Walaupun keputusan silat ialah gaduh maka kita tidak semestinya mesti bergaduh. Ramai yang mempelajari SC hinga akhir hayatnya tidak pernah menikmati gaduh. Kebenaran tentang gerak silat kita akan kita ketahui sendiri. Jika kita sendiri boleh mengukur sejauh mana penguasaan kita dalam gerak yang ada maka kita sendiri boleh mengukur keputusan gerak yang ada pada diri kita.
Pergaduhan akan menerbitkan sifat dendam. Orang yang berdendam akan meneruskan usaha untuk melepaskan dendamnya. Ustaz pernah bercerita dengan saya tentang tabiat seorang yang dipukul kerana sesuatu sebab. Beliau tidak berpuas hati dan terus menerus berdendam. Setiap hari ditunggunya di persimpangan jalan. Apabila lalu musuhnya yang memukulnya, akan terus dilawannya balik. Kalah atau menang tidak dijadikan ukuran. Perbuatan tersebut dilakukan setiap hari untuk melepaskan perasaan dendamnya. Akhirnya manusia yang memulakan pergaduhan tersebut walaupun sentiasa menang tapi berada dalam keadaan yang tidak selamat dan tidak tenang. Beliau mengalah sebagai tanda menyerah kalah. Menyerah kalah bukan kerana kalah berlawan tapi menyerah kalah kerana jiwa tidak tenteram.
Oleh itu peranan ‘selamat’ amat besar maknanya dalam persilatan SC. Jika kita sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa selamat maka itulah kemenangan hakiki yang kita perolehi.
baca yang lengkap di blog Sepak Minang.
p/s: bukan semua yang belajar silat itu suka bergaduh. tapi semua orang suka 'menang' kan? menang dalam ertikata 'selamat' :)

11 comments
Comment by Nadia on 15 Disember 2009 pada 11:10 PG
beralah tak semestinya kalah..
ngeh! ada persamaan tak?!
haha :P
Comment by djambu puadovich on 15 Disember 2009 pada 3:21 PTG
betul! baik beralah daripada ribut2
:)
Comment by moon on 16 Disember 2009 pada 6:53 PG
weh, knpe ade label A, B, C, D, E kat menatang haram uh? (tataw pw nme die,,)
nk suh aku bulatkn mne betul ke?
*mcm soklan objektif*
hahaha
Comment by djambu puadovich on 16 Disember 2009 pada 7:38 PG
benda tu namanya parang lading. klo xtau, sila la tny dgn beradab sopan ya?
setiap yg berlabel tu a makna dan falsafahnya tersendiri. tanda kebijaksanaan org melayu dulu2...
Comment by Asyima Binti Dollah on 16 Disember 2009 pada 1:53 PTG
he..he..he
moon,pakcik kamu marah suda;)
Comment by djambu puadovich on 16 Disember 2009 pada 3:48 PTG
hoho...tu bukan marah...bahasa je...:P
Comment by moon on 18 Disember 2009 pada 7:49 PG
haha, dye marah pon bukan terase pon,
tergamam jea.
haha, sowiey yea :)
Comment by djambu puadovich on 18 Disember 2009 pada 8:07 PG
tak penting terasa atau tak. yang penting mengambil teladan untuk masa depan.
;)
Comment by Emansipasi on 22 Disember 2009 pada 9:02 PG
baikkk cikgu! hehe..
Comment by djambu puadovich on 22 Disember 2009 pada 5:13 PTG
oh, yg tu bukan utk syima. tu utk moon
;)
syima dah terlebih budi bahasa sasteranye~~ hehe
Comment by Emansipasi on 22 Disember 2009 pada 7:52 PTG
haha..
tlg jwb bg pihak moon yg masih meninggalkn tanda tanya tentang apa yg menusuk kalbu dgn statement 'asyima no 5 tuh' ;)
Catat Ulasan