“Banyak bangsa di dunia ini tidak ada nilai budaya seperti Jepun. Orang Jepun menghantar pakar mereka ke seluruh dunia dan menyediakan budaya yang kukuh dari segi pengurusan masa, kejituan, kekukuhan, rangkaian, keberanian dan keupayaan.
“Mereka menyediakannya sejak begitu lama hingga mampu membuat kapal terbang pada 1940-an," katanya pada majlis makan malam perdana sempena Sambutan 42 dan 43 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa di sini, malam tadi.
Beliau berkata, pembangunan 50 tahun kedua negara mengambil kira keupayaan pakar tempatan dalam pelbagai bidang baru seperti angkasa lepas, perundingan, ekonomi dan ketenteraan.
Katanya, silat juga mempunyai peranan penting untuk membina karektor sesebuah bangsa yang membolehkan mereka berani menawarkan khidmat di luar negara.
satu lagi, ruangan Mutakhir, 'Silat Perlu Seiring dengan Pembangunan Negara: Idris'.
"Masih banyak lagi pertubuhan silat yang mengekalkan pegangan terhadap amalan berlandaskan agama Islam dalam mempraktikkan ilmu persilatannya,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Hanafi Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Sekolah ke-11 di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di sini, hari ini.
Beliau berkata, seni silat bukan saja melengkapkan diri seseorang dengan ilmu pertahanan diri, malah mendorong agar diri sentiasa berpegang teguh dengan pendirian dan tidak mudah rasa mengalah.
Bertemakan ’Cekak Hanafi Pemangkin Modal Insan Negara’, pertandingan itu disertai 20 kontinjen mewakili IPT dan sekolah dari seluruh negara dengan objektif meningkatkan kemahiran persilatan ahli Silat Cekak Hanafi.- Bernama
komen aku: jgn la biar ilmu persilatan ni ditinggalkan tanpa ada pewarisnya. khazanah ilmu umat Melayu ni...
0 comments
Catat Ulasan