Makluman Hebat!
Adalah dengan ini diberitahu bahawasanya, kakak saya telah membuka blognya sendiri di alamat berikut:
http://blissfullsweetness.blogspot.com [ada di senarai blog di bar sisi]
Beliau sedang dalam usaha membuka perniagaan kek secara kecil-kecilan. Dengan sokongan anda, mungkin boleh jadi besar-besaran.
Silalah melawat ke blognya dan jamulah mata dengan kek-kek beraneka rasa dan rupa. Kalau nak jamu mulut dan perut, bolehlah buat tempahan sekaligus. Tempahan masa ni boleh buat untuk sekitar Damansara je kot. Akan merangkumi Lembah Klang dalam sikit masa lagi.
Kepakaran beliau ialah kek keju dan kek cawan/cupcake. Walaupun, aspek hiasan ada sikit hancus, tapi rasa memang tak boleh lawan. hahaha!
p/s: kakcik, ni dah promosi ni. balik nanti mau kek keju coklat pembunuh senyap berkalori tinggi! kui3~
p/s2: perusahaan bumiputra, dijamin halal dan bersih. kalo tak halal, boleh saman.
3 comments
Comment by kawan djambu on 17 Februari 2010 pada 11:42 PTG
abg djambu! saya dah baca (kena paksa ni) ngeh!
bagus2 promosi kakak! adik yg baik~
tp b4 order kakcik kena la bagi rasa free dulu :P
Comment by a|nuL on 18 Februari 2010 pada 4:23 PG
memandai je kata kepakaran kakcik cupcake! ahahaha xde la pakar, masih lg belaja..
btw,timekasih la sbb promote kat sinih..takat nak upah ciskek, ape ada hal..lalalallala..
Comment by djambu puadovich on 18 Februari 2010 pada 6:32 PG
@ kawan djambu,
hehe. paksa pun satu teknik iklan gak. nak sampel ke? tny tokey sendiri. hehehe
@ kakcik,
promosi, kakcik. promosi! kang kalo tak pakar kang org x beli. hahaha~
Catat Ulasan