ribut sekejap pasal kalimah Allah di Malaysia. sampai terbakar2 gereja la jugak. ape punya org la yg pergi bakar gereja tu. marah, marah jugak tapi ambil la tindakan selain membakar tempat sembahyang orang. nanti tak pasal ada rusuhan agama...
seputar isu ni, aku pun mencari2 artikel dan bahan2 bacaan kat internet. ramai gile org yg bagi pendapat. ada yang sokong, ada yang bangkang.
contohnya:
seputar isu ni, aku pun mencari2 artikel dan bahan2 bacaan kat internet. ramai gile org yg bagi pendapat. ada yang sokong, ada yang bangkang.
contohnya:
- Dr MAZA
- blog Rausyanfikir
- PAS
- blog Faisal Tehrani
- Dr Haron Din [rahim, aku cilok pautan blog ko eh? trimas :)]
- blog al-bakistani
- the micah mandate [ni lamanweb kristian malaysia. kalo nak baca, cari sendiri. google ada]
- the nut graph [ni laman web berita alternatif kat malaysia]
- dan macam2 lagi...
aku pun sebok nak bagi pendapat gak. tapi ni pendapat berdasarkan ilmu yang sikit je la. nak banyak2, pegi cari kuliah agama la wei. hehehe. pendapat aku boleh dibahagikan kepada 2.
PART 1
ada yang serabut pasal kes ni sebab diorg berhujah 'kalimah Allah dah digunakan oleh orang2 kristian Arab. kat kawasan Arab, benda ni tak kecoh pun. ada siap bawak bukti2 arkeologi dsb. tapi mari sini kita rujuk satu ayat Bible ni.
Jesus responded, "I was sent only to the lost sheep of the nation of Israel." (Matthew 15:24)
Jesus pesan, Aku diutus hanya kepada bebiri sesat dari bangsa Israel. bangsa israel ni siapa? bangsa israel ni org2 yahudi le. yang bertutur bahasa asal Bible ni. Aramaic tak silap aku. kalo pengikut2 ajaran Jesus yg dulu2 tu tak memandai2 pegi dakwah kat Maharaja Konstantin Rom dulu, benda ni tak tersebar pun keluar dari bangsa israel dan tanah Palestin, tak timbul pun isu nak terjemah ke dalam bahasa Greek, Latin, Inggeris dan Melayu. [sebab tu hal nama ni, tak kecoh kat belah2 arab. sebab bahasa diorg mmg sama dan serumpun.]
dan hasilnya, tak akan wujud golongan2 kristian yang bangsa cina ke, india ke, iban ke, melayu ke ape ke. tak akan wujud augustine kumar ke, vincent chong ke, george bush ke. tak payah nak berebut2 pasal nama Allah.
lain dengan islam. islam mmg rahmat ke seluruh alam. seluruh alam tu termasuk la manusia yang berbilang2 kaum ni.
Allah berfirman: “Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Al-Anbiya: 107)
PART 2
malangnya, benda ni dah terjadi dengan takdir Allah. agama kristian dah pun tersebar ke merata-rata.
Maharaja Rom pun dah jadi kristian. kristian jadi agama empayar rom. eropah pun jadi kristian. orang eropah merantau dan menjajah dunia dan membawa bersama agama kristian. kristian pun sampai ke tanah melayu dan borneo. bible pun diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu. lepas tu berbalah2 pasal nama Allah.
satu bagus yang jadi benda ni, sebab orang ramai akan terbuka mata. masing2 akan mencari maklumat lanjut. akan buka Quran, akan buka Bible, akan buka kitab sejarah. lepas tu akan ada dialog agama. akan ada kesedaran di kalangan umat islam. akan ada demonstrasi di masjid2.
tapi demonstrasi je tak cukup. harapnya puak2 yang demonstrasi tu akan rajin2 la anjur majlis ilmu lepas tu pulak. buat kuliah tauhid ke, kuliah perbandingan agama ke, kuliah ilmu hubungan muslim dengan bukan-muslim ke ape ke. bersorak kat demonstrasi je buat ape...dah tu, demo bwk bendera tulis 'mim-lam-alif-ya-wau' pulak tu. wallawei, org cina muslim xda pulak bawak bendera tulis 'cha-ya-nun-alif'...
dengan kesedaran ni la patutnya org2 islam insaf. ajar anak2 solat, bwk pergi masjid, hantar mengaji agama. supaya takde la lagi kes2 keruntuhan moral. dan supaya umat islam mantap akidahnya.
juga dengan insiden ni, diharap akan terbuka pintu dakwah dengan lebih besar lagi. majlis ilmu akan lebih giat [dan dapat menarik aku lebih rajin ke surau...]. dakwah kepada org islam dan juga kepada bukan islam.
PENUTUP
jom kita sama2 tonton video ni. barulah SENTAP!
p/s: abah, surau batu 6 xda buat kuliah khas/ceramah perdana pasal hal ni ke?
p/s2: faiz, kan abwan dah kata, ustaz perbandingan agama akan jadi popular lps ni.
p/s3: ni pendapat je. aku pun bukan baik sgt. kadang2 buat silap jugak. kita kan manusia...
15 comments
Comment by Amermeftah on 12 Januari 2010 pada 4:00 PTG
Nah aku bawa lagi kupasan org-org lainnya:
Ust Syed Abdul Kadir Al-Joofri
http://aljoofre.iluvislam.com/?p=129#more-129
Adik kpd Sidi Afifi Al-Akiti
http://akitiano.blogspot.com/2010/01/berhenti-membakar-gereja-guna-nama.html
Blog Kereta Mayat
http://keretamayat.blogspot.com/2010/01/isu-nama-allah-setuju-tak.html
Blog Jom Faham
http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/penggunaan-nama-allah-oleh-agama-agama.html
Ust Hairul Nizam Mat Husin penuntut Master Al-Azhar
http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2010/01/allah-kami-dan-allah-kamu.html
Ust Nazrul Nasir juga Al-Azhar
http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/01/isu-penggunaan-kalimah-allah-kepada.html
Blog Anak Alam
http://anakalam.blogsome.com/2010/01/08/isu-kalimah-allah/
Comment by djambu puadovich on 12 Januari 2010 pada 5:21 PTG
terima kasih. moga ada manfaat kepada kita dan semua :)
Comment by Asyima Binti Dollah on 12 Januari 2010 pada 7:12 PTG
terima kasih atas mesejnya..isu ini terlalu besar atau 'melayu' itu sendiri sebenarnya yg terlalu sensitif?
*errr...sy pon raser xsetuju gune kalimah ALLAH tuh..mcm che det kata,guna Tuhan shj laa sbb dlm bhs Inggeris,God itu sendiri bermaksud Tuhan,bkn ALLAH..ALLAH adalah nama Tuhan bg org2 Islam..sy pon xabes bce n kaji lg pasal isu neh,jd.....
Wallahua'alam bissowab..
*EXAM MOOD*
doakn;)
Comment by djambu puadovich on 12 Januari 2010 pada 8:30 PTG
"Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan"
-Usman Awang-
isu ni mcm 'telan mati mak, luah mati bapak'. kalo bagi guna, ada pro dan kontra. kalo x bagi guna pun ada pro dan kontra.
saya tak berani dan tak cukup pandai nak pilih. yang saya pilih ialah sama2 menambah ilmu dan maklumat.
insya Allah akan didoakan :)
Comment by I.T on 13 Januari 2010 pada 3:39 PG
Assalamu'alaikum,.
Surau Bt6, rasanya semua jema'ah sudah Mantob, kami kool aje sebabnya, ini merupakan satu isu yang direka2, tak masuk 'akal lansung bagaimana kerajaan M'sia yang mempunya 14 Mufti, 9 Raja2 Melayu yang merupakan ketua Agama boleh membenarkan Hakim Kristian membuat keputusan bagi pihak penganut islam dan mempermain2kan nama ALLAH. Semua orang Melayu heboh pasal ini, maka akan lenyaplah isu PKFZ, ALtantuya, Injin Jet Hilang, Rasuah2222222 dari kepala hingga keusus, dan kemudiannya nanti akan adalah suara2 Mimlamalifyawau yang akan berlagak sebagai HERO melayu dan membela nasib melayu dan islam kononnya. Nanti PRU 13 akan pulihlah marwah dan kembalilah memerintah dulu kini dan selamanya.
NASIB MELAYU PUN DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA, kalau dulu "HAPRAK", kini "HAPRAK" dan selama-lamanya "HAPRAK" Aduhai Orang Melayu yang beragama islam, Dunia dah nak Kiamat, rajin2lah datang surau, carilah ILMU, Carilah bekalan untuk dibawa keakhirat. Baru-baru ni ada makmum yang halau ustaz keluar dari surau hanya semata-mata ustaz tu cerita pasal dosa Rasuah,.(siapa tu faham ajelee) . nanti cerita lainkali le.
Comment by [H]afiz Al-[F]aizy on 15 Januari 2010 pada 4:08 PG
takbir!!!
Comment by djambu puadovich on 15 Januari 2010 pada 6:59 PG
Waalaikumussalam I.T [ni nama baru ke nih? hehe],
walau apapun isunya, wan tetap cadang surau nurulhuda buat ceramah khas/kuliah khas. kalo buat forum lagi baik. ambil pandangan pro dan kontra. klo org tua2 x minat benda ni, org muda mesti minat punya la...tu pun bekalan ke akhirat gak tu :)
@ faiz,
ALLAHU AKBAR! [semangat lain mcm plak...]
Comment by moon on 15 Januari 2010 pada 7:21 PG
haha,
abah ko kn sgt berinovasi lah,
herm, byk nye lah bnde sal kalimah Allah ni, aku no comment je, sbb klu rase diam tu lebih baikk dri brsuara, baik aku diam sbb aku bkn ade ilmu agama setinggi langit.. wahaha,
Comment by djambu puadovich on 15 Januari 2010 pada 8:03 PG
abah mmg best. n abah tu aku sorg je punya. hahaha! klo kongsi pun, xleh jadi abah betul. bleh jadi abah angkat atau mertua je. muahaha!
ya, bila kita sedar kita kurang ilmu agama, kita akan menuntut dan menuntut dan menuntut...[sambung smpi penat]
Comment by zue~ on 15 Januari 2010 pada 9:57 PG
interesting...
Comment by I.T on 15 Januari 2010 pada 1:06 PTG
Assalamu'alaikum,
Banyak cerita boleh dapat melalui blok ini http://idhamlim.blogspot.com/
Comment by djambu puadovich on 15 Januari 2010 pada 2:18 PTG
@ cikgu zue,
mmg menarik kan? mcm2 hal boleh jadi dengan kalimah Allah ni.
@ I.T,
waalaikumussalam. blog cina islam. wan kdg2 je tgk. klo ada isu panas2...
Comment by [H]afiz Al-[F]aizy on 16 Januari 2010 pada 5:20 PG
abh dy sorg j pny??
lg due ibnu & bintu nk cmpk mne?
wakaka...=p
Comment by djambu puadovich on 16 Januari 2010 pada 7:06 PG
alamak, terlebih sudah. kah3~
ok, ok. pembetulan.
abah tu kami 3 org je yg punya
dah, puas ati dah? :P
Comment by [H]afiz Al-[F]aizy on 16 Januari 2010 pada 5:41 PTG
ngee~ =8D
Catat Ulasan