ribut sekejap pasal kalimah Allah di Malaysia. sampai terbakar2 gereja la jugak. ape punya org la yg pergi bakar gereja tu. marah, marah jugak tapi ambil la tindakan selain membakar tempat sembahyang orang. nanti tak pasal ada rusuhan agama...

seputar isu ni, aku pun mencari2 artikel dan bahan2 bacaan kat internet. ramai gile org yg bagi pendapat. ada yang sokong, ada yang bangkang.
contohnya:
aku pun sebok nak bagi pendapat gak. tapi ni pendapat berdasarkan ilmu yang sikit je la. nak banyak2, pegi cari kuliah agama la wei. hehehe. pendapat aku boleh dibahagikan kepada 2.

PART 1

ada yang serabut pasal kes ni sebab diorg berhujah 'kalimah Allah dah digunakan oleh orang2 kristian Arab. kat kawasan Arab, benda ni tak kecoh pun. ada siap bawak bukti2 arkeologi dsb. tapi mari sini kita rujuk satu ayat Bible ni.

Jesus responded, "I was sent only to the lost sheep of the nation of Israel." (Matthew 15:24)

Jesus pesan, Aku diutus hanya kepada bebiri sesat dari bangsa Israel. bangsa israel ni siapa? bangsa israel ni org2 yahudi le. yang bertutur bahasa asal Bible ni. Aramaic tak silap aku. kalo pengikut2 ajaran Jesus yg dulu2 tu tak memandai2 pegi dakwah kat Maharaja Konstantin Rom dulu, benda ni tak tersebar pun keluar dari bangsa israel dan tanah Palestin, tak timbul pun isu nak terjemah ke dalam bahasa Greek, Latin, Inggeris dan Melayu. [sebab tu hal nama ni, tak kecoh kat belah2 arab. sebab bahasa diorg mmg sama dan serumpun.]

dan hasilnya, tak akan wujud golongan2 kristian yang bangsa cina ke, india ke, iban ke, melayu ke ape ke. tak akan wujud augustine kumar ke, vincent chong ke, george bush ke. tak payah nak berebut2 pasal nama Allah.

lain dengan islam. islam mmg rahmat ke seluruh alam. seluruh alam tu termasuk la manusia yang berbilang2 kaum ni.

Allah berfirman: “Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Al-Anbiya: 107)

PART 2

malangnya, benda ni dah terjadi dengan takdir Allah. agama kristian dah pun tersebar ke merata-rata.

Maharaja Rom pun dah jadi kristian. kristian jadi agama empayar rom. eropah pun jadi kristian. orang eropah merantau dan menjajah dunia dan membawa bersama agama kristian. kristian pun sampai ke tanah melayu dan borneo. bible pun diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu. lepas tu berbalah2 pasal nama Allah.

satu bagus yang jadi benda ni, sebab orang ramai akan terbuka mata. masing2 akan mencari maklumat lanjut. akan buka Quran, akan buka Bible, akan buka kitab sejarah. lepas tu akan ada dialog agama. akan ada kesedaran di kalangan umat islam. akan ada demonstrasi di masjid2.

tapi demonstrasi je tak cukup. harapnya puak2 yang demonstrasi tu akan rajin2 la anjur majlis ilmu lepas tu pulak. buat kuliah tauhid ke, kuliah perbandingan agama ke, kuliah ilmu hubungan muslim dengan bukan-muslim ke ape ke. bersorak kat demonstrasi je buat ape...dah tu, demo bwk bendera tulis 'mim-lam-alif-ya-wau' pulak tu. wallawei, org cina muslim xda pulak bawak bendera tulis 'cha-ya-nun-alif'...

dengan kesedaran ni la patutnya org2 islam insaf. ajar anak2 solat, bwk pergi masjid, hantar mengaji agama. supaya takde la lagi kes2 keruntuhan moral. dan supaya umat islam mantap akidahnya.

juga dengan insiden ni, diharap akan terbuka pintu dakwah dengan lebih besar lagi. majlis ilmu akan lebih giat [dan dapat menarik aku lebih rajin ke surau...]. dakwah kepada org islam dan juga kepada bukan islam.

PENUTUP

jom kita sama2 tonton video ni. barulah SENTAP!



p/s: abah, surau batu 6 xda buat kuliah khas/ceramah perdana pasal hal ni ke?
p/s2: faiz, kan abwan dah kata, ustaz perbandingan agama akan jadi popular lps ni.
p/s3: ni pendapat je. aku pun bukan baik sgt. kadang2 buat silap jugak. kita kan manusia...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati