perimetri ialah sukatan kepekaan pembezaan cahaya yang bersistem dalam medan penglihatan dengan mengesan kehadiran sasaran uji pada latarbelakang tertentu. ujian medan penglihatan boleh dilakukan secara klinikal dengan menguji secara berdepan-depan dengan mengekalkan renungan subjek tertancap sementara menayangkan objek di pelbagai tempat dalam medan pandangan mereka. secara amnya, ini bertujuan untuk meneroka seluas mana medan penglihatan subjek. hasil-hasil pemerhatian direkod menggunakan grid Amsler. kekurangan atau kecacatan dalam medan penglihatan termasuklah skotoma, kehilangan penglihatan periferi dan kehilangan penglihatan yang lebih halus.
untuk lebih lanjut, rujuk wikipedia. artikel 'perimetry'.
ni ialah alat perimeter moden bersama grid Amsler
ni ialah tok moyang kepada alat perimetri yang moden zaman sekarang ni. ada lagi simpan kat jabatan oftalmologi/kajimata OSMU.
palang separuh bulat tu boleh diputar 180 darjah pada paksi di tengahnya dan titik2 yang mana penglihatan hilang akan direkod dgn tangan [manually] pada grid.
klik sini untuk ke laman web institut mata filatov. kuliah oftalmologi dan muzium filatov ada kat sini. boleh tgk meja kerja dia, lukisan2 dia [dia pandai lukis] dan baju makmal dia. pada dinding ada jam yang menunjukkan waktu dia mati.
klik sini untuk mengenali siapa filatov. tp dlm bhs rusia la. boleh terjemah guna google translator :P
klik sini untuk ke laman web institut mata filatov. kuliah oftalmologi dan muzium filatov ada kat sini. boleh tgk meja kerja dia, lukisan2 dia [dia pandai lukis] dan baju makmal dia. pada dinding ada jam yang menunjukkan waktu dia mati.
klik sini untuk mengenali siapa filatov. tp dlm bhs rusia la. boleh terjemah guna google translator :P
6 comments
Comment by ss on 25 Mei 2009 pada 3:10 PTG
=)
Comment by ::alifdalmim:: on 25 Mei 2009 pada 5:07 PTG
aku bengang tol dgn staff kedai spek mata aritu..mentang2 aku tak taw bhsa 2 sains mata ni...dia borak guna istilah tu jer..da la masa tu mata kiri aku ni mcm ada probs jer!..
Comment by djambu puadovich on 25 Mei 2009 pada 9:07 PTG
@ ss,
terima kasih melawat :)
@ cikgu adam,
uiks! saje je dia nk tunjuk 'ek' kat ko sket tu. hehe. meh sini tny, kot2 aku bleh tolong ke ape ke :)
sementara aku xcaj org lg ni...hehe
Comment by imam tambun on 26 Mei 2009 pada 3:52 PG
jampi orang kampung untuk ubat sakit mata.. "alif ba ta haji mahmud, sakit mata dikencing semut. pppuuuuuihh" tiup kat mata, tak taule tu samada baik atau lagi teruk.
Comment by Emansipasi on 27 Mei 2009 pada 4:30 PTG
letak laa folower,nk follow nih..haha=)
Comment by djambu puadovich on 5 Jun 2009 pada 12:33 PG
@ imam tambun,
kne tgk gak kot...ntah semut ada kencing manis...satu kerja pulak nk cari ubat kencing manis. haha
@ emansipasi,
nak follow ke? ke nak letak dlm senarai member? boleh je, tp kne letak blog sy kat blog EMANSIPASI a jugak ;)
Catat Ulasan