Tuuut~ TUUUUTTT! pukul 4 petang. inilah berita disampaikan oleh Zool Ismi dari Stesen Radio Odessa.

sepanjang hari ini, salji telah turun dengan lebatnya hingga menyebabkan kesesakan lalulintas, kemalangan dan beberapa khidmat pengangkutan awam digantung.

salji turun dengan diiringi angin kencang berhalaju 40km/j bermula lewat pagi tadi. jarak penglihatan terhad kepada 200m dan menyebabkan para pemandu memandu dengan perlahan dan berhati-hati. akibatnya, jalanraya menjadi sesak dengan kenderaan.

keadaan cuaca buruk seperti ini kali terakhir dilaporkan berlaku pada tahun 2005 di mana salji turun pada bulan disember. untuk rekod, 2-3 tahun sebelum ini salji hanya turun dengan lebat pada lewat januari.

akibat daripada cuaca buruk, kedai-kedai terpaksa tutup lebih awal. para penumpang kenderaan awam juga kelihatan turun meninggalkan bas dan lebih rela berjalan kaki untuk sampai ke tempat tujuan masing-masing. ada juga peniaga yang beroleh rezeki iaitu peniaga penyodok salji.

berkemungkinan besar, cuaca buruk akan berpanjangan hingga ke hari sabtu.

p/s: aku pun kena turun bas dan menapak sampai asrama. ingatkan lyudmila bagi balik awal, boleh sampai awal. lagi lambat ada la...siap kena tolak bas lagi [bas sangkut dalam salji]. oh ye, esok dapat cuti. cuaca buruk...

--> pelajar2 akademi pelaut pun kena tolak lori tersangkut depan asrama diorang
--> tram yang tersadai


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati