW

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pengumuman!!!

sori.
lama xda entry baru sbb skrg ni tgh busy dgn kelas tuberkulosis dan Euro 2008.
jadi xada masa nak update2. tggu dak2 ni balik Malaysia, pastu line ni jd 100% aku punye. nanti baru aku letak update2, undian2 dan sebagainye.

sekian, terima kasih :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

unc...djum...

gambar boleh meluahkan beribu2 kata...tapi ribuan kata x boleh membicarakan sekeping gambar


syoknye ada kek kawin

bukti kekuasaan Allah

si ibu yg gigih

hasil selepas 9 bulan. nama aku x tanya lagi. lelaki, ikut muka ayahnya.

nama baru kami. hehe...sori la faiz, abwan xda idea nk letak nama ape...:-P

gamba dah tukar lain...atas rungutan permintaan ahli keluarga

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Latin 101

mari belajar bahasa latin hari ni.

Nihil aeque sanitatem impedit, quam remediorum crebra mutatio

kita amik sikit2 perkataan dlm pepatah ni, dan belajar menterjemah. mula2 ke dalam bahasa inggeris.

nihil = nil, nothing, zero
sanitatem = sane
impedit = impede, disturb
remediorum = remedy
mutatio = mutation, change

dah buleh dapat x maksudnye?

x dapat?

ok la, aku bagi. ni pun aku dpt drpd kalendar dlm kelas obstetrics/perbidanan aku kat 2-й роддом [2nd maternity house]. dia tulis dlm russian, aku terjemah ke english.

Nothing is worse in disturbing health, than remedies changed frequently

sekarang, tugasan anda, terjemah ke dalam bahasa melayu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

drama Malaysia/drama Korea

ni entry yg x tipikal aku tulis. saje je nk bagi buah fikiran. kot2 ada org yg baca, boleh amik manfaat.

aku tgk ramai org suka layan drama korea. aku x layan sgt, tp kdg2 org pasang kat komputer, aku tgk skali la. cite diorg ni buleh tahan sedap gak.

pd masa yg sama, aku tgk drama2 malaysia/melayu kebelakangan ni pun ada yg best2. ni pun aku lyn sikit2 je.

nak banding kualiti, aku xhandal sgt tp aku buleh nampak benda ni:
  • pemerhatian
bila aku perhati, peminat2 drama korea dgn peminat drama melayu di atas, ialah org yg sama.
  • hipotesis
ada faktor yg sama dlm drama2 korea dan melayu ni yg berjaya menarik minat diorang.

  • inferens
peminat2 drama korea [orang korea] mempunyai minat yg lebih kurang sama dgn peminat2 drama melayu. sebab apa? kalo org korea x minat drama korea, drama tu xkan jd popular. kalo x popular, diorg x export drama diorg ke malaysia.

wujud beberapa kebarangkalian dlm pemerhatian aku ni.
  1. drama korea tu x laku kat negara diorg sbb ada drama kat korea yg lagi best dan x perlu export utk dpt keuntungan, so drama yg diorg export ke malaysia ni nak compensate/tampung kos penerbitan je
  2. drama malaysia/melayu boleh dijual dgn jayanya di korea sbb citarasa penonton adalah sama
  • tindakan
  1. penerbit2 drama bersiri melayu boleh cuba jual drama ke korea
  2. pgimport2 drama korea boleh cuba deal dgn pengexport drama korea supaya buat pertukaran drama [cthnye: aku beli drama korg, korg beli a drama aku jugak. xaci a aku je asik beli...]
  3. try a bincang dgn persatuan penulis drama dan mintak kerjasama kementerian kebudayaan/senator jins shamsudin utk majukan idea ni
  4. mintak sokongan kementerian pelancongan. ckp idea ni salah satu cara promosi malaysia kat korea
  5. pikir sendiri
ada logik x idea aku ni?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kelepak kelepung bunyi gendang

aku dapat tau ttg novel ni lepas baca entry dari che lin@nadzrin. masa tu, dia kata nak buat reviu lepas baca [rujuk sini] dan postkan kat blog dia. tp tunggu punya tunggu punya tunggu, reviu xtimbul2. maka, aku pun beli saja dan baca. [aku mintak akak aku beli secara online dan poskan sekali dgn 'bekalan'2 aku yg mak dah sediakan]. che lin, aku tau ko busy. nah, sikit sumbangan dr aku. :)


novel cereka ni mengisahkan Fatimah, anak Pak Teh Mat Khir [alamak, lupa la pulak nama pakcik ni. xdpt nk rujuk sbb ada org pinjam novel. isk3] seorang usahanita yg menjalankan perniagaan membuat dan menjual gendang tradisional Melayu. Fatimah ni juga pandai bermain gendang dan mempunyai minat yg mendalam sejak kecil lagi dlm seni gendang ni. malah, dia seorang sahaja dr kalangan adik-beradiknya yg berminat dan berjaya mewarisi ilmu seni gendang dr ayahnya. dalam mengharungi dunia perniagaan dan seni gendang, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi.

pada aku novel ni sangat menarik dari segi kandungan ceritanya. banyak ilmu, seni dan kemahiran orang Melayu yg aku sangat yakin dah xada orang tahu. sbg contoh, ilmu cara menghasilkan gendang, seni muzik tradisi Melayu [yang setiap kali dengar pun, xpernah gagal untuk menaikkan 'semangat'], ilmu menjejak dlm hutan, ilmu menenung [mcm Pak Belalang cerita P.Ramlee], ilmu santau dan macam2 ilmu lagi. bukan la pulak aku nk suruh sume org kembali hidup dlm zaman dulukala, tp tiada ilmu yg xberguna. bila dah hilang, kan rugi?

dalam novel ni jugak, penulis a.k.a Serunai Faqir sempat menyatakan kekecewaannya terhadap anak2 Melayu yg melupakan seni budaya bangsa spt seni silat,muzik tradisi dan bahasa mereka sendiri. apatah lagi, rejimen askar Melayu diraja pun main muzik guna 'bagpipe' Scotland masa perbarisan! mana ke 'melayu'nye...juga kepada sikap sesetengah org Melayu yg xhabis2 dgn dengki sesama Melayu.

pun begitu, ada beberapa cela/'flaw' dlm novel ni. yang aku nampak ada tiga.

satu, masalah dlm perniagaan gendang Pn. Fatimah ni timbul sbb ada org kata bahan yg digunakan x halal [guna alkohol] dan menyebabkan tender beliau dikaji semula oleh pihak Kementerian. pada aku [tapi aku mungkin salah], isu ni x wujud langsung. sbb apa? sbb semua org tau pelarut yg nak larutkan varnis/lekar utk disapu kat kayu ialah spirit/alkohol. dah berzaman2 org larutkan varnis/lekar pakai spirit, xda sapa komplen pun. lagi pulak, skrg ni, alkohol sintetik dah buleh bawak dlm solat pun. fatwa dah keluar. so, xkan timbul masalah utk disapu pada kayu. lain la kalo guna berus bulu babi ke, kulit gendang tu kulit babi ke, kulit org perempuan mati bersalin ke, ada jampi serapah yg syirik ke ape ke.

dua, cara penyusunan plot dan peristiwa ada kelam kabut sikit. aku pun xberapa mahir dlm ilmu penulisan novel, tapi bila dibaca, kdg2 rasa 'sesat'. cerita kdg2 mcm tergantung. mungkin juga cara penulis novel ni nak buat elemen saspens atau nk pastikan pembaca terus membaca. boleh diperbaiki di situ.

tiga, banyak sangat perkataan yg baru/asing kepada pembaca. cthnya, perkataan 'astagina'. mmg la niat meletakkan perkataan baru ni baik utk memperkaya perbendaharaan kata tapi lagi baik kalau pihak penerbit buku letakkan ruangan glosari kat belakang.

kesimpulannya, x rugi siapa2 yg nk mengetahui sikit drpd lautan khazanah ilmu Melayu membeli novel ni. tapi ingat, adat dan adab ilmu Melayu mesti berguru. kalau ada apa2 yg xjelas ttg petua2 dlm novel ni, sila la cari org2 yg tahu dan bertanya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Silat Cekak di hari Ahad

dua petikan akhbar yg menarik perhatian aku hari ni. sila rujuk berita harian online, 8 jun 2008.

ruangan Nasional, 'Contohi Jati Diri Jepun'.

“Banyak bangsa di dunia ini tidak ada nilai budaya seperti Jepun. Orang Jepun menghantar pakar mereka ke seluruh dunia dan menyediakan budaya yang kukuh dari segi pengurusan masa, kejituan, kekukuhan, rangkaian, keberanian dan keupayaan.

“Mereka menyediakannya sejak begitu lama hingga mampu membuat kapal terbang pada 1940-an," katanya pada majlis makan malam perdana sempena Sambutan 42 dan 43 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa di sini, malam tadi.

Beliau berkata, pembangunan 50 tahun kedua negara mengambil kira keupayaan pakar tempatan dalam pelbagai bidang baru seperti angkasa lepas, perundingan, ekonomi dan ketenteraan.

Katanya, silat juga mempunyai peranan penting untuk membina karektor sesebuah bangsa yang membolehkan mereka berani menawarkan khidmat di luar negara.

satu lagi, ruangan Mutakhir, 'Silat Perlu Seiring dengan Pembangunan Negara: Idris'.

"Masih banyak lagi pertubuhan silat yang mengekalkan pegangan terhadap amalan berlandaskan agama Islam dalam mempraktikkan ilmu persilatannya,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Hanafi Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Sekolah ke-11 di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di sini, hari ini.

Beliau berkata, seni silat bukan saja melengkapkan diri seseorang dengan ilmu pertahanan diri, malah mendorong agar diri sentiasa berpegang teguh dengan pendirian dan tidak mudah rasa mengalah.

Bertemakan ’Cekak Hanafi Pemangkin Modal Insan Negara’, pertandingan itu disertai 20 kontinjen mewakili IPT dan sekolah dari seluruh negara dengan objektif meningkatkan kemahiran persilatan ahli Silat Cekak Hanafi.- Bernama

komen aku: jgn la biar ilmu persilatan ni ditinggalkan tanpa ada pewarisnya. khazanah ilmu umat Melayu ni...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SANGAT

che lin: Kalau daripada Ustaz Hanafi, saya kurang pasti, tapi Tuan Guru Md Radzi pernah berkata, "Jangan sayang sangat, hendak tinggalkan susah. Jangan benci sangat, nanti berkenan pula"

" Jangan benci sangat pada sesuatu,mungkin benci akan jadi sayang. Jangan sayang sangat pada sesuatu, mungkin sayang akan jadi benci." MUTIARA HIKMAH ALMARHUM USTAZ HAJI HANAFI BIN HAJI AHMAD
-[petikan ni aku cari dlm internet.klik sini]

aku tulis ni, aku tgh siap2 nak pegi kelas. jadi, pendek2 pun cukup la ek utk renungan hari ni.

bagi sape2 yg xtau, Tuan Guru Md Radzi ialah Guru Utama Silat Cekak Hanafi masa aku menuntut dulu. Ustaz Hanafi pulak, ayahanda beliau, juga Guru Utama Silat Cekak semasa hayatnya. Che lin? Che lin bukan awek aku, tapi dia ialah mentor aku dlm hal-ehwal silat melayu ni. kira mcm jedi master dgn padawan learner a jugak. :P

kata2 hikmah di atas aku penah dgr jugak ahli2 silat cekak yg senior lain cakap. ada dlm website rasmi cekakhanafi.com kot. besar kemungkinan YM Che Mad menyambung kelangsungan hikmah ayahandanya.

kata2 hikmah tu senang je nak faham. tapi, yg nak ditekankan pemahamannya di sini ialah, perkataan SANGAT. bahaya perkataan SANGAT ni. bahaya pada pengguna, dan bahaya kepada penerima.

misal kata la kan, satu hari tu tetiba ada raaaamai awek/wanita/gadis yg cun2 tetiba SANGAT suka kat aku. perasaan jiwa raga akan jd sgt ceria. sukma dipenuhi kenikmatan yg amat sgt [gile ape aku ni? hahaha. perasan!].

lepas tu kalo aku tetiba xsengaja terbuat hal, secara automatik awek2 yg ramai tadi akan SANGAT 'turned-off' pulak. kan x best tu? satu mmg a xbest pd aku. tapi apa cerita pulak awek2 yg ramai tadi? drpd 'emosi positif' yg diorg dpt dgn menyukai aku, tetiba muncul 'aura negatif'. drpd hari yg cerah, jd hujan pulak... dah aku pulak yg rasa bersalah, padahal xsengaja pun...

kesimpulannya, jgn a 'bersangatan' dlm apa jua perkara. biar sederhana saje :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bila Manusia menjadi Tuhan

gambar dr www.ujanailmu.com.my

"Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."
-ayat yg membuka setiap bab dlm novel bertajuk Tuhan Manusia ni.

setelah menunggu beberapa lama, sampai jugak novel ni melalui pos ke tanah ukren ni. risau dah aku, takut2 hilang di tgh jln ke, pos xsampai ke ape ke. ni salah satu buku yg aku suruh kakcik beli thru ujanailmu.com.my pastu mintak mak pos sekali dgn milo, nescafe, sekaya dlm tin, kiub ayam dan perencah nasi goreng.

novel karangan sdr. Faisal Tehrani ni mengisahkan perihal Ali Taqi yg mempunyai abang yg murtad. kemurtadan abgnya menyebabkan dia giat mencari ilmu, mendalami bidang falsafah, berdebat mengenai pluralisme, liberalisme yang akhirnya membawa kepada penubuhan FASEH, satu pertubuhan pendidikan remaja untuk menangani kemelut akidah remaja.

aku ambil masa 4-5 hari jugak nak habis baca novel ni. isu2 yg diutarakan berat sungguh. ditambah pulak dgn faham2 falsafah, istilah2, nas2 al-Quran yg pelbagai. apabila dibaca, terasa otak menjadi penat utk mencerna maklumat2. tu yg makan sampai 4-5 hari tu. satu lagi sbb ialah aku xnak buku ni cepat sgt habis. nanti dah cuti, bosan pulak xda benda nak buat.

gaya penulisan sdr. Faisal Tehrani mudah difahami dan utk menyampaikan mesej anti-pluralisme, kaedah ni penting. dlm novel ni, setiap mukasurat yg ada bagaikan pukulan maut bertubi2 kpd faham pluralisme. mmg penulis ni xbagi peluang langsung. mungkin kerana rasa sedih dan tanggungjawab sdr. Faisal melihat keadaan generasi sekarang. mungkin sbb marah. mungkin sbb benci.

walau apapun, novel ni tetap menyebabkan otak pembaca berfikir sebab apa keislaman dirinya.

satu yg musykil sket ialah, wlpn abg si Ali Taqi tu murtad, tak diketahui sebab ape kemurtadannya. adakah sebab kawin lari ke, sebab tekanan jiwa ke, sebab nak hidup bebas ke. mungkin aku terlepas pandang, tapi kalo sdr. Faisal Tehrani bagi sikit penerangan sbb-musabab Talha murtad, mungkin lebih menarik.

syabas kpd sdr. Faisal Tehrani atas penulisannya ini.

p/s: dari gaya pengolahan latar sekolah Ali Taqi ni, terasa mcm kat Kolej Islam je. ye ke sdr. Faisal? hehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

10th kyu

DIPLOMA Odessa Federation of Rukopashniy-boi awards Mohd Puad, Azizul Ismie [that's me]

a sportsman of Rukopashniy-boi for his participation and successfully passed the technique tasks and he is given the 10th kyu of Rukopashniy-boi

[i should have written this 3 weeks ago]

i'm hereby gleefully announce that i'm a 10th kyu belt holder of the rukopashniy-boi.

currently i'm not going to my training sessions anymore. one thing for sure, the cost is quite high considering i want to go for eurotrip and i have to be wise in my daily expenses. i worry that my waistline will expand back to its previous size. haha

after 4 months of gruelling training and hard work, i managed to pass the test.

if anybody of you are interested to join RB [if anyone can find a training club/trainer that is], let me give you people some 'soalan bocor' and tasks to be completed for the 10th kyu exams.

  1. history of rukopashniy-boi in ukraine [which i failed miserably to answer due to the language barrier]
  2. 20 sit-ups
  3. 15 push-ups
  4. 20 squats
  5. safety fall drill, both sides and front
  6. front and back roll
  7. 4 types of stances. kibo dachi, sanchin dachi, front foot stance and rear foot stance
  8. front straight punch
  9. leg split [which really hurts the crotch as hell]
  10. 3 types of release from 2 hands hold [meaning if there is a person caught hold of your hand using his 2 hands, how should you release urself from them]
  11. 90 degree turn, block and punch
  12. 2 minutes of sparring [which is faked between me n yusuf]
for the 1st question, even d locals failed. i thought those ppl knew. if it would be in english, for sure i can make up good stories.
tasks 2,3 and 4 are done directly one after another. after 4 months of excruciating training, it was easy. but wait until d tests for 5th and 6th kyu. 50 and 60 push-ups, squats and sit-ups one after another. imagine that!!!
others are quite simple and need no further explanation.

things i've learnt during this 4 months training, to name a few:
  • sparring is far more easier to watch than done. it always looks easy on the outside. getting kicked and punched on the inside is...NOT
  • there are a number of ways to get free if u are held from the back
  • some styles kick with their foot. RB follows karate style kick. using the shins
  • wrestling is also an important knowledge in martial arts
  • not all russians/ukrainians are pain in the ass. these ppl in RB like master igor viktorovich, viktor, dima, sasha, misha, bodia and others are friendly and cultured
  • male russians/ukrainians are not shy of crying. never mind young ruslan, even the grown ups like bodia cried. [which is totally untolerable in the malay culture. boys are taught not to cry what more crying in martial arts class!]
in september i'll consider rejoining the class. maybe if i opted to have a dental surgery, maybe i'll let go and be satisfied with only the 10th kyu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...