semua orang pernah lihat poster ni dan poster ni terdapat di mana-mana. ya, poster Che Guevara. tapi kita pernah tahu tak asal usul poster ni?
dokumentari CHEVOLUTION membongkar latar belakang poster yang mencatat rekod imej yang paling banyak diulang cetak dalam sejarah manusia.
Ernesto 'Che' Guevara sebenarnya seorang pelajar perubatan yang akhirnya menjadi seorang pejuang revolusi di Amerika Selatan. kembaranya merentasi benua menyebabkan dia terlihat suasana penindasan dan dia mengambil keputusan untuk memilih perjuangan bersenjata. satu ketika, dalam suasana genting, dia terpaksa memilih antara peti ubat dan kotak peluru; Che memilih kotak peluru.
imej poster itu pula sebenarnya bukan imej yang disengajakan. pada satu perhimpunan selepas tragedi di pelabuhan Cuba, Che muncul di atas pentas untuk meninjau khalayak dan rakan jurugambarnya memetik kamera dari jauh. Tak berapa ketika, Che pun hilang dari pentas utama. Jurugambar tersebut, Alberto Korda, yang juga merupakan jurugambar profesional, menyunting dan menyimpan gambar tersebut serta tidak berniat untuk menyiarkannya dalam edisi akhbar keesokannya.
selepas beberapa tahun barulah imej itu muncul di Perancis dan Alberto Korda menyedari yang gambarnya itu diambil dari simpanannya. sejak itu, imej Che mula membanjiri dunia dan disamaertikan dengan simbol pembebasan dan hak rakyat.
menurut rakan-rakan Che yang masih hidup, penggunaan imej itu, walaupun sering diguna dalam demonstrasi dan tunjuk perasaan, tidak tepat kerana Che tak akan buang masa berdemo. Che sendiri akan terus angkat senapang. Che juga tak akan bersetuju gambarnya dijual merata-rata demi keuntungan kerana Che seorang Marxis yang menentang kapitalisme.
banyak lagi kisah di sebalik imej dan peribadi Che hinggakan beliau dianggap sebagai wira dan seolah-olah Christ oleh sesetengah orang. siapa2 nak tahu, boleh lah muatturun kat torrent ye. hehe
4 comments
Comment by Katak Hijau on 15 Februari 2010 pada 8:11 PTG
nice artikel..baru tahu pasal gambar ni...selalu nampak tp tak prnh t'fikir nak tahu tu siapa...thanx for the info...=)
Comment by djambu puadovich on 15 Februari 2010 pada 8:50 PTG
terima kasih. gamba tu mmg bebudak muda selalu pakai, tapi tak ramai yg nak tahu siapa pemiliknya...:)
konon sape yg pakai tu jiwa berontak la konon. huhuhu
Comment by Unknown on 16 Februari 2010 pada 5:46 PTG
thanx for the info.. baru tau yang kawan dia yg ter'snap' gamaq tersebut.. ingatkan memang sengaja di'snap' =)
Comment by djambu puadovich on 16 Februari 2010 pada 6:02 PTG
itulah kadang2 nilai benda yang tak sengaja lagi mahal dari benda2 yg susah nak buat kan? benda tu siapa pun tak boleh jangka...
;)
Catat Ulasan