UPDATED~~ link ada kat bawah...terima kasih :)
dalam lindungan kota ini,
ku susuri jejak wira,
ku ikuti langkah satria,
ku imbau derap kaki pembela
tanah air, nusa dan bangsa.
turun sang hujan perlahan,
dari celahan awan,
hitam menutup langit,
kelam...
sekelam harapan sang wira,
tatkala hentaman peluru rentaka,
memecah pintu kota.
jangan kau putus asa, hai satria.
hunuskan senjata,
namamu kelak dikenang ke akhir masa
jangan kau lupa wahai anak bangsa,
tinta sejarah jasa-jasa tok moyang,
mempertahan maruah nusa,
jangan kau gadai dengan akhlak yang bejat hina.
dalam lindungan kota ini,
ku kira titik hujan,
ibarat cinta sang perawan,
menanti kepulangan pahlawan...
ku susuri jejak wira,
ku ikuti langkah satria,
ku imbau derap kaki pembela
tanah air, nusa dan bangsa.
turun sang hujan perlahan,
dari celahan awan,
hitam menutup langit,
kelam...
sekelam harapan sang wira,
tatkala hentaman peluru rentaka,
memecah pintu kota.
jangan kau putus asa, hai satria.
hunuskan senjata,
namamu kelak dikenang ke akhir masa
jangan kau lupa wahai anak bangsa,
tinta sejarah jasa-jasa tok moyang,
mempertahan maruah nusa,
jangan kau gadai dengan akhlak yang bejat hina.
dalam lindungan kota ini,
ku kira titik hujan,
ibarat cinta sang perawan,
menanti kepulangan pahlawan...
djambu puadovich,
707/3
050509
707/3
050509
- kota akkerman, belgorod-dnestrovsky, ukraine
- kota qaitbay, iskandariah, mesir
- kota salahuddin al-ayyubi, kaherah, mesir
- pintu emas, kyiv, ukraine
p/s: amacam, ada bakat sasterawan x aku? asyima, sila beri komen. hehehe
p/s2: cerita pasal akkerman, klik SINI. terima kasih kepada ushop
p/s2: cerita pasal akkerman, klik SINI. terima kasih kepada ushop
13 comments
Comment by Imam Tambun on 7 Mei 2009 pada 3:10 PG
Adoiyaii... doktor nak jadi penyajak pulak ke?? takpe takpe, satu orang boleh jadi macam-macam,ingat tak masa tadika dulu tu, 1 orang boleh masuk 7 jenis petandingan sekali gus.
Tapi nak bagitau ni ialah hari ini dalam sejarah dimana hari ini ialah persidangan DUN perak, beribu2 anggota polis (Kom. 69, Utk, SB, FRU ) berada didalam siap sedia disekitar 500 meter keliling Dewan Undangan Negeri. bukakle mana2 WEB nanti tau le. OK ke..lah.Assalamu'alaikum.
Comment by Tanpa Nama on 7 Mei 2009 pada 8:20 PG
wahaha.
imam tu betul2 bapak ko ke.
gile mendalam ayat dye perghh..
weyh, gua sasterawan gak.
xde pon nk mintak pndapat?
Comment by ANNA NUR on 7 Mei 2009 pada 12:05 PTG
wah... bagus ni. blh masuk dlm buku KOMSAS. he he. ;P
Comment by djambu puadovich on 7 Mei 2009 pada 4:13 PTG
@ abah,
(+_+)' [abah pun pakai 'adoiyaii' gak ke?] hehe. mesti le ingat. siap lupa baca doa lepas azan, pastu lupa kisah nabi-terkebil2 atas pentas. adoiiii...dapat gak no 3. hehe
kan ke orang dulu2, saintis2 terkenal sume ahli seni. daripada seni dan dayacipta [kreativiti], teknologi berkembang :)
ada jugak bukak web2 ni. kecoh abes dah aa DUN/SUK tuh. mcm sarkis!
@ moon,
betul la, kentut! brp kali pakcik nk ulang nih...adoii
aaa, sasterawan panadol, berapa markah nk bg sajak aku nih? :P
@ lovechenta,
boleh ke masuk KOMSAS nih? klo dpt royalti, bxpe la jugak. duit tgh xcukup ni...kui kui kui
Comment by Tanpa Nama on 8 Mei 2009 pada 8:32 PG
ouh,,abah kao..bukan pe..aku mne la amik pusing ko reply komen aku ke idak.wakahkah.
Comment by djambu puadovich on 9 Mei 2009 pada 12:48 PG
hohoho...
ko mmg insan tak prihatin :P
adoiyaiii~~
Comment by ::alifdalmim:: on 10 Mei 2009 pada 5:51 PG
bejalan je kan?? ;p
Comment by djambu puadovich on 10 Mei 2009 pada 7:54 PG
berjalan? ape maknenye soalan tu?
gamba kat mesir tu pun berjalan2 gak...januari taun lepas [fuh! dah setahun gak ek?]
mmg berjalan2 je pun kat belgorod tu. saje isi masa cuti lame ni :D
Comment by ::alifdalmim:: on 12 Mei 2009 pada 1:52 PTG
itu bukan soalan ler..dia ckp intonasi lebeyh kurang mcmni..
"hish ko ni..asyik bejalan je kan??"
lebih kureng mcm tu la..hehehe
Comment by djambu mls nk login on 12 Mei 2009 pada 6:18 PTG
ooo...mafhum2...:P
ate, nk wat cemane...udah dekat, jalan je le...
oh ye, intonasi mcm dialek perak. cari le sape2 yg reti buat dialek tu...kui kui kui~~
Comment by Asyima Binti Dollah on 13 Mei 2009 pada 6:25 PTG
salam..
haih! terharu2..afwan lambat,byk kepentingan harus didahulukan..sy dh komen kt blog sy..paste jer laa kt sini ya..huhu..dh xboleh cari makan sy;)
abg djambu --maaf sebab belum sempat beri komen pada dalam lindungan kota ini.. terharu bila tengok siap ada nama saya di situ.. nak komen apa ya? saya pun bukan pandai.. yang pasti tanpa keperitan & pengalaman hidup, puisi yang ditulis hanyalah bait2 kata yang hambar.. penyair boleh 'menipu' di dalam bait2 syairnya, tapi pembaca boleh menilai sejauh mana ketulusannya.. ia jadi hebat, bila ada 'sesuatu' yang nak kita tulis sampai kepada pembaca.. wallahua'alam.. 'ku kira titik hujan, ibarat cinta sang perawan, menanti kepulangan pahlawan'.. terbaik! sudah ada yang menunggu saya kira--
siapapun boleh menulis puisi,soalnya tulus atau tidak..
keep it up bro!
Comment by djambu malas nak login on 13 Mei 2009 pada 9:19 PTG
owh...kne ada tulus2 jugak ek?
selain tulus, nk kena ada mulus, lulus dan fulus gak ke? kui kui kui
nway, trimas atas komen. ni baru sikit ni. klo nk karang lagi pun buleh. nanti boleh a buat berentap sayembara puisi kat sini :P
*syima sorg je yg tgkp makna yg hujung tu~~ [sambil tersipu2]
Comment by syima on 15 Mei 2009 pada 6:57 PG
*syima sorg je yg tgkp makna yg hujung tu~~
ouch!
Catat Ulasan