apabila manusia ditimpa bala, macam2 perkara boleh timbul di kepala.

masing2 mencari logik, hikmah, punca dan akibat bala yang menimpa. itulah perkara yang ingin diolah dalam drama God On Trial.

berlatar tempat dan masa kem tahanan Auschwitz zaman Perang Dunia II, sekumpulan yahudi mempersoalkan kenapa mereka ditangkap dan diseksa oleh rejim Nazi. mereka menyalahkan Tuhan dan menganggap Tuhan telah melanggar janji-Nya. janji untuk diberikan tanah dan diselamatkan oleh al-Masih.

suasana seolah2 dalam mahkamah dengan hakim, peguambela, peguamcara, saksi dan pendakwa. dokumen bukti - kitab Taurat - terpaksa diganti dgn seorang tahanan yang hafal kandungan kitab tersebut.

pelbagai hujah diutarakan. pelbagai kisah dibentang. ada yang berkata Tuhan telah melupakan kaum Yahudi, ada yang menidakkan kewujudan-Nya, ada yang mengatakan ini ialah proses penyucian kaum Yahudi...

mmg tontonan yang memeluhkan...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati